PAS memberi amaran akan turun untuk perhimpunan Bersih 3 sekiranya kerajaan berhasrat membubarkan parlimen sebelum menyelesaikan kepincangan dalam sistem pilihan raya.
Perkara ini dinyatakan Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Pemuda PAS, Suhaizan Kayat susulan pendedahan berterusan individu-individu yang berstatus bukan warganegara tetap mendapat mandat mengundi di negara ini.
Beliau kemudian menyarankan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) merombak sistem pilihan raya sedia ada sebagai cara memulihkan demokrasi secara total selain mengembalikan semula kepercayaan rakyat kepada suruhanjaya itu.
Dalam sidang media di ibu pejabat PAS tadi, Suhaizan mengemukakan lagi tiga nama layak mengundi yang berstatus Penduduk Sementara (Hijau).
Individu yang dikesan adalah seorang wanita bernama Numi Syukri yang didaftarkan di DUN Hulu Besut dan layak mengundi di parlimen Besut.
Seterusnya juga seorang wanita bernama Hasmidah Surahbil yang didaftarkan di DUN Semenyih, parlimen Hulu Langat dan seorang lelaki bernama Jamaluddin Tahir yang didaftarkan di DUN Bangi, parlimen Serdang.
Tiga nama tersebut dikesan memegang kad pengenalan berwarna hijau di dalam sistem Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan berstatus layak mengundi dalam senarai daftar pemilih di laman web SPR.
"Kita minta JPN jelaskan adakah benar tiga individu yang kita kemukakan ini adalah penduduk sementara. Kalau benar kemudian baru kita tanya kepada SPR kenapa mereka daftarkan nama penduduk sementara menjadi pengundi yang sah," kata Suhaizan kepada media.
PAS sebelum itu membangkitkan isu seorang individu bernama Mismah yang memegang kad pengenalan Penduduk Tetap ditemui dalam senarai daftar pemilih.
Namun status Mismah dalam laman web JPN bertukar sebagai warganegara selepas empat jam perkara tersebut didedahkan oleh media.
Suhaizan berkata pihaknya terpaksa menggunakan pendekatan media kerana usaha membantah secara terus kepada SPR sering menemui kegagalan.
"Sebab itu pemuda PAS mengambil pendekatan media. Maksudnya kita mahu rakyat sedar akan kesilapan itu dan biar rakyat yang menghukum," tambah beliau lagi.
Dalam pada itu menurut laporan akhbar Sin Chew Daily, kabinet telah bersetuju untuk menggunakan dakwat kekal pada pilihan raya umum akan datang.
Laporan itu antara lain menyebut penggunaan dakwat kekal lebih sesuai berbanding sistem biometrik yang dicadangkan oleh SPR dan telah berjaya digunapakai di beberapa negara bagi mengelakkan pengundian berganda.
Namun Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz mendakwa beliau tidak mengetahui akan perkara itu selain menjelaskan bahawa keputusan kabinet adalah untuk menyerahkan tanggungjawab kepada Jawatankuasa Khas Pilihan Raya untuk memutuskan kesemua isu yang berkaitan reformasi pilihan raya.
Ulasan GB
Alhamdulillah, akhirnya PAS memberikan respons positif terhadap keresahan rakyat terhadap sikap dan membisu pimpinan Pakatan Rakyat terhadap keperluan BERSIH 3.0 digerakkan.
Sebelum ini di dalam entri Pakatan Rakyat Perlu Bentuk "J/K BERS✔H"nya Sendiri GB menyatakan:

Mengapakah BERSIH sudah mengendurkan perjuangan untuk pembersihan pilihanraya? Dan Pakatan Rakyat pula seperti lesu di dalam menangani isu ini dan malah sekarang ini lebih terjebak kepada isu-isu semasa yang lain?
Datuk Seri Anwar selaku Ketua De fakto Pakatan Rakyat perlu menubuhkan satu jawatankuasa khas ala jawatankuasa Bersih di dalam Pakatan Rakyat sendiri untuk meneruskan perjuangan pembersihan pilihanraya sebelum mangkuk itu membubarkan parlimen. PR takkan menang jika SPR dibiarkan melakukan sesuka hatinya memanipulasikan daftar pemilih. Nak tunggu apa lagi?
7 ulasan:
Buat road show sekarang untuk persediaan Bersih 3.0
Apa tunggu lagi ,teruskan BERSIH 3.0 kerana nampak sangat pihak SPR cuba mempermainkan kesungguhan rakyat dan pihak UMNO/BN sudah merasa lega sedikit dengan senario politik sekarang ini.
ya, apa tunggu lagi pr.
buat saja bersih 3.0
serentak di seluruh negara.
amaran2 tak guna.
mat sabu, mat indera juga.
tapi 8.0 perkara & bersih 3.0 misti dilaksanakan.
jangan leka dengan permainan umporno.
kalau tak, pru13 kecundang nanti.
- mat ben laden.
PRU 13 CONFIRM!!! PAKATAN RAKYAT PASTI KECUNDANG JIKA PENIPUAN SPR TAK DI ATASI SEGERA.... LAGI SATU JGN PANDANG SEBELAH MATA DENGAN PIHAK KERAJAAN SEPERTI KTGN POLIS YG MEMPUNYAI 2 IDENTITI. SATI IC RAKYAT BIASA (GUNA UTK UNDI SEPERTI RAKYAT BIASA) SATU LAGI IDENTITI KAD POLIS (GUNA UTK UNDI POS)...PASAL TU PAKATAN RAKYAT TAK MAMPU KUASAI PUTRAJAYA KERANA SEKARANG WIFE KEPADA PIHAK POLIS PUN BOLEH UNDI POS.....
AYUH...BERSIH 3 PERLU DI ADAKAN.....
Memang perlu BERSIH 3.0
-fread-
BERSIH 3.0 perlu segera dilancarkan. UMPORNO sedang meleka-leka kan dan memperlekehkan rakyat Malaysia, sanggup mengiktiraf warga asing dan pati sebagai warganegara macam 'touch n go' pula ,sertai kempen pemutihan dan terus dapat jadi warganegara serta terus boleh mengundi, hebat2.... kerja pengkhianat bangsa dan negara.
aku mau kerajaan bersih.
kerajaan malaysia sejati.
kerajaan pilihan rakyat malaysia.
bukan kerajaan pilihan,
mat bangla
minah myamar
mat indon
minah siam
mat afrika
minah filipina
mat kamboja
minah china doll
mat india
minah pakistan
dan macam2 mat & minah lagi.
malaysia rakyat malaysia punya.
rakyat malaysialah sebagai penentunya.
pr apa tunggu lagi.
bersih 3.0 seluruh negara.
telanjangkan pengkhianatan spr & jpn.
- mat skodeng.
Catat Ulasan