27 Jul 2011

Permohonan ADUN UMNO Batalkan Arahan Kosongkan Premis Ditolak

Kosongkan premis: Permohonan ADUN Umno ditolak

Ketua Pembangkang Pulau Pinang Datuk Azhar Ibrahim hari ini gagal dalam usahanya untuk membatalkan arahan kerajaan negeri supaya beliau mengosongkan premis Pusat Komuniti ADUN Penaga, iaitu kawasan yang diwakilinya.

Hakim Datuk Rohana Yusof menolak permohonan semakan kehakiman itu di dalam kamar untuk mencabar arahan Pegawai Daerah Seberang Perai Utara.

Dalam permohonan yang difailkan Disember tahun lalu, Azhar menamakan Pegawai Daerah Seberang Perai Utara dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang sebagai responden.

Beliau memohon mahkamah mengisytiharkan arahan Pegawai Daerah Seberang Perai Utara melalui surat bertarikh 8 Nov tahun lalu, yang mengarahkan beliau mengosongkan premis berkenaan pada atau sebelum 19 Nov lepas, adalah batal dan tidak sah.

Bercakap kepada pemberita kemudian, peguam Jenine Gill yang mewakili kedua-dua responden berkata hakim memutuskan pemohon (Azhar) tidak mempunyai hak di sisi undang-undang untuk mencabar arahan itu.

Bagaimanapun, beliau berkata Azhar pada masa ini tidak perlu mengosongkan pusat komuniti itu kerana mahkamah telah membenarkan permohonan peguam beliau, Datuk Jahaberdeen Mohamed Yunoos, untuk menggantung sementara keputusan itu sehingga permohonan sebenar didengar.

Dalam permohonan semakan kehakiman itu, Azhar berkata pusat komuniti berkenaan yang mula beroperasi sekitar tahun 2006 semasa kerajaan negeri itu diperintah BN, dibina khas untuk pelbagai aktiviti melibatkan kepentingan dan kebajikan penduduk di Penaga.

Beliau berkata sejak tampuk pemerintahan kerajaan negeri dipegang DAP, operasi pusat komuniti itu berjalan seperti biasa sehingga 18 Nov lalu, iaitu setelah arahan penyerahan kunci dibuat Pegawai Daerah berkenaan.

ADUN Penaga itu berkata beliau menghantar surat kepada Pegawai Daerah berkenaan pada 16 Nov 2010 meminta arahan tersebut disemak semula, namun sehingga kini kedua-dua responden tidak memberi sebarang jawapan.

Katanya beliau belum menyerahkan kunci premis berkenaan kerana berharap Pegawai Daerah mempertimbangkan permohonannya untuk menyemak semula arahan itu.

Azhar juga mendakwa arahan itu bermotifkan politik semata-mata kerana beliau adalah ketua pembangkang DUN. - Bernama

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

woi pak tua...hg pencen laa. dah tua2 dok la kat umah men dgn cucu dari hg dok bertoje dgn org.

Awan Network berkata...

dok rumah je la..dah tak ingat apa dah kot..kalau tak keberatan,letak blog saya di bloglist blog ini kerana saya sudah lama letak link blog ini di blog saya dan saya pembaca setia blog ini.. ^_^

Terhangat Dari Oven :
Kawasan Melihat Anak Bulan Bagi Seluruh Malaysia !!
Penjelasan PDRM Mengenai Isu baharuddin Ahmad!!

Tanpa Nama berkata...

hehehe...biak pada muka depa UM-BN...hehehe....la ni bagi dia rasa, lama ni hang dok kenekan org...la ni hang pulak rasa lah perit selama ni org dok tanggung...bak kata perpatah melayu..."PULANG PAKU BUAH KERAS TU NAMA DIA...." apa pun tak boleh..apa pun tak boleh...pencen la boh dok layan cucu lgi baguih boh...jawatan hang tu kasi org muda yg ada semangat waja la boh....zaman hang dah berlalu boh...PATAH TUMBUH HILANG BERGANTI bohhh....hehehe

kembara putih berkata...

Sampai bila UMNO nak menumpang tanah kerajaan, bangunan kerajaan dan premis kerajaan, dah la bil letrik dan air rakyat terpaksa tanggung. Cubalah berdikari macam parti PAS, PKR dan DAP duduk di premis sendiri samada samada premis yg dibeli @ disewa.