10 Jul 2011

Tembelang Pecah Juga Akhirnya: Tangkapan Khairy Hanya Sandiwara

PPerkecil perhimpunan Bersih, Najib kata Umno tak takut pilihan raya adil

KUALA LUMPUR, 10 Julai — Datuk Seri Najib Razak pagi ini memperlekeh dan mengetepikan impak Himpunan Bersih 2.0 yang diadakan semalam dengan menegaskan, Umno pimpinannya tidak bimbang untuk mengadakan pilihan raya bersih.

Dalam ucapannya yang berkobar-kobar dan lantang di hadapan 6,000 ahli Umno, badan bukan kerajaan dan pertubuhan silat, Perdana Menteri (gambar) memperkecilkan kehadiran penyokong Bersih 2.0 semalam sambil mengatakan bahawa Umno sebenarnya boleh mengatasi Bersih 2.0 sekiranya mereka meneruskan perhimpunan jalanan.

Bersih 2.0 membatalkan perhimpunan jalanan selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong Selasa lalu dan janji Najib bahawa mereka boleh mengadakan perhimpunan di stadium jika mahu.

“Jangan ragui kekuatan kami. Umno ada tiga juta ahli. Jika kami dapat himpunkan sejuta ahli, ia lebih daripada cukup, kami boleh menawan Kuala Lumpur.

“Jika kami hendak mencetuskan huru-hara, kami boleh. Tetapi kami mahu mempertahankan undang-undang Malaysia, kami mahukan keamanan,” kata Presiden Umno pada perhimpunan yang diadakan di Dewan Merdeka, PWTC sehari selepas Himpunan Bersih 2.0, kempen yang dilihat menjadi ujian kepada pentadbiran beliau.

Ucapan Najib, yang menjadi perdana menteri dan presiden 27 bulan yang lalu, berkisar pada perhimpunan Bersih 2.0 dan tuntutan gabungan itu agar diadakan satu pembaharuan pilihan raya yang adil dan bersih.

Semalam, Pergerakan Pemuda Umno juga mengadakan perhimpunan balas memprotes Bersih 2.0 atas nama gerakan “Patriot”.

Najib berkata meskipun Bersih 2.0 menjanjikan kehadiran 500,000 orang tetapi tidak sampai 10,000 orang yang menyertai perhimpunan semalam.

Seperti semalam, beliau juga mengucapkan tahniah kepada mereka yang tidak menyertai perhimpunan itu dengan menyifatkan pihak berkenaan sebagai “majoriti senyap.”

“Ini sebahagian daripada kekuatan Umno, kami menghimpunkan 6,000 ahli di sini hari ini dalam tempoh yang singkat . . . mereka menunggu isyarat, mereka bersedia untuk melakukan apa sahaja,” kata Najib kepada pemberita selepas itu.

Dalam ucapannya, Najib juga mengucapkan terima kasih kepada setiap yang hadir pada majlis yang dikenali sebagai “Majlis Penerangan Perdana” dengan berkata pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan termasuk pertubuhan silat bersedia untuk mempertahankan negara sehingga titisan akhir darah.

“Jika anda sebut atau persoal mengenai Islam, mereka akan bangkit,” katanya.

“Jangan (menyebabkan) kami memulakan demonstrasi jalanan. Semalam, kami hanya menghantar sayap Pemuda Umno, diketuai oleh Khairy Jamaluddin untuk mewakili (kami),” kata Najib dengan disusuli laungan sokongan kepada ketua sayap itu.

Kesemua pemimpin kanan Umno termasuk timbalan presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin dan setiausaha agung Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hadir.

“Anda tidak mahu Wanita Umno pergi ke jalanan, jika tidak kami juga telah bertindak begitu,” kata Ketua Wanita Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil kepada Najib pada sidang media yang diadakan itu.

Najib juga berkata, kerajaan sangat serius untuk memperbaiki proses pilihan raya semasa dan salah satu bukti ialah memperkenalkan sistem biometrik.
Juster kata Najib, pentadbirannya mengamalkan demokrasi tulen.

“Umno tidak bimbang (mengadapi) pilihan raya adil,” kata Najib. -TMI

Ulasan GB

Ternyata kini, dari ucapan Najib sendiri bahawa Khairy yang sebelum ini dilaporkan membatalkan penyertaan untuk berdemonstrasi mengubah keputusan di saat akhir, menyertai protes terhadap Himpunan BERSIH 2.0 semalam.

Rupa-rupanya ada ada perencanaan licik dan didedahkan sendiri oleh Najib hari ini:

Semalam, kami hanya menghantar sayap Pemuda Umno, diketuai oleh Khairy Jamaluddin untuk mewakili (kami),”

Patutlah masing-masing dari kalangan Patriot termasuk Khairy seperti "berlakon" ditahan. Berposing lagi untuk sesi penggambaran. Akulah wira jalanan!

Najib bertempik hari ini, konon tak takut pilihanraya adil. Jika demikian kenapa takut dengan tuntutan BERSIH?

Semua tidak lupa, pada tahun 1999, Najib Tun Razak cuma mampu menang kerusi Pekan dengan majoriti 241 undi. Itupun, dalam keadaan ada 2400 undi POS yang 95% pergi pada BN. Ertinya, selepas 1999, Najib lebih layak dikenali sebagai "Wakil Pos" berbanding "Wakil Rakyat".

Selepas kemenangan tipis beliau, secara tiba-tiba Kem Batu 6 Jalan Gambang dipindah dari Parlimen Kuantan kepada Parlimen Pekan tanpa apa-apa sebab yang munasabah.

Hasilnya Najib menang gemilang selepas 1999 dengan majoriti 26464 undi (2004) dan 22922 undi(2008)bagi kerusi Parlimen Pekan (P85).

Cumanya, Allah SWT Maha Berkuasa. Dengan berpindahnya Kem Batu Enam Gambang, PR berjaya menang di Parlimen Kuantan.

Antara tuntutan BERSIH adalah "PENGHAPUSAN UNDI POS SAMA SEKALI."

Jadi, tidak hairanlah Najib Tun Razak sangat takut dengan gerakan BERSIH. Kalau dihapuskan undi pos, nescaya Najib akan kembali balik kepada zaman kegelapan 1999 di mana beliau hanya mampu menang tipis 241.

Jelasnya, tanpa undi pos, harapan Najib mengekalkan kerusi PEKAN adalah tipis. Atas sebab itu, Najib Tun Razak habis-habisan menentang BERSIH. BERSIH bakal membersihkan beliau dari kerusi Parlimen Pekan (P85)



p/s Eh itu kes campur-adukkan lawatan rasmi ke Kazashtan dengan urusan peribadi untuk merisik perkahwinan anaknya, Najib dan Putrajaya belum jawab lagi.

Penggunaan duit rakyat atau dana awam bagi membiayai lawatan Perdana Menteri dan rombongannya untuk merisik perkahwinan anak perempuan Datuk Seri Najib Razak di Kazakhstan yang salah dan amat menjelekkan nampak Najib mendiamkan diri.



14 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

taniah najib,kita bersihkan daftar pemilih, dan gunakan dakwat, itu saja pun dah cukup buat setakat ini dan kita bubarkan parlimen dan kita alu-alukan pr menawan putrajaya pada pru13 nanti. baru padan muka pr nak sangat memrintah negara, nah ambillah.

Tanpa Nama berkata...

UMNO yang belajar kira guna PPSMI je yang kata Himpunan BERSIH 2.0 seramai 6000. Tapi yang pasti lebih ramai dari yang dijangkakan... kalau tak kenapa Najib cuak dan ketaq lutut sangat nak buat “Majlis Penerangan Perdana”. Malah RTM dan TV3 tidak berani memaparkan gambaran sebenar Himpunan Bersih melain diambil pada kumpulan-kumpulan yang kecil.

Perlu diingatkan jumlah yang ditahan sahaja adalah lebih dari 1500. Jadi fikirkan sendirilah berapa jumlah sebenar yang wujud. Ini tidak dikira kumpulan yang gagal hadir ke himpunan seperti di Chow Kit, Jalan Raja Alang dan kawasan-kawasan lain yang dikepung dengan FRU, selain dari yang gagal masuk ke KL.

Jadi Najib dan Polis Pembunuh, jangan nak auta kami... sekarang zaman teknologi maklumat... segala maklumat di hujung jari.

Tanpa Nama berkata...

najis hanya gunakan maklumat dari perisik peisik dikalangan penjawat awam untuk menilai pengaruhnya dan terhadap pembangkang sahaja,Sekiranya Najis mempunyai pengaruh kuat jemputlah Barua Baruanya datang mengampunya dengan RM upah yang lumayan, kalau tiada RM sebagai UPAH siapalah NAJIS itu.. ahli dan pengampunya tidak kenal beliau. NAJIBALTANTUYA akan bercakap seorang dengan pengampu sahaja,Setiap ahli UMNO yang hadir semuanya perlu dibayar upahnya lumayan. Najibantuya jangan tipu diri sendiri rakyat sudah tahu tembelangnya.
Diibaratkan TELOR busuk diluarnya cantik tetapi di dalamnya busuk.

Tanpa Nama berkata...

PM yg dok syok sendiri pasal rakyat sokong dia. Sudahlah tu hentikanlah penipu ko yang sudah terkantoi tu.

Tanpa Nama berkata...

Abe jib, kalau nak buat huruhara sorang2 pong bolee...tak perlu berhimpun..zaman ini zaman IT...kau jgn jadi budak2 kau tu PM yang tak diundi rakyat...MUhyiddin lagi baik...

Tanpa Nama berkata...

Berani kerana benar, takut kerana salah.

"Jika kami hendak mencetuskan huru-hara, kami boleh"
Kenapa tak lakukan?
Peluang ada pada 9hb baru2 nie?

1. Rakyat Malaysia akan beruntung memdapat kembali kekayaan PM dan bekas PM serta anak-beranak serta kroni-kroni yang mennghilangkan berpuloh bilion wang negara.

2. Kalau dicampur dengan Menteri besar, bekas menteri besar dan semua yang pernah jadi menteri BN... dah boleh kira ratus bilion.

Rakyat tak rugi kerana benar, BN takut kerana salah.
BN hidup kaya-raya, rakyat merana hidup susah.
BN bangga Malaysia kaya, Malaysia malu jatuh disemua tangga... rasuah,pelajaran,ekonomi, hak asasi, pasaran dunia, pelaburan asing dan mata wang.



Bila agaknya Najib nak melakukan huru-hara negara?

Tanpa Nama berkata...

dia cuma tau brckp je mcm brahim katak dn omardin.klau dngr kn ckp dia org,phuuh padat KL bro,sudah2 omardin dgn grup pakturut dn brahim katak trus x nmpk btg hidung.ckp br degar2,berak atas glegar

horahora berkata...

najib sebut bahawa ahli UMNO seramai 3juta orang adalah termasuk dengan mereka2 yang sudah meninggal dunia. barangkali ada ahli umno yang sudah berumur hampir 200 tahun.

Tanpa Nama berkata...

Kalau kita lihat dan teliti gambar serta video pertembungan Patriot UMNO dengan polis,seolah-olah mereka main ragby berpelukan.Jangan-jangan air yang dipancutkan itu pun air mineral biasa.Polis ni tak faham-faham rakyat bukan bodoh lagi.Elok panggil sahaja pengarah drama Gerak Khas buat shooting lagi baik.

Tanpa Nama berkata...

nak ramai macamana kalau semua negeri disekat, ditahan diharamkan pijak kuala lumpur, dibatalkan permit ....dan sebagainya...... kalau benar anak jantan, nak tajnu tramai atau pun tidak ..yer...sila luluskan pewrhimpunan bersih........ kita akan lakukan sekali lagi, bersih 3... nak lihat ramai ke tak ramai berikan permit dan kita lihat apakah stadium merdeka cukup atau melimpah keluar...kita lihat nanti!!!

Tanpa Nama berkata...

kalau bagi permit 1juta lebih akan hadir. 9 julai semua jln ke kl ditutup klau tidak ratus ribu dapat masuk kl..

Tanpa Nama berkata...

weeii!!tangan dia kenapa tak ikat ngan cable tight macam nak ambil gambar dengan artis je..

Tanpa Nama berkata...

BN Umno memang bodoh....gunakan polis untuk sekat rakyat.
Road block sana sini...aku nak ke Kelantan pun ada roadblock merata2..dlm takut lu orang pun berpuluh ribu org masih buleh masuk KL, kalau dpt permit..insyaAllah KL akan padat dgn baju kuning...
road block semata2 nak takutkan rakyat....ingat rakyat bodoh kaaa!

Tanpa Nama berkata...

KJ sudah jd berok2 dijalanan..