19 Mei 2016

Wah... Azmin Mahu PKR Bertanding Di Sungai Besar, PAS Di Kuala Kangsar

Letak jawatan exco jika PAS degil bertanding di Sungai Besar

PETALING JAYA: Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali berkata exco PAS dalam kerajaan negeri perlu meletakkan jawatan Isnin depan jika parti Islam itu tetap berkeras dengan keputusan untuk bertanding di PRK Sungai Besar.

Azmin yang juga timbalan presiden PKR berkata pihaknya sudah menjelaskan kepada PAS bahawa partinya mahu kerusi itu kerana peluang mereka lebih cerah untuk mendapatkan sokongan pengundi Melayu dan Cina, tidak seperti PAS atau AMANAH yang hanya cenderung kepada Melayu.


Bagaimanapun, The Star Online berkata menurut sumber PAS Selangor, parti Islam itu berpegang kepada keputusannya untuk bertanding di Sungai Besar.

Perkara itu diputuskan kepimpinan tertinggi PAS pada mesyuarat tergempar di rumah presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Terengganu lewat tengah malam semalam.

“Presiden kami berpegang kepada keputusan jawatankuasa pusat untuk bertanding dalam PRK itu,” kata akhbar harian berkenaan memetik sumber PAS Selangor berkenaan.

Hadi juga mengarahkan tiga exco iaitu Iskandar Samad, Ahmad Yunus Hairi dan Zaidy Abdul Talib tidak meletakkan jawatan tetapi sebaliknya bersedia untuk disingkirkan daripada kerajaan Selangor.

Dalam rundingan dengan PAS berhubung PRK Sungai Besar, Azmin dikatakan memberi jaminannya beliau akan bercakap kepada parti komponen lain dalam Pakatan Harapan iaitu DAP dan AMANAH, untuk tidak bertanding di PRK Kuala Kangsar bagi membolehkan PAS bertemu satu lawan satu dengan BN.

Azmin juga menjanjikan kerusi Parlimen Sabak Bernam akan diberi kepada PAS dalam pilihan raya umum akan datang, selepas partinya tewas di situ pada 2013.

PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar dijadualkan dijalankan serentak pada 15 Jun, susulan kematian penyandangnya, Datuk Noriah Kasnon dan Datuk Wan Mohammad Khair-il Wan Ahmad dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak, awal bulan ini. -FMT

ULASAN GB

Di Sungai Besar, Azmin mahu PKR bertanding. Alasannya PAS dan AMANAH hanya dapat sokongan Melayu.

Di Kuala Kangsar, Azmin mahu PAS bertanding. AMANAH dan PKR kena tarik diri.

Itu macamkah permainan Azmin. AMANAH lansung tak diberi peluang untuk bertanding di kedua-dau PRK itu.

Hello Presiden AMANAH! Tolong bersuara sikit. Tolong tegas sikit. Tolong hentikan permainan Azmin dan tolong teruskan mesyuarat PH yang ditangguhkan malam tadi. Konsesnsus AMANAH dan DAP memadai untuk memutuskan siapa yang sepatutnya bertanding mewakili PH di kedua-dua PRK berkenaan tanpa melibatkan PKR.

Jangan dilihat oleh rakyat dan peringkat akar umbi yang Presiden AMANAH tidak ada integriti dan maruah walaupun sudah ditipu berkali-kali oleh Azmin. Jangan jadikan alasan "politik matang" atau "politik budiman" untuk menangguhkan keputusan yang telah diputuskan oleh AMANAH Pusat supaya AMANAH bertanding di kedua-dua PRK berkenaan.




IKLAN BERBAYAR


39 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Berebut lagi..kn pru 14 ada..sya rasa tak rugi brebut.maaf sekadar pandangn je

Tanpa Nama berkata...

Azmin kelihatan sengaja nak cari pasal. Kita tunggu dan lihat sebelum nak buat komen seterusnya.

Tanpa Nama berkata...

kesian org2 yg mau bangunkan Malaysia nk jadikan Malaysia maju dan makmur, nk jadikan rakyat semua pandai2 belaka , tapi buang masa je !!!!!!!!!! tak perlu la ,,,,,,,,,,,,,,,sebab rakyat Malaysia memang tak ade otak 70 %, padah muka mereka masih mundur kerana tak ade otak dan pengecut, ,,,,,,,mengapa saya ckp tu sebab senang settle mereka rm 20, rm 50 , rm 300, rm 500 boleh settle dan jual hak mereka ......itulah sebab saya ckp BODOH......dan pembangkang jgn harap boleh menang dgn mentality rakyat Malaysia ,,,,itu sebab saya ckp BUANG MASA JE

GEBU berkata...

Azmin Ali tak jujur kpd AMANAH kecuali DAP. Azmin Ali adalah mewakili PKR tetapi bukan PKR Pakatan Rakyat....AMANAH Pakatan Harapan, DAP Pakatan Harapan dan PKR Pakatan Harapan perlu melongkangkan idea MB Selangor yg menjadi kuda tunggangan UMNO/BN + PAS.

Tanpa Nama berkata...

Dalam PAKATAN HARAPAN ni nampak gaya nya AMANAH DAN DAP jong cuci kawah cuci pinggan mangkuk.PKR jong make gulai hak sedap2.Jange jadi bodo weh takut pakat meluat belaka.

Tanpa Nama berkata...

AMANAH dan kebanyakan pemimpin DAP minta PH di wakili oleh AMANAH. Bagaimana pun, keputusan tersebut akan di putuskan dalam perbincangan dengan PH.

Azmin mahu PKR yang bertanding dan yakin dapat undi dari melayu dan cina. Tetapi mengapa Azmin tidak bawa perkara ini dalam mesyuarat PH. Dan angkara siapa yang sengaja menyebabkan mesyuarat PH ditangguh. Ini kerana Azmin tahu jika dia hadir dan mesyuarat tersebut diteruskan, Azmin akan kalah berhujah. Azmin guna kan taktik yang sama, buat dulu redah dulu, baru bincang. Risiko apa jadi pada PH tidak di ambil kira.

Bagaimana Azmin sebagai Naib Presiden PKR, salah satu sekutu PH mengunakan hujah jika PKR yang bertanding, melayu dan cina akan beri undi. Sedangkan kemenangan PKR, DAP dan PAS adalah kerana Pakatan Rakyat. Bukan atas kelebihan PKR semata-mata.

Jika Azmin guna alasan ini, yang paling layak bertanding ialah PAS.


Tanpa Nama berkata...

Tak payah ambilkira pandangan azmin..dia tu siapa sampai nak buat keputusan utk PH??? Presiden PKR pun tak tamak dan memandai mandai...pergi mamposlah azmin..tunggu pru14, org selangor akan kuburkan azmin dan kunco2nya.

Tanpa Nama berkata...

Rakyat dah mejampah permainan ini praya ke 14 nampak Nya ke BN le nampak Nya selangor gaduh lah

Tanpa Nama berkata...

Amanah tak payah peduli apa yang Azmin cakap, Azmin sekarang sudah tidak dipercayai oleh banyak pengundi bukan melayu, terutama sekali pengundi cina. Amanah mesti bertanding di kedua2 PRK kali ini dan saya pasti DAP akan menyokong Amanah 100%.

Jika PAS atau PKR yang bertanding di kedua2 PRK ini, BN pasti akan menang dengan senang. Jadi abang Mat Sabu jangan teragak agak lagi, terus membuat kenyataan umum bahawa Amanah akan tetap bertanding di PRK ini.

Tanpa Nama berkata...

Pakatan Harapan = Amanah, Pkr, Dap...
Politik matang adalah mengukuhkan parti gabungan sendiri...parti Pas tidak termasuk dalam PH....jadi lupakan Pas..
Perbincngn utk kerusi parlimen Sg.Besar dan Kuala Kangsar kena dibincngkn dgn parti dalam PH saja...Azmin jgn mendahului keputusan PH yg belum dibincngkn lagi...pada pandangn saya parti Amanah adalah layak utk bertanding di kedua-dua kerusi tersebut kerana yg mempopularkn Pas dulu kebanykn adalah pemimpin yg sudah masuk parti Amanah skrg dan pengaruhnya tidak boleh dipertikaikan walaupun Amanah baru berusia 8 bulan...
Ataupun Azmin dilihat tidak senang dgn pengaruh Amanah yg cepat melebar seluruh M'sia terutama di Selangor....

Malaysiabaru berkata...

Jahanamkan pas pis pus sebelum terlembat

Amanah akan jadi exco Selangor

Perancangan kami dah berjaya... Bye bye ayoh Ping Marang babai ding ayamng

Mat Safian berkata...

Azmin nak test pimpinan AMANAH tu, kalau PRK ni AMANAH mengalah dgn PKR maksudnya PRU14 nanti ada peluang la Azmin nak gertak keras-keras skit mintak kerusi AMANAH.

Tanpa Nama berkata...

Untuk peringatan kepada PKR janggan anggap kehadiran AMANAH sebagai parti 'untuk cukupkan quorum' je...

Tanpa Nama berkata...

Pakatan Harapan = Amanah, Dap, Pkr
Politik matang adalah mengukuhkan parti gabungan sendiri..jadi lupakan parti Pas..Azmin jgn mendahului keputusan PH yg belum dibincgkn lagi. Pada pandangn saya parti Amanah layak bertanding dikedua-dua kerusi tersebut, Sg Besar dan Kuala Kangsar. Walaupun parti Amanah baru berusia 8 bulan ttp jgn dipertikaikan pengaruhnya sbb kebanykkn pemimpin parti Amanah adalah bekas pemimpin yg mempopularkn parti Pas dahulu, jadi logiknya Amanah boleh menggntikn Pas.
Ataupun Azmin ada rasa gentar tentng pengaruh part Amanah yg cepat melebar dan tersusun dari segi organisasi dan gerak kerja seluruh M'sia terutama di Selangor...

Tanpa Nama berkata...

GB, saya memahami kekecewaan dan kemarahan yang saudara rasakan kerana saya pun begitu. Seolah-olah PH tidak betul-betul berperanan seperti kita harapkan.

Azmin minta Exco PAS dalam kerajaan negeri perlu meletakkan jawatan Isnin depan jika parti Islam itu tetap berkeras dengan keputusan untuk bertanding di PRK Sungai Besar. 

Kata Azmin tersebut juga di tujukan kepada AMANAH.

Ini bukan soal PH lagi tetapi negeri. AMANAH dan DAP kena fikir masak-masak sebelum buat apa-apa keputusan. Saya telah jangka permainan Azmin, mustahil abang-abang kita dalam AMANAH tidak jangkakan. Begitu juga DAP. Mereka pasti ada perancangan susulan.

Bagaimana jika Hj Hadi tetap dengan keputusan bertanding dan minta Exco PAS jangan letak jawatan sehingga dipecat oleh Azmin sendiri. Apakah selesai masalah dengan PAS buat masa ini?

Bukan kah lebih banyak kebaikannya jika di tetapkan dengan pertandingan 3 penjuru. Sekarang jika Azmin tidak pecat Exco PAS kerana keengganan PAS mengalah, lagi haru pembangkang, siapa untung ?


mansor berkata...

Sudah sampai masanya Presiden PKR menhadi Presiden...Azminnperlu di beri kata dua.
Atau Amanah boleh betkira untuk mewujudkan satu koalisi batu dengan DAP dan memulakan langkah 'mengubah Malaysia' yg lain. PKR keliharan lebih menhaga jawatan daripsda matlamat yg digaris oleh DSAI. Wan Azizah jelas gagsl betgungsi sebagsi Prediden...

Tanpa Nama berkata...

pkr ni pn bangang yo..kau letak la calon dr amanah...pas nk tanding bia la..die bukan pH..pastu pkr kau tlg la kempen suh pengundi undi calon pH...prk ni pn penentu kpd penerimaan rakyat kpd amanah dan PH..adakah amanah dpt menandingi PAs..pkr dn dap bantu saje..lgpn ni bkn kwsn mereka.kwsn pas.biar pas dan amanah tentukan pengikut mereka.

Tanpa Nama berkata...

PH wujud ker tidak??? Ada mcm tak ada lebih baik tak ada lansung. Senang kira masing2 buat hal masing2. Balik asal sebelum ada PR. Semua parti pembangkang kembali dgn hala tuju masing2. Sebut jer ada kerjasama lah tahaluf lah, hakikatnya tidak. Buang masa saja kalau sekadar nak buat lawak. Rakyat harap pakatan pembangkang akan bawa perubahan kpd senario politik negara tapi merapu jer lebih. Baru PRK dah kelam kelibut tak ada kata sepakat. Masa PRN sarawak hari tu dah melingkup sbb angkuhnya sesetengah pemimpin. Ni kkansar dan sg besar buat hal skali lagi. Kalau mcm ni bubar sajalah sebarang bentuk pakatan atau kerjasama yg ada kononnya. Biarlah umnubn terus perintah malaysia. Kita sama2 tengok negara ni lingkup.

Tanpa Nama berkata...

SABAR

1. Singkirkan terlebih dahulu PAS dalam Kerajaan Negeri Selangor.
2. Tubuhkan kerajaan Pakatan Harapan di Selangor. Tanpa PAS masih Pakatan Harapan boleh perintah di Selangor.
3. PU14 nanti Amanah boleh bertanding di semua kerusi yang ditandingi PAS.
4. Buat masa sekarang biarkan PKR atau Amanah bertanding di SB. Mungkin juga jika PKR bertanding peluang lebih cerah bagi PH menang.
6. Di KK pula biar Nizar bertanding mewakili Amanah.
7. PAS pedulikan....

Tanpa Nama berkata...

Dah lah semasa di Sarawak tibai sekali 5 kerusi yang kat sini pun dia nak berebut. Macam-macam alasan mengarut yang PKR bagi. Langsung tidak minta maaf. Sampai semenanjung, PKR pun buat kenyataan kesilapan di Sarawak dan minta pembangkang bersatu. Masa itu dah boleh baca ke mana arah kenyataan yang di buat oleh Azmin.

PH mesti buat mesyuarat dengan segera dan jika PKR tidak datang, keputusan tetap di buat. Dah tahu nak letak calun PKR tapi tak datang, siapa suruh? Automatik tertolak meletak calun PKR.

Tanpa Nama berkata...

Terus terang dua undi di Parlimen Sungai Petani dan DUN Bakar Arang aku gantung sementara sehingga PKR ambil tindakan kepada pembuat onar di Sarawak dan nak buat sekali lagi di sini. Jika tiada tindakan... PKR dah hilang satu undi parlimen dan satu undi dun dalam PRU14. Dari dikecewakan oleh mereka yang kita harapkan membantu rakyat... lebih baik tak pilih sapa2... dah tahu umno memang jahanam.

Jika pemimpin di dalam bidang kuasa parti sendiri buat salah kamu tak boleh nak atasi, apa gunanya mereka diberi mandat untuk menghalang keborosan dan penyelewengan pemimpin BN.

Tanpa Nama berkata...

Buat apa nak pening2 kepala layan kerenah azmin! Kita ikut tapi tak ikut sepenuhnya permintaan azmin!!

Dia nak PKR di sungai besar. One by one lawan BN. Wokeh...layan. Amanah tk payah stand kat situ.

Tapi di Kuala Kangsar. Azmin nak PAS vs UMNO saja. Kat situ kita jgn ikut!! Kita tetap letak AMANAH!!! Kapasiti apa azmin nak halang AMANAH btanding kat situ!!??? Dia MB Selangor. Lain le kalau dia MB Perak...haha

So...dipendekkan cerita. PKR lawan Umno di Sg Besar. Umno vs Pis vs AMANAH di Kuala Kangsar!! Abis cerita. Kita nak tengok jugak siapa yg power antara parti2 Melayu..

Umno ka..?
Pis ka..?
Amanah..?

Kita tengok siapa yg tak reti ukur baju di kepale lutut...!!! Hahaha

Tanpa Nama berkata...

Siapa Azmin nak tentukan PRK KK calon PAS dan SB PKR. PAS bukan component PH, AMANAH mesti bertading di kedua2 PRK itu.

ex-ceo berkata...

azmin jangan angkuh sangat besar kepala nak buat ikut suka hati bapak dia je. azmin akan terima hukuman Tuhan tak lama lagi. Dulu aku director company, tapi aku tak pernah nak dengar pandangan share holder company yang lain walaupun setelah mesyuarat. cadangan share holder semua aku tolak mentah2 sebab masa tu aku baru jadi director. semua orang kena ikut arahan aku. CEO yang tak setuju dengan tindakkan kepala hotak aku semua aku buang. sekarang Tuhan balas aku balik, aku kena buang dari company sendiri. Bak kata GB, hukum Tuhan pasti akan berjalan. Yang maha berkuasa Allah bukan manusia.

Tanpa Nama berkata...

Azmin a/l Ali ni adalah Duri dalam Daging dalam PKR dan Pakatan Harapan.Mamat Berok sekor ni lebih sudu dari kuah DS Wan Azizah ni dh macam tak da kuasa

Tanpa Nama berkata...

Azmin ali sudah jd mcm org gila

Tanpa Nama berkata...

Pecat azmin ali dr PKR

Tanpa Nama berkata...

Apa hendak jadi dengan PKR. Hormat sedikit sahabat dalam PH. Maseh sombong dan angkuh. Tidak berubah walau PRN sarawak tamat. Apa yang PKR belajar.

Zali M berkata...

Hallo..hallo timb.presiden PKR@ Azmin Ali, engkau ingat PKR tu kau punya seorang ke????. Nak kata bodoh tetapi timb.presiden, apa2 keputusan meletak calon atas keputusan partilah dan oleh kerana PKR dalam Pakatan Harapan mestilah diambil keputusan bersama.
Memandai pulak buat nego dgn letak PAS bertanding diKuala Kangsar.
Inilah jenis pemimpin degil yg tak nak dgr ckp presiden, presiden dah warning diatas kekalahan calon2 PH dlm PRN Sarawak.Ikutlah cakap parti sikit, itu hari marah kat Khalib Ibrahim ex mb kerana degil dan kau pun sama juga.

Unknown berkata...

Kalau pas tak ada, hilang semua masalah. logiknya...pkr,dap dan pan boleh bekerjasama. kalau pkr tak ada, pan dan dap bermusuhan dgn pas. kalau dap tak ada, pan dan pas tetap bermusuh. PAS punca segala masalah

Tanpa Nama berkata...

AMANAH dan DAP telah menyerahkan kepada Majlis Presiden PH untuk memutuskan siapa yang bertanding.

Cara AMANAH dan DAP dengan cara Azmin menunjukkan siapa Azmin.

AMANAH kata terpulang pada keputusan Majlis kepimpinan Presiden samada PKR atau DAP atau AMANAH yang bertanding tetapi jika AMANAH tentu itulah yang terbaik.

DAP mudah tidak bertanding dan tidak akan menyokong PAS. Taktik DAP ini memberi perpepsi yang sangat baik dan untuk memikat. Kemungkinan satu hari DAP mentadbir negara tidak mustahil.

Azmin PKR membelakangkan perasaan penyokong AMANAH. Azmin putuskan PKR bertanding dan akan kembalikan Sungai Besar kepada PAS. Azmin ingat dia MB Perak boleh putuskan PAS bertanding di Kuala Kangsar.

Azmin sanggup mengalah pada PAS tetapi tidak sanggup berpegang pada janji dengan DAP.

Persoalnnya, mana pergi yang handal-handal, yang bijak-bijak, yang jadi tokoh-tokoh dalam PKR? Apakah mereka telah menjadi sama seperti Ketua Bahagian UMNO 'hilang telur' ?


Selamatkan Pakatan Harapan !


Tanpa Nama berkata...

Tidak mustahil, berdasarkan perkembang terbaru PRK kali ini, Azmin Ali yang tersingkir.

Tanpa Nama berkata...

Ewah ewah...si Azmin ni! Pkr bertanding kt Sg Beso selangor. Pas musti beri laluan utk pkr vs umno sahaja.

Sebagai ganjaran...pas secara solo berpeluk dgn umno di kuala kangsar! Lepas tu nak bg jawatan exco kanan kt pas selangor atas persengkongkolan memperbodohkan rakyat tersebut!

Amboi...bukan main lagi ko Min ye! Mcm ko pulak yg berhak nak tentukan hala tuju parti2 lain dlm PH...

Ko dgn Tuan Guru Presideng sama je...! Hahaha...kesian stakat satu penggal jd MB MP dan ADUN...!! ko ingat pengundi bodo agaknya...!

AMANAH mesti stand di KK. SG BESO...tkpelah bg je kt parti azmin bertanding! Sembilan penjuru pun sembilan penjurulah...!!

Kami fedup nanti jika AMANAH ikut telunjuk berkait azmin ali...!!

hamba Allah berkata...

Sepatutnya semua kita ni berlapang dada jng ikut emosi..rakyat dok perhati..pas pada awalnya bg dua option sama ada dia bertanding dua2 kerusi or dia amik k kangsar sj tapi sg besar bg kat pkr amanah dia tak bagi...takpa lah dah kata berjiwa besar..amanah rasanya takfk masalah utk bg laluan kpd pkr janji tdk 3 penjuru..
tp klu amanah pun teketaq2 jgk nak bertNding kat pkr pun dia taknak bg laluan,senang cerita semua parti bertanding la tngk sapa hebat..amanah pun takmau kalah pkr pun takmau kalah pas pun takmau kalah.yg mau nak kalahnya umno ja...
lepas ni pas ka,pkr ka, amanah ka rakyat kasi bungkus semua...pastu lps pru 14 buat stamnt kami semua menyesali apa yg berlaku...bodoh punya pembangkang dah nampak jalan pun dok p jalan sesat lagi..dok kira aku pun ada hak,aku pun blh menang...pasni bg kat umno bn sorang ja la memerintah..sbbnya sebab pemimpin pembangkang pun macam sial

Tanpa Nama berkata...

azmin nampaknya ingin meluaskan status quo nya dlm pkr dan kancah politik selangor, tindakannya yg ingin meletakkan calon di sungai besar dgn membelakangkan rakan sekutu dlm ph iaitu amanah sgt jelas dia seolah ingin menonjolkan diri dan meluaskan pengaruhnya...... dh mcm perangai najib pun ade juga dia ni...

Tanpa Nama berkata...

Hebat betul si azmin tu sampai majlis presiden PH semua kena ikut cakap dia...malulah aku nak sokong PH kalau mcm ni...aduhhh...mana lagi nak aku sandarkan harapan...

Tanpa Nama berkata...

Memang betol la cakap Hadi..pompuan tak bole..tak layak jadi pemimpin. Tengok PKR..pemimpin pompuan..tp yg buat keputusan Azmin! Tadak tindakan pun. Apa punya lemah Presiden.. Azmin bincang ngan PAS pasal kerusi PRK tanpa melalui PH atau sekurang-kurangnya Presiden PKR.. tadak juga tindakan. Mrs Presiden.. tinggal la kejap kipas kayu tu... tengok apa dah jadi kat PKR. Pandai Azmin memperlekehkan Presiden PKR... takkan org PKR tak nampak. TSKI dulu bole ja pecat.. kononnya tak utamakan parti. Azmin??? Bukan sahaja tak utamakan parti tapi melingkupkan parti.. nape tak pecat atau Azmin 'ada rahsia besar' yg Presiden takut sangat. Kalau tadak..pecat ja Azmin!! Pelingkup harapan rakyat!!! Kalau betul PKR ambil Sg Besar dan PAS Kuala Kangsar.. elok la dihumbankan PKR dari PH. Elok la PKR join 'Politik Natang Blok ke 3'. Azmin teruk..Presiden PKR lagi haru-biru..mcm tak wujud!!!

khirul berkata...

Di Kuala Kangsar...sokongan pada amanah belum lagi padu...masih ramai setia pada Pas.
Namun jika mengikut telahan...undi buat Pas akan menurun berbanding pilihanraya lepas...
Terutama undian dari kaum cina..
Ramalan saya..BN tetap akan menang kerana pembangkang tidak lagi bersama menentang BN.
Sayang sekali..kerana peluang telah pun terbuka luas...apabila ada penyokong umno telah berpaling dari Najib.

Tanpa Nama berkata...

Amanah PH akan menang.... riuh rendah semua nie helah tekrik dr umno BN.... yg komen nie semua jgn percaya.... puak umnoBN pon byk..... jd perlu berlapang dada...dunia akhir zaman......dunia dh tua.