8 Sep 2011

Muslimat Mampu "Telanjangkan" Khairy ...

Muslimat PAS Akan Ajar Khairy Adab Dengan Orang Tua

Sekalung ucapan tahniah buat Dewan Muslimat PAS Pusat. Sehingga artikel ini ditulis saya tidak melihat mana-mana sayap PAS membuat kenyataan terhadap tuduhan "biadap" khairy keatas Timbalan Presiden PAS. Dewan Muslimat PAS memang peka dalam semua isu. Muslimat PAS lebih terkehadapan dalam menangani isu.

Saya cukup setuju dengan cabaran dari Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Pusat Saudari Aiman Athirah, yang sanggup memikul dan mengambil tanggungjawab untuk berdebat dengan Khairy. Sesuai dengan kelulusannya, Ijazah Sains Politik.

Athirah akan mengajar Khairy bagaimana adab berpolitik dengan orang dewasa. Adab Melayu, "bila orang tua bercakap budak-budak jangan masuk campur"..Khairy tidak faham adab Melayu walaupun namanya Melayu.

Baca disini statement dari Athirah

Bagi Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat YB Ustazah Zailah, beliau memberi kepercayaan penuh kepada Athirah kerana Athirah mampu mengajar Khairy adab berpolitik. Fakta kita berhujah dengan fakta. Khairy perlu sedar dia tidak layak untuk berdebat dengan Haji Mat Sabu, Timbalan Presiden PAS. Khairy tidak perlu mencari publisiti murahan untuk kekal sebagai calon PRU 13 nanti. Yang layak berdebat dengan Hj Mat Sabu ialah Muhyidin Yasin.

Saya yakin sifat keibuan muslimat mampu "menelanjangi" Khairy adab-adab berpolitik dalam Islam. Jika Khairy rasa dia anak jantan sila sahut cabaran Muslimat PAS Pusat. -anakmuallaf


Lau: Khairy gali kubur sendiri

PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri Kampung Tunku Lau Weng San berkata Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar ‘menggali kubur sendiri’ mengenai kontroversi sejarah Bukit Kepong.

Beliau yang juga Setiausaha Kerja DAP Selangor berkata “ini kerana Khairy sendiri pernah menolak cabaran berdebat dengan DAP dalam tahun 2005 mengenai sejarah kemerdekaan negara.”

Lau berkata demikian ketika membidas Khairy kerana marah kepada Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu yang enggan berdebat dengannya (Khairy) berhubung isu tersebut.

“Saya melihat kenyataan Khairy ini sebagai mengorek dan menggali kubur sendiri kerana beliau telah lupa bahawa beliau juga pernah menolak untuk berdebat dalam isu yang hampir sama pada tahun 2005 walaupun cabaran beliau kepada Mat Sabu untuk berdebat isu Bukit Kepong ini lebih untuk kepentingan politik beliau,” kata Lau dalam satu kenyataan media.

Kelmarin Khairy menggelar Mat Sabu bacul dan penakut kerana tidak berani berdebat dengannya dalam peristiwa sejarah Bukit Kepong.

Isu Bukit Kepong timbul ekoran laporan akhbar Utusan Malaysia bulan lepas bahawa Mat Sabu mengiktiraf Muhammad Indera (Mat Indera) yang memimpin serangan komunis ke atas Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Februari 1950 sebagai wira negara.

Mengulas lebih lanjut Lau berkata bahawa Khairy menolak tawaran debat yang ditawarkan oleh Setiausaha Antarabangsa DAP Pusat Ronnie Liu Tian Khiew pada tahun 2005 berikutan kontroversi yang timbul dari kenyataan Liu berkenaan pejuang kemerdekaan.

Khairy cepat lupa
“Saya mengingatkan Khairy supaya beliau jangan terlalu cepat lupa apa yang pernah beliau lakukan enam tahun yang lalu apabila beliau menolak cabaran daripada Liu pada masa itu.

Liu kini Exco Kerajaan Negeri Selangor pernah mengeluarkan kenyataan bertajuk “The Real Fighters for Merdeka” pada awal September 2005.

“Laman web Utusan Malaysia telah melaporkan percakapan Khairy pada 8 September 2005 semasa beliau menghadiri Forum Kepimpinan Global 2005 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

“Khairy dipetik sebagai berkata bahawa “kita juga tidak berdebat dengan orang yang semacam itu termasuk menyerang peribadi saya, kita akan terus bawa isu ini sampai bila-bila,” ujar Lau.

Lau turut menekan peri pentingnya sejarah perjuangan golongan kiri diberi tumpuan sewajarnya kerana ada pihak yang senantiasa mempersoalkan kesahihan sejarah.

“Isu berkenaan sejarah perjuangan kemerdekaan, termasuk sumbangan oleh pejuang-pejuang sayap kiri dan radikal harus dibincang dengan rasional, objektif dan secara ilmiah oleh ahli-ahli sejarah dan akademik melalui pembentangan fakta-fakta sejarah.

“Saya berharap para pengkaji sejarah dari dalam dan luar negara dapat berusaha untuk memulihkan sejarah lengkap perjuangan kemerdekaan negara kita antara tahun 1945 hingga 1957. -FMT


7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Puak UMNO tuh mana reti hal ada-beradab nih. Jika syariat yang jelas pun dilanggar semacam dan dihelahkan berbagai untuk menafikannya betapalah yang berkaitan adab dan akhlak. Betulkah di MELAYU...

Awan Network berkata...

tajuk panas giler..hehe..telanjangkan dia elok2..

Entri Terhangat!! :
Memang Nikmat - Onani Oh Onani
Peminat Bola Sepak Pasti Hidung Berdarah Selepas Baca Ini!!

Senior Lecturer 1997 UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA, BANGI : berkata...

Personally I perceived this is a healthy-challenge. Cabaran yang Sihat ini perlu diambil perluang oleh Khairy if he is the brother in UMNO. Jika tidak, saya rasa beliau eloklah masuk kelab Wanita UMNO. Saya ingin menjemput beliau ke teratak fakulti saya di UKM Bangi dan akan di saksikan pelajar-pelajar seniour tahun akhir. Mari kita lihat ilmu beliau. Saya dengar beliau lulusan dari Oxford. Alang-alang menyeluk perkasam biar sampai ke pangkal lengan. Oh ya, sebelum ke sini pergilah buat homework sedikit berguru dengan seorang Full Professor (seperti saya), tetapi this lady kaki ampu kerajaan (tidak perlu disebut namanya). Khairy, you don’t go for vacation… I advised khairy, you better seriously do homeworks and studies.

Khairi berkata...

Debatlah dlm mencari kebenaran, kitakan orang Islam yg akan tuai hasilnya diakhirat nanti, jgn jadi mcm org bukan Islam, mereka boleh berdebat dgn cara tipu sekalipun tiada perasaan bersalah pd mereka. Mereka boleh putar belit fakta tanpa rasa berdosa. Kita mesti bercakap benar, walaupun pahit. Anda ada niat nak jadi mcm bukan Islam?

Khairi berkata...

Debat tu boleh tapi jgn lupa isu yg lebih penting, negara kita ditadbir oleh org yg bukan amanah & berintegriti, pilihanraya kita dinodai oleh SPR, rasuah dan penipuan menjadi amalan ramai yg berkuasa, jenayah menjadi-jadi, lebih 50 tahun Melayu memerentah dibumi sendiri tetapi tahap kefahaman dan amalan Islam sangat mengecewakan, projek dilaksana kerana demi poket org tertentu, rakyat jadi nombor dua. Tidak dinafikan banyak kebaikan dan pembangunan yg telah dibuat, tetapi kita mampu mentadbir negara ini dgn lebih baik, kembalikan kuasa memilih pd rakyat, rakyat akan jatuhkan pemimpin korup & tak berkelayakkan, bukannya manipulasi & pengkhianatan SPR dan rakan-rakannya.

1 Malaysia berkata...

Saudara Khairi,
Kenapa nak libatkan orang bukan Islam dalam hal ni? Awat semua orang Islam bercakap benarkah semasa berdebat? Jangan lupa bahawa yang berlaku sekarang ialah akibat dari pembohongan yang dilakukan oleh orang "Islam" sendiri. Berfikir secara rasional dan objektif. Bukan berfikir mengikut perasaan dan sentimen. Awat hang tak pernah berkawan dengan orang bukan Islam atau hang hanya pernah berkawan dengan orang bukan Islam yang jahat-jahat belaka?

Khairi berkata...

Terimakasih 1Malaysia, kalau anda bercakap benar & tak bohong, baguslah, tapi dewasa ini ramai org Islam yg tak bercakap benar atau hanya separuh benar.Sedangkan mereka tahu, secara amnya bohong itu haram, berdosa. Saya cukup benci dgn manusia seperti ini. Ianya sudah menjadi fitnah kepada agama ini sekarang ini. Dan yang nak berdebat itu adalah antara Melayu UMNO & Melayu PAS,jadi ingatan ini utk mereka, sebab mereka semua itu orang Islam. Tak gitu?