Sehari selepas Bersih, Umno mahu pamer Najib sokongan
KUALA LUMPUR, 10 Julai — Umno mengambil pendekatan segera untuk mempamerkan kesetiaan dan sokongan padu ke atas kepimpinan Datuk Seri Najib Razak sehari selepas ibu negara “digegarkan” dengan perhimpunan Bersih 2.0 menuntut pembaharuan pilihan raya bebas dan adil.
Tidak sampai 24 jam selepas perhimpunan Bersih 2.0, ibu pejabat Umno menganjurkan program setengah hari, yang menurut pemimpinnya bertujuan “menunjukkan referendum dan sokongan jentera” parti itu ke atas Najib selaku presiden dan perdana menteri.
Bersih 2.0 mengadakan perhimpunan di sebalik sekatan dan halangan ketat pihak berkuasa di seluruh semalam, yang menurut penganjurnya “sangat berjaya” kerana dapat menghimpunkan kira-kira 50,000 peserta di seluruh ibu negara.
Polis pula menganggarkan hanya sekitar 6,000 orang berkumpul di pusat bandar raya iaitu di sekitar Puduraya dan Dataran Maybank — yang terletak kira-kira dua kilometer dari Stadium Merdeka, lokasi perhimpunan menjadi pilihan Bersih 2.0.
The Malaysian Insider difahamkan, majlis hari ini yang diusahakan oleh Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Mazlan, dikenali sebagai “Majlis Penerangan Perdana oleh Perdana Menteri Datuk Najib”.
“Ia program saat-saat akhir, dimaklumkan beberapa hari lalu (pertengahan minggu lalu),” kata seorang ketua bahagian kepada The Malaysian Insider.
Seorang lagi ketua bahagian yang tidak mahu namanya didedahkan berkata, notis pemakluman mula diterima sejak awal minggu ini.
“Kita boleh anggap ini sebagai program menyatakan sokongan dan kesetiaan kepada Datuk Seri Najib, ketika negara berhadapan dengan ujian terbaru ini,” kata beliau merujuk kepada Perhimpunan Bersih 2.0.
Selaku perdana menteri dan presiden Umno, Perhimpunan Bersih 2.0 meskipun pemimpin-pemimpin Umno dan BN menganggap tidak berjaya, tetapi tidak menolak ia juga satu ujian besar ke atas kepimpinan dan pentadbirannya.
Pengkritik Najib menganggap perkembangan sejak 1 Julai lalu termasuk campur tangan istana sebagai satu tamparan ke atas kredibiliti beliau dan ia harus diperbaiki sebelum pilihan raya umum ke-13.
Ia dilihat menjadi ujian kepada Najib, yang mengambil alih jawatan perdana menteri 27 bulan lalu, ketika sebahagian pemimpin Umno merasakan bahawa Yang di-Pertuan Agong tidak sewajarnya perkenan menerima kehadiran sekretariat Bersih 2.0 pada 5 Julai lalu.
Dua hari sebelum pertemuan itu, Tuanku Mizan Zainal Abidin, bertitah agar setiap permasalahan yang timbul termasuk tuntutan Bersih 2.0 sekarang diselesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan.
Baginda juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan secara adil dan bijaksana dan “yang pentingnya.”
Campur tangan dan nasihat itu tidak pernah disaksikan dalam sejarah negara ini, yang mengamalkan sistem demokrasi raja berperlembagaan.
The Malaysian Insider difahamkan semua ketua bahagian dan setiausaha penerangan diminta hadir pada majlis pagi ini.
Selain kepimpinan bahagian, majlis itu akan dihadiri pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan dan wakil syarikat berkaitan kerajaan.
SMS daripada ibu pejabat Umno yang dihantar kepada wakil-wakil media memperlihatkan keseriusan program hari ini walaupun ia diaturkan saat-saat akhir.
SMS itu antara lain berbunyi “walau (pun) majlis tutup, rakaman visual atau foto semasa perdana menteri berucap untuk tunjukkan referendum, sokongan padu jentera Umno, pelbagai NGO dan pesilat. Jika melimpah, visual atau foto luar dewan juga menjadi bukti sokongan.”
Pertemuan hari ini juga menurut seorang ketua bahagian akan digunakan sebagai peluang mempersiapkan jentera parti menghadapi pilihan raya umum.
Pilihan raya umum ke-13 disebut-sebut akan diadakan bila-bila masa dalam tempoh setahun ini. -TMI
Ulasan GB
Walaupun media massa pro-BN menyatakan bahawa perhimpunan aman BERSIH semalam gagal, tetapi di sudut hati masing-masing terutama pemimpin UMNO, mereka terkejut beruk dengan gegaran perhimpunan itu sekalipun polis telah dikerah habis-habisan bagi menghalang berlakunya perhimpunan tersebut.
Segala cara dibuat untuk mempastikan perhimpunan itu tidak menjadi kenyataan, dari melabelkan ia sebagai perhimpunan haram, pengharaman baju kuning, serangan ke atas majlis-majlis penerangan dan tangkapan pra-himpunan, menimbulkan sandiwara terjumpanya bom dan parang, sehinggalah meunggunakan mimbar masjid untuk menghalang orangramai dari menyertai BERSIH, dan yang terakhir injunksi mahkamah terhadap 91 orang pemimpin PR dan sekatan jalanraya disemua laluan masuk ke Kuala Lumpur... tiba-tiba perhimpunan BERSIH 2.0 meletup juga di tengah-tengah kota.
Kita sudah mengingatkan kerajaan UMNO BN supaya jangan angkuh, jangan sombong. Jangan disekat kemaraan rakyat. Perbaiki sistem pilihanraya yang senget oleh SPR. Semua tidak diindahkan. Malah janji untuk berhimpun di stadium pun tak dikotakan.
Tepat sekali kata-kata TG Nik Abdul Aziz, Mentri Besar Kelantan : "Bagaikan tabie air, rakyat pun begitu. Sebarang usaha menyekat dan membenteng air yang turun dari gunung akan menunggu bencana di hari depan, di satu masa dan ketika nanti."
Kini UMNO nak berhimpun. Nak tunjuk kekuatan mereka, mana tahu kot ia kali terakhir mereka dapat melakukannya sebelum UMNO dihantar rakyat ke liang lahad....

14 ulasan:
apa nak diheran kalau yang datang dengan dipaksa dan dibayar dan tidak dihalang oleh polisumporno.
aku dok tunggu nak tgk Brahim Ali datang dari sudut mna...tunggu punya tunggu sampai sudah x dakk......Omar Din and the geng pun sama...x muncul2...Dasar kaki "kipas"...
ibrahim ali mencari tasik titiwangsa untuk berendam kepanasan, omardin guru merong maha wangsa pembelot pada UMNO, kaki gertak, kaki kelentong dan kaki bangku roda. maha penakut dan guru yang tak ada teloq
minta maaf yaa, Ibrahim Ali pergi bersunat...
setelah BERSIH 2 diugut ISA ISA ISA, bila nak buat GERAKAN MANSUH ISA pula?
kawe sokong GB!!muziumkan UMNO BN
tapi yang ditayangkan kat tv2 tu kalau org2 kampung tengok, mesti BERSIH ni jahat sokmo
perkasa jadi pondan kemarin. ahli perkasa duduk rumah tak berani keluar. dasar pengecut. cakap saja berdegar-degar. mana-mana ahli perkasa yg masih ada harga diri eloklah menamatkan keahlian kerana sungguh memalukan.
akan datang GMI pulak...
Mangsa-mangsa himpunan aman rakyat Malaysia
1998- reformasi : Dr Mahathir terpaksa letak jawatan, serah kat Pak Lah, walaupun masih teringin benar jadi PM selamanya.
2008- BERSIH 1 : Pak Lah, terpaksa serah kuasa kpd Najib, akibat gagal pertahan majoriti 2/3. Ahli UMNO dan Dr Mahathir-paksa letak jawatan.
2011- BERSIH 2 : Adakah DS Najib akan ikut nasih Dr Mahathir & Pak Lah.
Yang senyum ialah TS Muhyiddin- menanti signal utk melangkah ke Sri Perdana.
Justeru, Ketua Penerangan UMNO amat memahami perkara ini. Maka terpaksalah digagahkan perhimpunan utk tunjuk sokongan kpd Najib.
Maknanya- himpunan aman BERSIH ini amat berjaya dlm mengusulkan peletakan jawatan PM & Presiden UMNO.
Napa la lmbab sgt pm kita ni.. Esk letak jwtan ya.. Dlm umno jew ley serang sana sini.. Len kali pakai otak jgn dgr ckp istri.. Kn dh kenaaaaamno jew ley serang sana sini.. Len kali pakai otak jgn dgr ckp istri.. Kn dh kenaaaaa
stakat di upah mmang le brebut org dtg,dpt upah blik le nk tunggu apa lg.nk dngr dia membebel.
Yang menyertai geng patriot UMNO nampak ramai dari kalangan orang asli dan mamak aje.Agaknya depa boleh diupah dengan bayaran murah.
Salam bro GB..
Hamba bawak pisang nak bagi pada khairy kelmarin tapi dia muncul selepas kami lalu dijalan tu..
Catat Ulasan