10 Jul 2011

Sindrom Penipuan - Polis Tak Mengaku Lepaskan Tembakan Ke Hospital Tung Shin

Tiada gas pemedih mata dilemparkan di Tung Sin, kata polis

Pemangku ketua polis Kuala Lumpur Amar Singh hari ini menafikan dakwaan bahawa polis melepaskan gas pemedih mata ke dalam perkarangan Hospital Tung Sin di sepanjang Jalan Pudu, walaupun terdapat bukti yang menunjukkan sebaliknya.

Beliau juga mempertahankan tindakan pegawainya dalam menggunakan "kekerasan yang munasabah" untuk menyuraikan penunjuk perasaan, sambil berkata orang ramai melakukan memprovokasi terhadap polis.

"... Tidak ada gas pemedih mata yang dilemparkan. Saya nampak semuanya, saya ada di sana," katanya dalam sidang akhbar di ibu pejabat polis Kuala Lumpur.

Terdapat banyak dakwaan di rangkaian sosial dengan dengan para saksi dan ahli parti pembangkang menyiarkan banyak gambar dan video menunjukkan anggota polis anti-rusuhan didakwa melepaskan tembakan gas pemedih mata dan meriam air ke dalam perkarangan hospital swasta itu.

Beratus-ratus penunjuk perasaan berada di dalam kawasan tersebut untuk mendapatkan perlindungan.

Apabila ditanya sama ada pihak polis mengetahui mengenai bukti gambar dan video yang menyokong dakwaan tersebut, Amar kelihatan tergamam dan hanya menjawab beliau akan memeriksanya.

Beliau berulangkali menegaskan bahawa gas pemedih mata tidak digunakan ke atas penunjuk perasaan yang berada di hospital Tung Sin, tetapi berkata, beliau tidak ingat sama ada meriam air digunakan.





Ulasan GB

Kalau tak menipu tidak sah. Sedangkan bukti bergambar begitu jelas dan nyata telah berlaku tembakan gas pemedih mata ke arah perkarangan hospital Tun Shin.

Kerja yang seperti binatang dan tidak berperi kemanusiaan.

Amar Singh yang menipu rakyat Malaysia ini perlu dipecat dari jawatannya.

Petikan laporan semalam:

4:40pm: Pudu - Pesuruhjaya Suhakam, Muhammad Sha'ani B Abdullah mengecam tindakan keras pihak berkuasa ketika berdepan dengan peserta BERSIH.

Pasukan polis bukan sahaja tidak menghormati hak rakyat untuk berhimpun tetapi juga menjejaskan keselamatan dan kesihatan awam dengan melepaskan tembakan gas pemedih mata ke dalam kawasan hospital Tung Shin.

Ditanya apakah sepatutnya respons rakyat terhadap tindakan tersebut, beliau berkata, rakyat Malaysia perlu memilih wakil yang boleh melindungi hak mereka.



8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Polis ni tak malu.... tangkap orang kemudian ungkit pasai bagi makan pada orang kena tangkap.

Kalau kau orang tak tangkap depa... tak adalah belanja makan.

gathort berkata...

xkan gambar nak tipu?

BERITA SENSASI BERSIH 2.0!!:
MODEL TERBARU KERETA VIOS!!
NIK AZIZ DOAKAN AKTIVIS YANG NEINGGAL, SYAHID!!

Tanpa Nama berkata...

Nak kaya cepat lagi naik pangkat dalam kerajaan BN, kena tipu dan kalo boleh tembak semua yang membantah.

Tanpa Nama berkata...

sma juga dgn kmpulan utusan meloya,dok klentong konon ny cuma 6000 org dn gmbr kumpulan kcil disiar kn.sdg kn nanyang siang pau siarkn gambar melaut peserta bersih.rupa2ny pmbrita2kmpuln utusan x tau matematik.dr himpunan yg sama,tmpat yang sama dn tarikh yg sama tp brbeza critany.pmbrita tu nk klentong ank dia yg bru lahir kot!

Tanpa Nama berkata...

Tanda-tanda sebuah kerajaan itu akan runtuh:
(1) Polis berlaku zalim terhadap rakyat dan tidak menghormati Perlembagaan Negara.
(2) Rakyat sudah benci dan tidak menghormati polis lagi.
(3) Rakyat hilang kepercayaan kepada sistem kehakiman.
(4) Rakyat hilang kepercayaan kepada SPR,Jabatan Pendaftaran serta Immigresen.
(5) Perdana Menteri yang berbohong,tidak menunaikan janji.
(6) Kenaikan harga bahan makanan dan bahan bakar.
(7) Menteri dan pegawai-pegawai kanan kerajaan rasuah berluas-luasa.
(8) Pembaziran wang rakyat,dan
(9) Penindasan hak asasi manusia.
Inilah kriteria dan syarat-syarat sebuah kerajaan itu akan tersungkur.

mohamad berkata...

bila polis cakap betoi...wwwooooii

katakuku berkata...

Beza kami dengan pengampu, pencacai, cyber troopers, FRU & SB adalah soal perbezaan jiwa.. Jiwa kami merdeka jiwa kami tidak dijajah. Mereka boleh tangkap fizikal dan penjarakan badan. Tetapi jiwa kami yang merdeka ini tidak sekali pun dapat dipenjarakan, apatah lagi diperbodohkan oleh propaganda kosong, penipu dan tidak berfakta…

Itu lah beza kami.

Ciri-ciri pencacai :

1. Mengulang-ngulang isu agen asing di balik Bersih.

2. Racist, dan menghina

3. Kata-kata yang penuh nista

4. Tidak berfakta dan tidak fokus pada isu dan point yang diberikan….

5. Bertulangkan rasuah, berdagingkan duit, berkulitkan projek... Jangan main-main, setiap entry/mesej/akaun FB ada elaun!

Kami ucapkan penuh simpati kerana jiwa anda masih dipenjara, dan minda masih tersogok dengan penipuan…

Tanpa Nama berkata...

Hei Singh! ini tulen punya gambar, lu lagi mau tipu ka.