10 Jul 2011

Polis Halang Samad Said Serah Memo, Bukan Sekadar Hina Seniman, Malah Hina Agong

Husam: Halang Samad Said serah memo bukti BN hina seniman

A Samad Said (tengah, kemeja-T kuning) ketika berunding dengan pasukan polis di kawasan Stadium Merdeka, petang semalam. — Foto TMI

KUALA LUMPUR, 10 Julai — Datuk Paduka Husam Musa kesal dengan tindakan polis menghalang Sasterawan Negara Datuk A Samad Said daripada menyerahkan memorandum Bersih 2.0 kepada wakil Istana Negara di Stadium Merdeka di akhir perhimpunan semalam.

Malah tegas Naib Presiden PAS, tindakan itu membuktikan polis menghina status Samad yang telah diangkat menjadi seorang seniman terkemuka tanah air.

“Yang di-Pertuan Agong bersetuju untuk menerima memorandum tapi kita dihalang, malah Pak Samad (Samad) yang membawa memorandum itu sepatutnya dimuliakan dan bukannya dihalang selain turut terkena gas pemedih mata.

“Kalau di negara asing sasterawan negara akan diraikan, Pak Samad ini bukan orang politik, beliau mempunyai sikap yang telus.

“Sepatutnya Pak Samad menyerahkan memorandum itu kepada wakil Istana Negara, namun dihalang berbuat demikian dan apa yang berlaku ini membuktikan kerajaan tidak mendengar suara seniman, ia sesuatu yang mendukacitakan,” katanya pada sidang media di ibu pejabat PAS lewat malam tadi.

Semalam, walaupun terpaksa berdepan dengan sekatan dan halangan termasuk gas pemedih mata, kira-kira 600 penyokong Himpunan Bersih 2.0 yang diiringi Samad tiba kawasan Stadium Merdeka sekitar 3.30 petang.

Mereka tiba di Stadium Merdeka tanpa disertai pemimpin-pemimpin kanan mereka yang sebahagian besarnya sudah ditahan polis.

Bagaimanapun Husam turut berada dalam kumpulan itu.

Kata Samad, Yang di-Pertuan Agong telah memberi perkenan untuk menerima memorandum daripada Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), namun dihalang berbuat demikian.

Memorandum itu terkandung lapan tuntutan Bersih 2.0.

Samad juga membidas keganasan yang digunakan polis pada perhimpunan itu sambil menyifatkan ia keganasan paling teruk pernah disaksikannya.

Sehubungan itu tambah Husam, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) harus melaksanakan tuntutan yang dikemukakan Bersih 2.0 kerana ia tidak mustahil untuk dilakukan.

Malah Exco Kerajaan Negeri Kelantan ini berkata tuntutan yang dibuat itu selari dengan demokrasi “zaman moden.”

“Tuntutan yang dibuat Bersih 2.0 ini boleh dibuat, seperti kempen 21 hari, akses media dan undi pos ia bukan perkara yang mustahil (untuk dilakukan).

“Ia mesti dilakukan dan ia sesuai dengan demokrasi zaman moden tapi ternyata Datuk Seri Najib Razak dan SPR nak gunakan pilihan raya paling kotor dan paling banyak penipuan,” katanya. -FMT



Ulasan GB

Polis bukan sekadar menghina seniman tetapi menghina seluruh rakyat Malaysia dan menghina Yang Dipertuan Agong.

Semalam GB sudah ulas. Petikan:


Bukankah derhaka dan biadab namanya apabila Agong telah bersetuju untuk menerima memo tetapi polis tiba-tiba menghalang delegasi BERSIH menyerahkan kepada Agong?

Bukankah binatang namanya apabila polis bertindak semacam merekalah Agong di depan istana Yang Dipertuan Agong?



2 ulasan:

Iklanneka berkata...

INI LAH ORANG2 TUA CAKAP LEBIH KUAH DARI SUDU, LEBIH CILI DARI BUDU...

Tanpa Nama berkata...

kalau benar seperi apa yang dikatakan Muhyidin Yasin..nah benarkan A samad said serahkan memo kepada YDP Agung!!! jangan seperti anjing menyalak bukit ....Yang pasti..taada siapa yang boleh jawab dalam TV atau media .... kalau boleh jawab..... alamak kencing berdirilah muhyidin yasin..