Pengundi pos suami isteri ‘sama jantina’
KUALA LUMPUR, 6 SEPT – DAP hari ini telah menemui lagi 21 bukti tambahan pengundi pos, dengan satu kes suami isteri ‘sama jantina’, pesara tentera yang masih menjadi pengundi pos dan 19 pasangan suami isteri yang mendaftar sebagai pasangan tenteranya.
Ketua Pemuda DAP Kebangsaan Anthony Loke berkata, DAP telah menemui sepasang suami isteri tentera berjantina sama di Briged Kem Rasah dengan nama pasangan yang hampir sama.
‘Pasangan sama jenis’ itu bernama Yuniza Bte Nodin dengan kad pengenalan 750504-05-5498 dan Yuzina Bte Nodin dengan kad pengenalan tentera T6096236.
Kedua mereka ini berkongsi lokaliti yang sama iaitu 130/22/07/401 – 1 Briged Kem Rasah.
“Adakah tentera Malaysia membenarkan perkahwinan sama jenis? Bagaimana ini boleh terjadi? Mampukah SPR menjelaskan kesilapan sebegini? Adakah akan seperti dahulu bahawa kesilapan SPR cuma 0.0001 peratus sahaja?” kata Loke yang juga Ahli Parlimen Rasah dalam siding akhbar di sini hari ini.
Beliau yang juga Pengerusi DAP Negeri Sembilan berkata, 19 pasangan tentera di Kem Rejimen Askar Melayu Diraja di Rasah pula, setiap rumah pasangan itu diwakili oleh seorang sahaja.
Ini kerana, menurutnya, salah seorang dari pasangan yang berkhidmat sebagai tentera, dan pasangannya yang tidak bekerja sebagai tentera, menggunakan MyKad pasangan yang bekerja sebagai tentera.
“Nombor MyKad ini bukan milik suami atau isteri anggota tentera. Jadi salah seorang suami atau isteri itu masih boleh didaftarkan di kawasan lain dan boleh pula mengundi dua kali. Ia tidak kira siapa. Isunya sekarang ialah undi tambahan sudah boleh dibuat.
“Ada wanita dengan nombor kad pengenalan lelaki, dan sebaliknya. Dan perlu diingat, kesemua ini adalah pendaftar baru. Ini cuma dalam satu kem sahaja, bukan di seluruh Malaysia lagi,” katanya menambah bahawa kes yang sama turut berlaku di kawasan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin.
Justeru, Loke memberi contoh, N M Ezwanee bin Mat Isa bernombor kad pengenalan 830902-55-290 yang nombor belakangnya iaitu ’0′ mewakili perempuan.
“Sementara itu Norlianiza Binti Abu, dengan kad pengenalan tentera T5005217 lahir pada hari yang sama iaitu 2 September 1983, sama dengan kad pengenalan Ezwanee pula,” katanya.
Beliau turut mendedahkan lagi tentang seorang bekas tentera, Kalidass a/l Maniam yang pernah bekhidmat di Rejimen ke-2 Artileri Kem Mahkota, Johor yang masih aktif dalam senarai pengundi di situ sedangkan beliau sudah bersara dan berdaftar sebagai pengundi biasa di Parlimen Sungai Siput.
Menurut Loke, Kalidass sekarang menggunakan MyKad 571226-08-5211 dan menetap di Sungai Siput Utara, Perak dan sudah tidak menggunakan kad pengenalan tentera beliau yang bernombor T3006437 itu lagi.
“Ini tidak adil, SPR seharusnya menukar perubahan dan persaraan Kalidass secara automatik,” kata Loke.
Ketika dihubungi Roketkini, Kalidass yang telah menyertai DAP menjelaskan bahawa beliau bersara pada 2 Disember 2010.
“Selepas bertukar kad tentera dengan kad pengenalan baru melalui Mindef, saya pun mendaftar sebagai pengundi. Tidak berapa lama kemudian, tergerak hati untuk menyemak nombor tentera saya yang dahulu,” katanya.
Justeru Kalidass terus memaklumkan perkara ini di ibu pejabat ADUN Jalong supaya penyelewengan pengundi pos ini dapat diketengahkan lagi. – Roketkini
Ulasan GB
Begitu mudah untuk Timbalan pengerusi SPR berlepas tangan dengan mengkambing hitamkan pihak lain.
Seperkara yang terdedah dari kenyataan Timbalan pengerusi SPR itu ialah pegawai tentera yang dilantik sebagai penolong pendaftar. Ini me unjukkan bahawa seperti ada konspirasi pihak tentera dengan SPR. Maka tidak hairanlah mengenai pendedahan pegawa-pegawai tentera sebelum ini yang terpaksa memangkah kertas undi bagi pihak orang lain.
Bersih 3.0 - Tunggu apa lagi?

SPR: Mungkin silap penolong pendaftar
Menjawab dakwaan DAP bahawa ada pengundi yang didaftarkan berdasarkan kad pengenalan pasangan mereka yang berkhidmat sebagai tentera, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menasihatkan penolong pendaftar supaya berhati-hati sewaktu menjalankan tugas.
Timbalan pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata kesilapan tersebut kemungkinan kerana kesilapan pegawai tentera yang dilantik sebagai penolong pendaftar.
Beliau mengulas dakwaan ketua Pemuda DAP Anthony Loke semalam bahawa sekurang-kurangnya 21 pengundi pos dikesan didaftarkan berdasarkan kad pengenalan pasangan mereka yang berkhidmat sebagai tentera.
Berita Harian hari ini melaporkan Wan Ahmad mengingatkan penolong pendaftar supaya "lebih serius dan berhati-hati" menyemak maklumat peribadi pemilih khususnya nama dan nombor kad pengenalan sebelum dikemukakan kepada SPR.
Katanya, kesilapan merekodkan maklumat peribadi pemilih akan memberi kesan tidak baik kepada suruhanjaya tersebut, yang sering menjadi sasaran kritikan pembangkang.
Penolong pendaftar dilantik oleh SPR untuk mendaftar pengundi baru disebabkan badan itu kekurangan tenaga kerja.
Wan Ahmad menegaskan, sebagai badan yang bertanggungjawab, SPR sentiasa mengingatkan penolong pendaftar, termasuk yang dilantik oleh Kementerian Pertahanan, untuk memperhalusi senarai nama pemilih baru termasuk pengundi pos.
Sambil mengakui bahawa daftar pemilih "tidak 100 peratus bersih", Wan Ahmad mengalu-alukan mana-mana parti politik membuat semakan kerana pihaknya tidak mempunyai apa-apa kepentingan politik.
"Kalau ada yang tidak kena dengan daftar pemilih, lapor kepada SPR dan kita akan pastikan 'pembersihan' akan dilakukan dengan segera," Wan Ahmad dipetik sebagai berkata. -mk
Ulasan GB
Begitu mudah untuk Timbalan pengerusi SPR berlepas tangan dengan mengkambing hitamkan pihak lain.
Seperkara yang terdedah dari kenyataan Timbalan pengerusi SPR itu ialah pegawai tentera yang dilantik sebagai penolong pendaftar. Ini me unjukkan bahawa seperti ada konspirasi pihak tentera dengan SPR. Maka tidak hairanlah mengenai pendedahan pegawa-pegawai tentera sebelum ini yang terpaksa memangkah kertas undi bagi pihak orang lain.
Bersih 3.0 - Tunggu apa lagi?
5 ulasan:
Wan Ahmad minta lapor pd SPR kalau ada yang tidak kena dengan daftar pemilih utk di bersihkan dengan segera. Kita bukan pekerja SPR. Malah SPR yg bekerja utk rakyat & negara. SPR yg tak cekap atau memang penipu itu meminta rakyat tunjukkan kesalahan/kesilapan mereka, utk mereka perbetulkan data. Kalau tak ada yg bagitau, mungkin kesilapan atau penipuan itu tak akan dibetulkan. SPR mungkin tiada kepentingan politik tetapi Wan Ahmad dan rakan-rakannya besar kemungkinan punyai kepentingan politik. Kalau betul Wan Ahmad & rakan-rakannya inginkan daftar pemilih yg tepat & bersih, sila usul utk dilantik badan Audit Antarabangsa utk bedah siasat domumentasi Pemilih SPR, pengkalan data dan system computer SPR. Tiada kepentingan konon, memalukan bangsa Melayu dgn cara anda berkerja di SPR.
Suruhannajib Penipu Rakyat..
Entri Terhangat!! :
Memang Nikmat - Onani Oh Onani
Peminat Bola Sepak Pasti Hidung Berdarah Selepas Baca Ini!!
PRU 13 adalah PRU terakhir yang akan membuatkan Pakatan Rakyat kalah teruk dgn BN jika masalah - masalah yg berkaitan dgn SPR tak dapat di atasi. Pihak Pakatan Rakyat juga kena atasi PIHAK KERAJAAN SEPERTI POLIS YG ADA 2 IDENTITI DIRI. SATU IC BIASA ( UNDI SEPERTI RAKYAT BIASA) SATU LAGI KAD KUASA POLIS ( UNDI POS )....SILA PANTAU, JIKA TAK HANCURLAH HARAPAN PAKATAN RAKYAT & RAKYAT UTK AMBIL ALIH PUTRAJAYA.
buat bersih 3.0 cepat2.
minta pbb (atau audit antarabangsa) campurtangan.
kaji daftar pemilihan SPR & jadi pemerhati pru13.
supaya penipuan undi tidak berlaku.
rakyat dah muak dengan kera-jaan bn/umno.
satu kerajaan baru sangat2 diperlukan.
untuk membawa malaysia ke arah lebih gemilang & cemerlang.
- rakyat marhean.
polis ada 2 IC.....satu undi biasa satu lagi boleh undi POs.....masak Pakatan rakyat??
Catat Ulasan