27 Jul 2011

DIAMLAH! Najib Ditempelak Di Langit (Alam Siber)

Diamlah, kata pengguna internet pada Najib

Warga internet melepaskan kekecewaan berhubung kenyataan dan beberapa tindakan kerajaan akhir-akhir ini dengan menulis komen "diam lah" di halaman Facebook Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Mereka memulakan sindiran itu selepas tengah malam semalam setelah Najib memuatkan pautan ke artikel dalam blog terbarunya yang menyentuh soal tanggungjawab pemimpin dan keamanan negara.

Malah, ada yang menampal perkataan sama dengan tulisan yang besar di dinding (wall) halaman Facebook itu.

Perkataan “diam lah” turut dicatatakan di ruangan komen untuk masukan (posting) yang ditulis.

Warga internet yang pro-kerajaan bagaimanapun cuba berhujah bagi menangani tindakan itu dengan hamburan kata-kata kemarahan kepada penyokong Pakatan Rakyat. Bagaimanapun, tindakan itu gagal menangani tenaga lawannya yang jumlah jauh lebih ramai.

Sehingga berita ini ditulis, masukan menggesa perdana menteri supaya diam belum reda. Masukan terakhir dengan tulisan dengan blok besar baru dimuatkan hanya kira-kira lima minit lalu. -mk


Najib berdepan dengan kenakalan warga internet

Demikianlah realitinya dalam alam internet, apabila ahli politik terpaksa berdepan dengan kerenah warganya yang pelbagai ragam. Setiap hari kewibawaan politikus dicabar dengan informasi dari hujung jari warga internet, satu situasi yang tidak pernah dialami pada zaman di mana media tradisional boleh dikawal menggunakan telunjuk kuasa.

Terbaru, apabila Perdana Menteri Najib Razak memperbarui catatan dalam blognya, disusuli dengan memaklumkannya melalui twitter, dan kemudian di status Facebooknya: Blog terbaru saya menyentuh tanggungjawab pemimpin dan keamanan negara. http://t.co/ho8neN7; seorang warga internet telah meninggalkan komen "Diam lar" di bawah status Facebook tersebut.

Komen warga internet ini dipadamkan oleh admin Facebook Najib Razak, dan tindakan ini telah mencungkil ketidakpuasan warga internet yang lain, yang seterusnya meninggalkan komen untuk mengecam dan mengkritik Najib.

Banyak komen yang ditulis dengan nada untuk menyindir, antaranya "DS, apa harga benar cincin diamond yang Rosmah pakai tu? Siapa bayar?", sementara ada pula yang menyokong pimpinan beliau, "Sudah terbukti kerajaan yg memerintah sekarang adalah kerajaan yg terbaik dan yang bersungguh untuk memberi kehidupan yg baik untuk rakyat.....bersyukurlah dengan kenikmatan dan keamanan yg kita kecapi".

Tidak cukup dengan itu, sebagai reaksi kepada "terpadamnya" komen "Diam lar" itu, satu page bernama "Diam lar!" telah diwujudkan, dan telah memiliki lebih 5,000 orang penyokong dalam masa kurang daripada 13 jam.

Sebelum ini, pelbagai page telah diwujudkan sebagai desakan agar pimpinan kerajaan meletak jawatan, lantaran pendekatan yang keras oleh kerajaan ketika menangani perhimpunan BERSIH 2.0. Sebagai reaksi kepada trend ini, Menteri Besar Pahang, Adnan Yaakob mendakwa dirinya mampu mengerah tiga juta orang warga internet untuk menyokong agar Najib Razak dikekalkan.

Satu page ditubuhkan, dengan nama "3,000,000 People Want Najib To Stay", namun hanya disokong 353 orang buat setakat ini (1.19 tengahari, 26 Julai 2011). -MR


Ulasan GB

Demikianlah.

Apabila rakyat semakin meluat, rakyat semakin bosan,
maka tak kira dimana pun, tk mengira apa risiko pun yang dihadapi
rakyat sudah tidak perduli.

DIAMLAH!
Nak kata apa lagi selepas ini Najib?
Rakyat suruh anda diam.
Mungkin diam itu lebih baik kerana semakin banyak anda bercakap, semakin ramai yang meluat dan membenci anda.... fikir-fikirkanlah!

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

hahaha di bumi pun kena tiowwwwww...apatah lagi di langit. di langit, no limit. hg tau la langit tinggi ka rendah. dey panddy kutty, poddddddddddddah ceh

acoy2348 berkata...

Terbanglah engkau tinggi di langit wahai UM-BN...sampai ke mana hendak kau pergi dan jelajahi sekitar di langit...tapi jangan kau lupa wahai UM-BN bahawa langit itu tinggi...nanti kau kan lemas dan akhirnya kan jatuh ke tanah jua wahai UM-BN....(COPYRIGHT SONG - TERBANG HELANG (DATO SHARIFAH AINI)...bawa bawa sedarkan diri anda wahai UM-BN