5 Apr 2011

Mahligai Tak Sampai Setahun Runtuh: Luahan Hati Jimmy

Isteri Tunai Umrah Tanpa Izin - Jimmy Shanley

SHAH ALAM: Pengacara, Jimmy Shanley Norjahan Salleh memberitahu isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy mengerjakan umrah di Tanah Suci tanpa keizinannya.

Menurut Jimmy lagi, Nursuhaila juga tidak meminta maaf daripadanya sebelum bertolak ke Mekah pada 25 Februari lalu bersama ahli keluarganya.

“Saya ada ke majlis doa selamat yang diadakan keluarga Nursuhaila atas pelawaan keluarga mertua kerana mungkin boleh minta maaf.

“Tapi saya duduk berjam-jam di situ macam orang asing,” katanya dan menambah berasa sedih kerana telah berniat untuk mengerjakan umrah bersama isteri.

Jimmy, 31, yang ditemui semasa menghadiri prosiding sebutan kes nusyuz terhadap Nursuhaila, 25, di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Isnin, juga menitipkan pesan supaya isterinya kembali kepada ajaran agama.

“Sebagai suami, saya boleh menutup mata dan memaafkan kerana faham isteri boleh jadi emosional. Saya tidak kejam.

“Tapi walau kaya, cantik dan bijak macam mana pun, suami tetap di atas. Itu perintah Allah, bukan saya yang kata.

“Kalau suami perompak sekali pun, selagi dia tidak suruh melakukan dosa-dosa besar, suami harus dituruti,”
tambahnya.

Selain itu, Jimmy juga mengakui dia tidak sempat untuk bersolat jemaah dengan Nursuhaila, walaupun sejak kecil telah menanam impian untuk bersolat bersama isteri.

Dia juga memberitahu, Nursuhaila ada meminta cerai semasa mereka bersemuka di luar kediaman keluarga wanita tersebut pada 28 November 2010.

Selepas tarikh tersebut, Jimmy memberitahu Nursuhaila tidak lagi menjawab panggilannya mahupun membalas khidmat pesanan ringkas (SMS)yang dihantar.

“Kita jangan memprejudiskan masa depan anak yang masih belum dilahirkan.

“Saya tak minta 10 sen pun wang dia atau keluarganya. Saya hanya mahu anak dijaga oleh saya.

“Kalau boleh memang saya nak sama-sama jaga, tapi kalau dah tak berminat, nak buat macam mana?,
” katanya.

Jimmy yang mengakui telah membuang egonya dalam usaha mempertahankan perkahwinannya juga bersyukur kerana kejadian yang berlaku menyebabkan dia banyak bermunajat kepada Allah.

“Saya tidak kata saya seorang yang alim atau warak. Tetapi saya banyak belajar, baca buku-buku walaupun ibu bapa saya tak sempat untuk mengajar saya.

“Saya tidak hisap rokok, tidak pernah minum arak walau seteguk, tidak berjudi, bukan kaki disko dan bukan kaki perempuan. Saya hanya pernah bersama dengan seorang sahaja perempuan.

“Langkah saya pendek kerana ramai yang kenal. Saya jenis yang suka duduk di rumah. Kerja rumah saya buat, baju hantar ke dobi dan makan pun di luar.

“Apa yang saya mahu mudah sahaja, hanya layan saya sebagai seorang suami. Jika itu pun tidak boleh dilakukan, ada sesuatu yang silap,”
tambahnya.

Jimmy juga berharap agar pasangan yang baru melangsungkan perkahwinan menjadikan masalah rumah tangganya sebagai pengajaran.

Terdahulu, Hakim Syarie, Saharuddin Selamat menetapkan supaya permohonan kembali taat dan nusyuz yang difailkan oleh Jimmy disebut semula pada 23 Mei depan.

Ini untuk memberi peluang kepada peguam syarie Saadiah Din yang mewakili Nursuhaila untuk memfailkan pembelaan terhadap permohonan kembali taat.

Saadiah juga diarahkan untuk melengkapkan pembelaan Nursuhaila bagi kes nusyuz memandangkan terdapat tujuh perenggan yang tidak dijawab pada pembelaan yang diserahkan kepada Jimmy.

Jimmy diwakili peguam syarie Mohd Noor Aizan Md Idrus.

Pada prosiding itu, Nursuhaila yang kini mengandung enam bulan hadir dengan seorang lelaki dipercayai pengawal peribadinya.

Jimmy dan Nursuhaila yang merupakan anak kepada pengasas produk kecantikan Natasya tersebut bernikah di rumah kediaman keluarga perempuan di Sunway Rahman Putera, Sungai Buloh pada 1 Oktober 2010.

Ketika itu, Nursuhaila menerima wang hantaran sebanyak RM31,186 yang diambil bersempena tarikh lahirnya pada 31 Januari 1986.

Bagaimanapun, mereka hanya sempat tinggal bersama selama 20 hari yang menyebabkan Jimmy mmfailkan permohonan kembali taat pada 3 Januari lalu dan diikuti permohonan nusyuz pada 27 Januari lalu. -mstar

Ulasan GB


“Saya tidak hisap rokok, tidak pernah minum arak walau seteguk, tidak berjudi, bukan kaki disko dan bukan kaki perempuan. Saya hanya pernah bersama dengan seorang sahaja perempuan."


GB anggap ia pengakuan ikhlas dari seorang pengacara bernama Jimmy. Tapi hairan buat si isteri, dikurniakan seorang suami yang sedemikian baik tapi malangnya dipersia-siakan.

21 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

perempuan ni nak suami yg kaki disko agaknya.

Tanpa Nama berkata...

begitulah kalau orang dah benci, hakikat pedihnya apa yang dirasa oleh jimmy hanya dapat dirasai oleh orang yang pernah melaluinya...

papa dam berkata...

Aloo Jimmy tak ape u pisah la cara elok, biag pi kat dia tapi berdoa la moga Allah bagi dia hidayah. Lu pulak jangan lepas ni buat benda-benda bodoh yang sering dibuat selebriti yang bodoh !

Tanpa Nama berkata...

sbb tu mak saya slalu pesan islam suruh kita cr yg sekufu... tp ramai org buat tak tau je... tapi percyalah janji Allah lelaki yg baik untuk perempuan yang baik... moga Allah memeberkati kita semua...

Tanpa Nama berkata...

kalu tak suka jimmy dulu, kenapa setuju kahwin dengan dia.

Tanpa Nama berkata...

anon 10.01

sebab dia ingat jimmy macam selebriti yg lain.

lepas kahwin dia tengok jimmy asyik suh sembahyang, dia x reti nak wat tu semua.

pengakuan jimmy sendiri yg jimmy gagal untuk solat dengan isteri di belakangnya....

MIBU BULAN. berkata...

Walaupun pergi UMRAH WAJIB sekali dalam seumur hidup bagi orang Islam yang mampu..... tetapi tanpa izin suami..... Pergilah bertanya kepada Alim Ulamak..... Adakah UMRAH ini diterima oleh ALLAH....... Saya tahu jawapanya, tetapi bertanyalah kepada yang Arif......

Tanpa Nama berkata...

Jimmy,

bunga bukan sekuntum, orait?

love the one who loves you and not the one who you love

move on, brader

Tanpa Nama berkata...

jgn lihat penampilan luaran.nabi dah pesan utamakan perempuan yg beragama..

Tanpa Nama berkata...

Jimmy ,...sabarlah..lelaki yang baik hanya untuk perempuan yang baik..renung-renungkan..

Tanpa Nama berkata...

Susah nya dapat isteri anak orang kaya(jutawan) ni ya Jimmy....
Saya harap bawk2 lah bersabar, dah tiada jodoh agaknya....

Saya harap Noh (Hujan) ambil iktibar dari pengalaman Jimmy itu kerana beliau pun akan kawin dengan anak lebih dari jutawan(billionair).

Tanpa Nama berkata...

Apabila seseorang anak itu dibesarkan dengan material tanpa disertakan dengan ajaran keagamaan maka dewasa mereka mempunyai pendirian "free thinker". Tidak ada tuhan melainkan duit yang berkuasa.

Ini adalah salah satu tindakan dari pemerintah seperti UMNO Baru BN. Mereka tidak menerapkan nilai keagamaan kepada rakyat tetapi mereka lebih suka mengajar cara bagaimana melakukan liwat, zina dengan pelacur minum arak, berjudi dan mengaibkan orang lain dengan mencipta fitnah.

Bab bercerai berai adalah lumrah perkawinan. Tapi punca penceraian itu dipengaruhi apa ?

Kes penceraian, sumbang mahram, rogol, khalwat, buang bayi, bunuh bayi, anak haram, minum arak, hisap dadah adalah berpunca dari kelemahan kerajaan yang memerintah. Segala perbuatan songsang pemimpin kerajaan BN telah meninggalkan kesan buruk kepada rakyat.

Lihat sendiri bagaimana sebuah kerajaan beragama islam tapi tidak bermoral mencipta fitnah dibicarakan dalam mahkamah berkaitan dengan liwat dan terbaru video lucah.

Kemudian paksa rakyat supaya percaya fitnah yang mereka cipta itu sebagai suatu kebenaran. Tidak kah itu satu perbuatan celaka namanya ?

Masih nak menyokong calon UMNO Baru jadi wakil rakyat dalam pilihanraya ke 13 ? Anda akan disiksa 5 tahun lagi!

Tanpa Nama berkata...

Saya tak tau kenapa saya menangis baca berita jimmy ni. Saya dapat rasakan dia betul2 ikhlas dan mmg dia buang jauh2 ego dia.

Ntah apalah masalah sebenarnya.. hanya Allah yang tau. Kesian anak yang masih di dalam kandungan tu.

Isteri Jimmy perlu belajar hukum hakam dengan lebih mendalam lagi.

Tanpa Nama berkata...

bkn nak mengeji atau mencaci.. baik aku pakai nama "anoy" jer ek.. teh a.k.a bini jimmy ni bkn nye asal kaya pun, naik dari bawah.. rezeki dari Allah S.W.T pada dia & family, diorg nyer marriage ader family involve, sampai ader orang cite kat aku.. bapak bini dia ni penah ckp kat teh ni "hang lawa, hang kaya... hang banyak duit, hang nak dengaQ ckp laki ker? hang takder laki pun hang boleh idup!".. angkuh nya mereka yg berada! tak bersyukur malah KUFUR!

Tanpa Nama berkata...

Sian Jimmy...dia ingat bolehlah didik bini dia ni...tapi pompuan ni dah biasa senang. Manalah dia nak buat benda2 masak sume tu

PAtutnya Jimmy cek dulu lah..seblm kawin..kalau tengok rupa je memangle...len kali cari lah yg ada pegangan agama ye jimmy

kalau mcm bini kau ni...alahai...tapi takpe jimmy don worry...bunga bukan sekuntum
raaaaaaamai lagi pompuan baik2 kat malaysia ni. tak yah le cari yg kaya2...jimmy selalu2 lah g masjid...kenal2 dgn pakcik2 yg rajin g masjid...anak2 diaorg insyaAllah baik2...

Tanpa Nama berkata...

apa kes si anon kat atas tu menggelabah cakap semua ni salah UMNO?jatuh longkang pon ko salahkan umno gak ke? semua yg berlaku ini berpunca dari didikan keluarga,ibubapa.itu paling asas.kalau kita tinggal kat negara yahudi sekalipun kalau iman kuat dan didikan yg ckup takkan jadi masalah.tengok orang kelantan pon cukup,ada juga yg ada masalah sosial dekat sana,wat hal kat negari org len pon ada gak..jgn tuduh orang sebarangan.aku bkn orang umno tapi aku jelik tgk orang yg sering letakkan keburukan kt orang lain.

Tanpa Nama berkata...

salam jimmy, semoga anda tabah dlm hidup berumahatangga nie... n mybe ade hikmah dgn ape yg berlaku....

Tanpa Nama berkata...

sedih melihat komen jimmy kat melodi tempohari,..menitis air mata seorang suami,...
Norsuhaila...sedarlah kamu dan bertaubatlah kamu sebelum ajal memanggil kamu,..

Tanpa Nama berkata...

Kesian Jimmy.
Banyak berdoa Jimmy. Doa adalah senjata mukmin. Ini adalah dugaan dari Tuhan untuk menguji keimanan mu. La Tahzan.

eifahden berkata...

salam pada jimmy..sabar adalah ilmu yg paling tinggi...tiada ilmu di dunia ni setaraf SABAR..couple di beri 4 pilihan utk mencari pasangan? kerana CANTIKnya..KAYAnya..KETURUNANnya..AGAMAnya..maka pilih lah AGAMAnya.kerana itu lah kebahagiaan yg akan jimmy dapat.salam dan doa kami jimmy akan dapat jodoh yg TERbaik..insyallahswt

Tanpa Nama berkata...

TIADA KAITAN DGN JIMMY

Tukar Kerajaan sekarang kepada PAKATAN RAKYAT. SEMUA pekerja sekarang tidak mengira pangkat ( lebih diutamakn pangkat bos2) di PECAT serta merta & mengadakan temuduga baru Yg lebih telus. Orang yang betul berkelayakan saja harus dipilih. Permasalahan sekarang pekerja kerajaan byk lepak dari buat keja. rehat sampai 3 Kali. Masuk rehat lambat. Balik awal. Datang Opis buka facebook tutup facebook. Bila org awam berurusan diLAYAN MACAM TAIK. BILA PAKATAN RAKYAT BERKUASA "AKU CADANGKAN
1) PEKERJA KERAJAAN SEKARANG DIBERHENTIKAN (TANPA ALAUN BERSARA OR IMBUHAN GULA UMNO-BN).
2) BUAT INTERVIEW BARU (PEKERJA KERAJAAN YG DIBERHENTIKAN BOLEH APPLY). BERSAING DENGAN PEKERJA SWASTA YG LAIN (EKSEKUTIF DI SEKTOR SWASTA LEBIH EFEKTIF & TELUS).