8 Sep 2011

Mashitah Arah Pondan Bernama Natasya Itu Ditahan

Jabatan Agama Islam Negeri Perlis digesa bertindak segera menahan Natasya, 28, lelaki berperwatakan wanita, sekali gus menghukumnya mengikut peruntukan undang-undang yang sewajarnya.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim berkata, hanya jabatan itu yang terletak di bawah pemerintahan negeri mempunyai kuasa berbuat demikian, malah bertanggungjawab membendung masalah sosial kalangan umat Islam.

“Kita tak boleh membiarkan perkara begini. Dia sudahlah berperwatakan wanita, mengaku dirinya perempuan, ada pula lelaki yang kata sanggup ikut ke mana saja walaupun diri sakit akibat disimbah asid.

“Hubungan sejenis begini bukan suatu yang dibenarkan dalam Islam...haram, bukan budaya kita pun untuk diikut. Kalau tidak bertindak kita membiarkan perkara ini berlaku dengan lebih teruk lagi.

“Jadi saya minta Jabatan Agama Islam Negeri, mengambil tindakan yang tegas kerana jika tidak kita akan dilihat seperti mengiktiraf mereka (dan hubungan songsang yang terjalin),” katanya ketika dihubungi, di sini semalam.

Beliau berkata demikian mengulas laporan akhbar mengenai mangsa simbahan asid, Mohd Hafizuddin Johari, 20, yang tetap berkeras untuk hidup bersama Natasya meskipun banyak halangan terpaksa ditempuh termasuk dia kini di bawa pergi ahli keluarganya.

Mohd Hafizuddin sebelum itu mendakwa menerima pelbagai ugutan daripada pihak tertentu kerana tidak berpuas hati dengan hubungan mereka sehingga dia menanggung sengsara akibat disimbah asid oleh seorang lelaki yang menunggang motosikal di hadapan rumah sewa, di Taman Seri Bakau, Kangar.

Dr Mashitah berkata, tidak mahu isu berkenaan dipandang ringan sebaliknya, mahu semua pihak khususnya penguat kuasa agama di peringkat negeri mengambil iktibar atas kes Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz yang memohon menukar namanya kepada Aleesya Farhana. -hm

Kisah sebelum ini

Kerana Cemburukan Seorang Pondan Bernama Natasya, Lelaki Disimbah Asid

12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

cari duit nak menyara adik2 dan ibubapa tak boleh kee. apa bezanya perempuan dihalalkan melakukan maksiat untuk menyara anak2? putar alam punya menteri

Beruk Ketawa...kahkahkah berkata...

Kalau tahan Pondan tu nak hantar ke mana?

Hantar ke New York..

Di sana ada 'Pejuang Raba'...kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

Mcmana plak pondan yg berlambak2 melata? Nak tangkap jugak? nak sumbat kat mana?

Kalu nak bertindak kena seragam 1Malaysia.

Awan Fantasia berkata...

akidah rakyat Malaysia ditahap membimbangkan..

Entri Terhangat!! :
Memang Nikmat - Onani Oh Onani
Peminat Bola Sepak Pasti Hidung Berdarah Selepas Baca Ini!!

1 Malaysia berkata...

Nak nak tangkap? Tangkap semua. Kan ramai pondan la ni. Ada yang dah jadi profesional, ada yang jadi peniaga (terutama mak andam), ... Jangan cakap untuk seronok atau hiburan saja ...
AKU kenal sgt perwatakan politikus zaman sekarang ni. tambah-tambah lagi dari UMNO-APCO. Cakap bagi sedap dengar tapi amalan/tindakan ... 'elek' (cakap tamil)

Tanpa Nama berkata...

dah basi dah...baru nak buat arahan bertindak...apa punya kerja tim.menteri sekor ni.

Tanpa Nama berkata...

tade cara lain ke nak cari rezeki? ni 1 langkah permulaan yg baik, tgkap yg ni ,kemudian tangkap yg lelain...start now!

zairil berkata...

Woit Mashitah...dah miskin isu ker nak raih publisiti? Tak nak naik sekapal dengan KJ tumpang Mat Sabu tumpang Mat Indera?

Insiden isolasi yang kecil. Tak payah berJabatan Agama...kariah masjid pun boleh tumpang bagi nasihat.

Ni nak habaq kat Masitah:
1. Kes bapak rogol anak - haram
2. Kes datuk kat Penang pegang betis- haram
3. Kes bini derhaka kat suami - haram
4. Kes rasuah - haram
5. dan macam-macam lagi kes HARAM

ada ko kesah? Yang hang teruih nak tangkap pasai apa? Mungkin mereka hanya berkawan tanpa ada perhubungan sulit. Boleh jadikan? Ada bukti?

Mereka dijadikan Allah sebegitu bukan untuk dihukum. Cukuplah penderitaan terpaksa berhadapan dengan situasi mereka. Itu dugaan dari Allah.

Jom Masitah kita cari isu lain yang lebih meletop! Kes buang bayi pun banyak lagi ni....!

meganmimi berkata...

masalah bapok berlaki duduk serumah pown dibesar besarkan...masalah ni walau pon kita negara beragama rasmi islam,cuba lihat dari faktor lain2 seperti judi,arak utk dijadikan masalah negara islam...jangan cepat melatah lah wahai pejuang agam yg CONFIRM masuk syurga tuh....karang terkeluar senarai syurga saya tak tau....

Tanpa Nama berkata...

Memang lebih banyak masalah sosial lain yg lebih besar.. Tapi pokoknya ini tetap merupakan satu masalah.. Dan semua masalah perlu ada penyelesaian..

Menteri cakap ada unsur politik tu wallahu a3lam.. Tapi hakikatnya salah tetap salah dosa tetap dosa.. Matlamat tak pernah menghalalkan cara.. Ini yg tanpa segan dan silu mencanang dengan bangganya diri mengamalkan dosa - tanpa mengakui bahawa ianya satu dosa - apa kes??

Nak buat tu, tanggung lah sendiri dosa dengan Tuhan, sbg manusia kita mmg tak sepatutnya menghukum.. Allah adalah hakimnya.. Tapi jangan la buat2 lupa, yang HARAM dah jelas dan yang HALAL pun jelas dalam agama kita.. :)

aiman berkata...

kenapa nak tahan pulak? x pasal2 nk buat statement nk tahan org sesuka hati.. kenapa nk fokuskan dkt hukuman natasha sedangkan hukuman terhadap orang yg simbah asid tue x dihebohkan pon? SUCH A HOLY FOOL!

JAMILKUCING berkata...

mashitah tu sama taraf dengan pelacur murahan.aka jalanan. suaminya bacul sebab itu dia suka menyalak.