8 Sep 2011

Penghargaan Untuk Mat Sabu: Balu Polis Bakal Nikmati Tunggakan Gaji & Pencen

Keberanian Mohamad Sabu buka mata kerajaan

KOTA BHARU, 7 Sept: Ketika Umno dan juaknya menghina Mohamad Sabu kerana menjulang pejuang kemerdekaan, di satu sudut lain pula tiba-tiba keluarga anggota polis yang terbabit peristiwa Bukit Kepong baru dijengok kerajaan.

Tanpa usaha dan keberanian Timbalan Presiden PAS sudah tentu keluarga atau waris anggota polis yang terbabit dengan tragedi itu tersisih sehingga sekarang.

Bagi peguam hak asasi manusia, Mohammad Faizal Che Yusof Umno membohongi rakyat kononnya hanya usaha merekalah kemerdekaan negara dicapai.

“Umno tidak lebih seperti si penyumbat gol yang telah menghasilkan bola yang digelecek darah-darah pejuang lain sebelum kewujudan parti Umno.

“Bukit Kepung hanyalah salah satu gendang pembohongan British bagi mengaburi rakyat. Kini masanya untuk kita memalu gendang meletakkan Islam pada tempatnya di bumi tumpah darah kita,” katanya di sini.

Usaha Mat Sabu menjulang pejuang sebenar kemerdekaan seperti Mat Indera ditolak mentah-mentah pemimpin Umno, malah memperalat badan-badan bukan kerajaan berhimpun membantah pemimpin PAS terbabit.

Sedangkan di sebaliknya usaha dirintis Timbalan Presiden PAS, tiba-tiba Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) tampil menemui balu anggota polis yang tidak menerima sebarang pencen sejak kematian suami pada 1962.

Antaranya Syed Omar Syed Yassin yang berkhidmat selepas tragedi Bukit Kepong. Malah JPA meminta mana-mana balu anggota polis yang pernah bertugas di Bukit Kepong tampil membuat aduan.


Mohamad Faizal yang juga Pengerusi Persatuan Orang Cacat Penglihatan Islam Kelantan berkata, pendokong kebenaran perlu memberi kefahaman kepada rakyat, British memusnahkan Islam di Tanah Melayu.

“Manakala Umno pewaris yang dianggap baik oleh penjajah bagi memastikan Islam terus terpinggir di bumi Malaysia.

“Ini kerana pemimpin Umno tidak pernah kenal keperitan perjuangan seperti ditempuhi Haji Abdul Rahman Limbong, Tok Janggut, Datuk Bahaman dan Dol Said. Sedangkan merekalah pejuang sebenar,” ujarnya.

Menurutnya juga sekarang sejarah Bukit Kepong hangat dibicarakan semula bagi memberi kefahaman lebih jelas penjajah memusnahkan sama sekali sistem hidup masyarakat orang Melayu.

Kata beliau sistem masyarakat yang dahulunya berteraskan Islam dengan dinaungi Raja-Raja Melayu kini telah berubah sama sekali.

”Orang Tanah Melayu langsung tidak sedar mereka telah hilang identiti. Sistem Islam yang sekian lama bertapak pudar selepas kedatangan penjajah.

”Penjajah hanya pergi setelah berjaya melahirkan pewaris yang dapat melaksanakan aspirasi mereka di Tanah Melayu. Terciptanya Malayan Union untuk melahirkan pewaris British.

”Malayan Union digagaskan pada 1946 menjadi ibu kepada lahirnya pertubuhan yang dikenali sebagai Umno,” tambah beliau. -HD



JPA selesai kes balu polis tidak terima pencen dalam seminggu

ALOR SETAR: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan menyelesaikan kes seorang balu anggota polis yang tidak pernah menerima pencen semenjak kematian suaminya pada 1962 dalam tempoh seminggu.

Pengarah Bahagian Pasca Perkhidmatan (Pencen) JPA, Datuk Yeow Chin Keong, berkata walaupun kes berkenaan sudah lama, namun ia tidak menjadi masalah kerana rekod perkhidmatan anggota polis berkenaan, Syed Omar Syed Yasin boleh disediakan semula.

"Kita akan usahakan juga untuk sediakan semula rekod berdasarkan dokumen asal dan temuramah dengan balunya. Proses ini dijangka selesai dalam seminggu dan bayaran boleh dilakukan dalam tempoh 48 jam selepas itu.

"Apa yang perlu dibuktikan ialah perkhidmatan, tahap gaji serta jawatan dia sewaktu bertugas dan juga buktikan pertalian balu dan arwah," katanya kepada pemberita ketika melawat keluarga balu anggota polis berkenaan, Sharifah Aminah Syed Ali, 83, di kediaman mereka di Taman Nakishah, di sini, hari ini.

Beliau berkata, bagi kes terbabit, Sharifah Aminah layak menerima tunggakan bayaran pencen terbitan bermula 1 Januari 2002 kerana dia berkahwin semula kira-kira enam tahun selepas suaminya, Syed Omar meninggal dunia.

Yeow berkata, buat masa ini pihaknya masih belum dapat menganggar jumlah pencen yang bakal diterima Sharifah Aminah kerana proses perkiraan perlu dibuat selepas JPA siap melengkapkan rekod perkhidmatan Syed Omar.

Semalam, Bernama menyiarkan laporan mengenai Sharifah Aminah, balu kepada seorang anggota polis yang mendakwa tidak pernah menerima pencen sejak kematian suaminya itu kira-kira 50 tahun lalu.

Sharifah Aminah yang kini semakin uzur dan mengalamai masalah kesihatan berharap supaya dipertimbangkan permohonan untuk mendapatkan imbuhan kerana sejak kematian suaminya itu dia hanya menerima duit sagu hati sebanyak RM1,800.

Sementara itu, Yeow turut menyeru kepada mana-mana balu yang mempunyai kisah yang sama seperti Sharifah Aminah supaya tampil memaklumkan perkara berkenaan kepada JPA.

"Memang niat kerajaan untuk bayar pencen kepada semua balu yang suaminya pernah berjasa kepada negara... namun sekiranya mereka tidak muncul, kita tidak dapat bantu mereka dan jika kes terlalu lama pun, jangan putus asa, kita boleh siasat," katanya.

Pada pertemuan itu, Yeow turut mengucapkan penghargaan kepada wartawan Bernama kerana menyiarkan kisah balu terbabit, sekaligus membantu JPA untuk menyelesaikan masalah berkenaan.

Sharifah Aminah ketika ditemui selepas pertemuan itu berkata, dia sangat terharu dengan perhatian JPA dan bersyukur kerana masalahnya akan berakhir selain turut berterima kasih kepada pihak media yang membantu menyiarkan kisahnya. - BERNAMA


Ulasan GB

Seperti Mat Indera penyelamat bukan pengganas tetapi ditolak UMNO, Mat Sabu juga demikian. Kes di atas adalah bukti nyata Mat Sabu "wira rakyat" - memperjuangkan hak untuk mereka yang tersisih.

Walau dihina sekalipun oleh seklian juak-kuak UMNO yang memutarbelitkan fakta sejarah, namun kebenaran kini terdedah nyata. Mat Sabu yang diuji Tuhan di era pasca-pemilihan dan Muktamar PAS yang telah menobatkan Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu tampil sebagai "hero" membela mereka yang sekian lama teraniaya oleh pihak kerajaan UMNO BN.

Kisah nenek ini menjadi bukti "kejayaan" Mat Sabu di dalam perjuangan menegakkan kebenaran dan keadilan.

Balu Polis Bukit Kepong Tunggu Pencen Sampai Ke Tua

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Perwakilan Pas semasa mukhtamar yang lepas telah membuat pilihan tepat dengan meletakan Mohamad Sabu sebagai Timbalan Presiden Pas bagi memastikan Pas tidak jumud dalam arus politik Malaysia, malah ianya semakin gemerlapan diantara parti-parti dalam Pakatan Rakyat.
Sekalung tahniah untuk Mohamad Sabu.

Tanpa Nama berkata...

Di semenanjong ada Mat Sabu. Dimana pula Mat Sibu dan Mat Sabah...

Tanpa Nama berkata...

Perjuangan yang penuh hipokrasi, lama kelamaan akan terlonjeh juga. Seperti kata SN Samad Said, "Tamatkan Teraju Malaysia Dari Penguasaan Kaum/Golongan BANGSAWAN" ... (Golongan Bangsawan ini, dizaman penjajah hidup mereka senang-lenang dan selepas penjajahan, bertambah lagi selesa dengan memperkudakan rakyat bawahan yang sentiasa mereka usahakan agar sentiasa merasai yang kita ini hanyalah rakyat biasa... agen mereka adalah UMNO.
Formulanya ???... TIADA UMNO, HILANGLAH GOLONGAN BANGSAWAN... (anak didik penjajah inggeris)