27 Jul 2011

BIOMETRIK: PAS Tetap Tolak

Cadangan SPR untuk menggunakan keadah biometrik bagi menyelesaikan isu pengundi hantu dan pengundi bertindih bukan penyelesaian yang sebenar.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, malah ia juga terdedah kepada manipulasi pihak yang mengendalikannya kerana hanya segelintir sahaja yang ada kepakaran dan terlibat mengendalikan biometrik.

"PAS tetap berpendirian untuk mendesak supaya SPR menggunakan dakwat celup jari ketika mengundi bagi membasmi pengundi hantu dan juga pengundi yang mengundi banyak kali dalam setiap pilihan raya," ujarnya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Katanya, begitu juga dengan pendaftaran pemilih secara automatik.

"Kita pelik bagaimana SPR boleh bekerjasama dengan Jabatan Pendaftaran Negara dalam pengendalian biometrik ini, tetapi tidak boleh bekerjasama dalam mengendalikan pendaftaran pemilih secara automatik," ujarnya yang juga ahli Parlimen Marang.

Sementara itu, Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa menjelaskan, PAS mengambil keputusan menolak cadangan kerajaan untuk menggunakan sistem biometrik dalam pilihan raya di negara ini seperti yang diumumkan oleh SPR baru-baru ini.

Penolakan PAS terhadap sistem biometrik kerana diyakini sistem tersebut tidak berkemampuan menyelesaikan masalah pengundian bertindih dan menghalang masalah yang berlaku dalam pilihanraya di negara kita sejak sekian lama.

Beliau menjelaskan, sebaliknya PAS tetap bertegas untuk menggunakan dakwat kekal kerana hanya dengan cara itu yang dapat mengatasi masalah pengundian bertindih dalam pilihanraya di negara kita.

Menurutnya, keputusan menolak penggunaan sistem biometrik dibuat oleh PAS hasil perbincangan yang diadakan oleh para pemimpin PAS pada mesyuarat khasnya di Pejabat Agung PAS hari ini.

Katanya, kewujudan pengundian bertindih atau pengundian dua kali tidak boleh dinafikan oleh SPR atau pihak kerajaan kerana ia telah dikesan oleh PAS dengan menggunakan sistem komputer.

"Antara hasilnya, di Selangor sahaja sehingga kini, PAS telah berjaya mengesan 500 orang pengundi bertindih. Pengesanan itu bukan hanya dibuat menerusi sample-samplenya, tetapi dengan orang-orangnya sekali," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, di sini, hari ini.

Baru-baru ini, menurut beliau, pihak SPR sendiri turut mengakui kewujudan pengundian bertindih pada senarai pendaftaran badan itu dan jumlahnya pula amat besar serta menakutkan.

"Pengakuan SPR itu menjadi bukti bahawa kebimbangan kita tentang kewujudan pengundian bertindih itu selama ini memang berasas dan ia merupakan fenomena yang amat membimbangkan," katanya.

Bertolak dari realiti itulah, Bersih 2.0 membuat cadangan agar SPR menggunakan kaedah dakwat kekal untuk mengatasi pengundian dua kali baru-baru ini, tetapi SPR pula menolaknya dengan memperkenalkan sistem biometrik.

"Penggunaan sistem biometrik itu sebenarnya adalah cadangan Perdana Menteri dan telah diterima oleh SPR untuk dilaksanakan, tetapi kita tetap menolaknya dan mahu menggunakan dakwat kekal seperti yang telah dicadangkan oleh Bersih 2.0 baru-baru ini," tegas beliau. -hd



7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

JENIS NAK MENIPU NI, AKAN BUAT MACAM2 UNTUK TIPU....SO TAK SEDAR KE HASIL DARI MENIPU ORANG RAMAI KAT DUNIA. HALAM LE SEGALA PENDAPATAN TU

Tanpa Nama berkata...

Akhbar tempatan hari ini(27hb Julai)memuatkan komen Wan Ahmad Omar,Tim.Pengerusi: Kononnya penggunaan dakwat celup digunakan oleh negara-negara yang kurang maju seperti India dan Indonesia.Agaknya Wan Ahmad ni "katak dibawah tempurung" tak tahu akan kemajuan teknologi kedua-dua negara yang dia sebut.Selain dari teknologi,Wan Ahmad wajar melawat 2 buah negara tersebut dan belajar bagamana kedudukan SPR di2 buah negara itu.DiIndonesia,SPRnya bukanlah cawangan parti Golka dan diIndia SPRnya bukan cawangan parti Kongress sebagaimana SPR Malaysia cawangan UMNO.Kemajuan sesebuah negara itu bukan sekadar diukur dari segi terknologi dan ekonomi sahaja,tetapi diukur sejauh mana agensi-agensi pemerintah itu adil,bebas dan profesional.Kalau sekadar jadi anjing,kuda dan keldai pemerintah,negara itu tetap berada dizaman batu.

Tanpa Nama berkata...

Kalau betul boleh tipu, kenapa bank masih guna juga.

Tentu ada pihak yang boleh olah sistem biometric untuk tipu bank dan penyimpan.

Kalau betul boleh disalahguna, cuba buktikan. Cari pakar professional yang boleh buktikan. Kalau setakat ustaz tepi jalan nak komen, boleh jalan lah. Itu semua tuduhan tak berasas...

Tanpa Nama berkata...

Anon July 27, 2011 12:20 PM,

Tak tanya kenapa negara-negara maju di Barat tak pakai dakwat??????? Mereka pun dibawah tempurung juga ka?

Kamu dah pergi ke kawasan pendalaman Indonesia atau India????

Tanpa Nama berkata...

Anon - tahu tak dakwat kekal telah dibeli dengan kos 3 juta , kenapa masih nak berbelanja kepada sistem yang akan menelan berjuta2 lagi. Cuba tanya kawan2 yang kerja melibatkab penggunaan biometric tu, sentiasa ada masalah. Kalau kena sistem tu 'down' , alamat panjang berjela2lah orang yang hendak berurusan. Ini kan pula kalau digunakan serentak 12 juta pengundi dalam satu2 masa... macamana......

Tanpa Nama berkata...

Kalau betul sistem biometrik bagus sangat, apasal kalau nak masuk/keluar ASN/ASB di pejabat pos masih pakai cap jari, apasal tak pakai pengimbas biometrik je. Aku tengok orang je... bagi aku ASN/ASB tu haram.

Tanpa Nama berkata...

Negara barat tak pakai dakwat, sebab SPR depa boleh dipercayai... bukan macam SPR Malaysia.

Kalau depa di barat buat serong, masyarakatnya akan bangkit melondeh keburukan kerajaan dan menumbang kerajaan tersebut. Ini baru niat nak berhimpun Bersih 2.0 je dah kena tangkap... akai ada ka... jadi lepas ni jaga-jaga pi kenduri... silap-silao semua orang kena angkut main pakai Akta Polis.