10 Jul 2011

[Bergambar & Video] Al-Jazeera Buktikan Kezaliman Polis. KPN & Timb KPN, Sila Letak Jawatan

Hanya 5,000 hingga 6,000 hadir berdemo, kata polis

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar menjelaskan hanya 5,000 hingga 6,000 hadir menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 di ibu negara hari ini.

"Ia tidak besar seperti yang sudah-sudah. Juga tidak merebak," katanya.

Menurut Ismail, perkara itu disebabkan sekatan jalan raya yang dilakukan pihak polis begitu berkesan.

Jumlah itu jauh berbeza dengan anggaran BERSIH bahawa kira-kira 50,000 orang hadir menuntut pilihan raya bersih dan adil di Kuala Lumpur hari ini.

Dalam sidang media di ibu pajabat polis di Bukit Aman lewat petang ini, Ismail juga berkata kesemua 1,401 orang akan yang ditahan di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di ibu negara akan dirakamkan kenyataannya.

"Semua tahanan diberi layanan yang baik. Apabila selesai (rakam kenyataan), mereka akan diberi jamin atau mungkin ditahan," katanya sambil menunjukkan beberapa keping gambar keadaan di tempat itu.

'Macam kenduri'

Beliau berkata, tahanan diberikan makan minum, rawatan kesihatan jika perlu dan kemudahan tempat solat.

"Keadaannya macam kenduri kahwin," katanya sambil disambut gelak ketawa wartawan.

Bagaimanapun, mengulas perhimpunan kali ini, Ismail menyifatkannya cuba mengikut perhimpunan reformasi lebih sepuluh tahun lalu.

"Mereka laungkan apa? Reformasi. Bukan BERSIH. Ini macam tahun 2000 dulu," katanya.

Ditanya apa salahnya melaungkan perkataan itu, Ismail menjawab bahawa tindakan menjerit-jerit bukanlah budaya rakyat Malaysia.

Perhimpunan kali ini juga disifatkannya menakutkan orang ramai sehingga banyak pihak didakwa keluar daripada Kuala Lumpur menjelang perhimpunan itu. -mk


Ulasan GB

Tan Sri, logikkah kehadiran cuma 5,000-6,000 sedangkan yang ditahan mencecah 1,600 orang?

Pemerhatian Al-Jazeera, wartawan luarnegara menyatakan "lebih 20,000". Ingat bangsat sangatkah wartawan luarnegara itu berbanding dengan perkataan Tan Sri?

Di dalam satu kenyataan yang lain, Tan Sri menyatakan bahawa polis tidak bertindak kasar, malah mengambil tindakan minima ke atas peserta perhimpunan. Benarkah begitu? Jika demikian, saksikan sendiri rakaman video di bawah.

Dan sudah sampai masanya, kedua-dua KPN dan Timbalan KPN meletakkan jawatannya kerana berbohong kepada rakyat Malaysia! Tidak menjaga kepentingan awam tetapi sebenarnya menjaga kepentingan pihak pemerintah, kepentingan paangkat, nama dan harta, yang kamu-kamu sendiri memang menyedarinya (tetapi berpura-pura tidak menyedarinya.

Kami ingin mengingatkan jika tuan-tuan berdua tidak meletakkan jawatan, kami khuatir tuan-tuan bakal menerima nasib seperti mana bekas KPN-KPN yang lalu, Tan Sri Rahim Noor dan Tan Sri Musa Hassan mengosongkan pejabatnya. Ia dari doa orang yang terkena zalim. Ia hasil dari campurtangan lansung dari Allah terhadap kezaliman yang penganiayaan yang telah dilakukan dalamasa mereka berkhidmat sebagai KPN.





















13 ulasan:

waksab berkata...

sesungguhnya kezaliman san kekufuran akan tersungkur jua ke lembah hina dengan izin Allah,lambat atau cepat sahaja bala Allah akan turun kerana doa ornag yang dizalimi..
http://waksab.blogspot.com

Tanpa Nama berkata...

mereka bukan polis tapi syaitan berwajah manusia.. setiap yang hidup pastikan mati.. mereka yang berdosa atau menganiya orang nerakalah tempatnya... ada akal gunalah sebaiknya.. mereka tidak berakal adalah syaitan

Tanpa Nama berkata...

Diharapkan sangat2,,, Pas/Bersih menggambil tindakan melalui undang-undang, bukan tindakan provokasi perkauman dan memperbodohkan rakyat sepertimana tindakan UBN,yang tidak pas dan bersih..piiiraaahh You, be end ,,,

Tanpa Nama berkata...

POLIS MALAYSIA YG BERTUGAS DALAM PERHIMPUNAN BERSIH BOLEH DISAMAKAN DGN REJIM ISRAEL......DIRASUK SYAITAN

Tanpa Nama berkata...

polis tangkap 25% peserta bersih... satu kejayaan besar...

Tanpa Nama berkata...

Dah jelas yang buat kacau dan jahat bukaunnya puak-puak BERSIH 2, tapi jelas kelihatan anjing-anjing UMNO.

Pakai otak sikit.

Tanpa Nama berkata...

cara polis BN kerja ada persamaan dengan cara yahudi Israel, tidak menampak ciri-ciri islam.

mungkin dapt nasihat drp yahudi.
ingat tuan polis, tuan cari makan utk anak bini,tak halal wang gaji saudara maka anak bini pun makan hasil tak halal. insaflah sebelum makan api neraka.

Tanpa Nama berkata...

Siapa kata polis bertindak ganas, bohong semua tu. Polis cuma bergurau je, dia simbah air tu sebab kesian tengok rakyat berpeluh nak beri sejuk sikit.

Polis tutup jalan sampai peniaga semua terpaksa tutup kedai, pemandu teksi tak dapat penumpang, LRT dan semua pengangkutan awam lulmpuh, bukan kerana nak menjejaskan pendapatan peniaga tapi nak bagi dia orang rehat sikit tiap - tiap asyik kerja je penat tu.

Tanpa Nama berkata...

Kalau di Jepun menteri yang bertanggungjawab dan ketua polis dah lama letak jawatan...Di Malaysia kita sebagai pengundi lah yang akan meletakkan jawatan mereka.Marilah rakyat Malaysia sekelian kita singkirkan kekejaman mereka dengan jari kita melalui kertas undi dalam PRU akan datang.

Tanpa Nama berkata...

sbnarny gaji mreka ni di byr oleh BN.andai ny BN jtuh,mreka akn mltak jwatan dn mncari krj lain,dn aku dh tau apa krja yg dia org bleh buat.JAGA kilang,x pyh ambl gurkha lg

Tanpa Nama berkata...

tak tau nak kata la...semakin hari semakin di benci polis mesia ni...sedo sedo le sikit yob....

Tanpa Nama berkata...

sedar la skit bro,nak ckp elok2 le.kita rakyat malaysia ada budi bahasa.ko salahkan polis time perhimpunan haram,tiba bila ko susah ko cari polis juga untuk minta bantuan.ko ckp polis mkn duit gaji x halal ko ustaz k imam k?ade fakta agama k gaji yg diterima setiap bulan itu x halal.klo nak cite pasal gaji haram la,setiap minit yang kita tidak buat kje atau mengular boleh dikira haram kecuali waktu rehat.cuba ko jawab.ini aku tgk 24 jam polis wat kje duk jaga keamanan.bersih j yg buat huru hara kat negara ni.klo xd bersih malaysia akan aman smp bila2.bersih menyusahkan rakyat malaysia yg cintakan keamanan.x puas hati tgu pilihan raya la undi mne ko nak.klo prayaumum x bersih la mcm mne pembangkang bleh tawan 5 negeri dan pas bleh pegang kelantan 21 tahun jawab la bro.brfikir sebelum bertindak bijak buat keputusan anda akan akan sedar keputusan yang anda betul atau tidak.peace Malaysia

Tanpa Nama berkata...

anon 1:14 di atas

utk makluman kamu, perhimpunan BERSIH adalah aman. buktikan apa kekacauan yg ada dan yang dlakukan?
berapa kereta yang pecah, kedai mana yg musnah?

yg buat huru-hara ialah polis malaysia. yang tembak gas pemedih mata yang cuba menimbulkan kekacauan.

rakyat yang menyertai BERSIH ok jer... walk for democracy.. aman, tenang, tenteram...