20 Nov 2010

Rapat Umum Hanya Untuk Kutuk Seorang Manusia?

Rapat Umum PKR label Zaid ‘pengkhianat, kurang ajar’

Gambar: Pimpinan kanan PKR berbaris kutuk seorang manusia saja yang akan meninggalkan partinya bernama Zaid

SHAH ALAM, 20 Nov — Pemimpin kanan PKR malam tadi secara sebulat suara melepaskan ‘peluru kritikan’ terhadap Datuk Zaid Ibrahim habis-habisan sambil menyifatkan bekas pengerusi PKR Wilayah Persekutuan itu sebagai “kurang ajar” dan “pengkhianat” parti.

Ketikan berucap pada program Rapat Umum Keadilan Selangor Bersama Datuk Anwar Ibrahim di sini - kira-kira 12 jam selepas Zaid menetapkan tarikh muktamad keluar PKR, barisan pemimpin kanan termasuk Timbalan Presiden PKR Senator Dr Syed Husin Ali, Naib Presiden PKR Azmin Ali dan Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail mengecam tindakan Zaid yang menggunakan akhbar rasmi Umno, Utusan Malaysia untuk menyerang pemimpin dan parti itu.

Malah majlis itu, yang diadakan seolah-olah untuk menjawab segala kecaman dan kritikan di sebalik isu Zaid keluar PKR, juga digunakan untuk melahirkan sokongan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut menyampaikan ucapannya.

“Janganlah kita bercakap pada Utusan Malaysia. Munasabah atau tidak untuk bercakap hal rumah tangga kita kepada Utusan Malaysia?

“Tiada satu ahli dari PKR yang waras akan bercakap dengan Utusan Malaysia.

“Malah sejak parti ini ditubuhkan, tiada satu ahli pun yang bercakap dengan Utusan Malaysia yang selama ini mengecam kita,” kata Saifuddin ketika menyampaikan ucapan di hadapan kira-kira 1,000 orang yang terdiri daripada pemimpin tertinggi, pemimpin peringkat negeri Selangor dan penyokong parti itu.

Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Machang turut menyifatkan Zaid sebagai “kurang ajar” apabila menyerang dan mempertikaikan kredibiliti Anwar, penasihat PKR dan Ketua Umum Pakatan Rakyat.

“Orang yang cintakan parti tidak akan mempertikai Ketua Umum (Anwar).

“Beliau telah dipukul, diaibkan dan dipenjarakan selama tujuh tahun kemudian keluar untuk kukuhkan parti, bina kekuatan antara PAS dan DAP dalam Pakatan Rakyat malah dapat lima juta undi daripada rakyat.

“Pemimpin seperti ini (Zaid) kurang ajar, jangan biarkan... setuju atau tidak untuk bersama dengan beliau? “Beliau mahu keluar parti 16 Disember... sebab nak jelajah nak dapat sokongan,” katanya. Menurut Saifuddin, PKR akan menjadi sebuah parti terkuat di Malaysia.

“Pemimpin akan datang dan pergi tapi parti keramat akan terus bersama rakyat.

“Parti ini akan jadi parti terkuat di Malaysia,” katanya. Semalam, Zaid mengumumkan akan meninggalkan PKR berkuat kuasa 16 Disember ini dan surat pemakluman mengenainya telah dihantar kepada ibu pejabat parti itu.

Sementara itu, Azmin menggesa kepimpinan tertinggi PKR supaya mengambil tindakan tegas terhadap “pengkhianat” dan “Trojan Horse” yang wujud dalam parti itu.

“Saya rayu Anwar, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail (Presiden PKR), Timbalan Presien dan MPP (Majlis Pimpinan Pusat) supaya selesai Kongres PKR kepimpinan perlu tegas dan berani terhadap ‘Trojan Horse’ yang wujud dalam parti.

“Jangan tangguh atau bimbang dengan orang-orang seperti ini, kita bersama presiden jaga parti yang rakyat bina 12 tahun lalu.

“Yakin bila diserang kita akan bertambah kuat,” katanya. Tambah Azmin, PKR perlu membuktikan kepada semua bahawa parti itu bukan parti nyamuk ataupun parti serpihan sebaliknya adalah sebuah parti yang kukuh memperjuangkan hak rakyat.

“Seringkali parti diserang tapi saya yakin dan percaya apabila diserang maknanya kita kuat. “Kalau kita parti nyamuk atau parti serpihan tidak mungkin kita akan diserang,” katanya.

Ahli Parlimen Gombak itu juga berkata akan memberikan kerjasama kuat kepada Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dalam usaha mempertahankan negeri itu pada pilihan raya umum akan datang.

“Saya hari ini melahirkan kesetiaan dan komitmen untuk mempertahankan Menteri Besar. “Selama ini kita telah saksikan kejayaan di Selangor dan kita akan mempertahankan dasar-dasar yang dibawa kerajaan negeri.

“Selain itu kita juga mahu reformasi yang dibawa ini diteruskan ke Putrajaya,” kata Azmin. Bagi Syed Husin, keputusan untuk memboikot Utusan Malaysia adalah keputusan yang dicapai bersama parti komponen Pakatan Rakyat.

“Apa hendak kita gelarkan kepada seseorang yang menafikan keputusan Pakatan Rakyat memboikot Utusan Malaysia dan memburukkan parti?

“Jika orang ini hendak keluar... sila keluar. Jika orang ini nak gunakan tali gantung untuk gantung diri pastikan biar sampai mati,” katanya.

Sebelum ini, Zaid berkata tindakannya keluar PKR bukan kerana beliau mudah mengalah dan suka melompat parti sebaliknya kerana telah muak dengan masalah dalaman parti itu.

Beliau berkata tindakan nekad meninggalkan parti yang dianggotainya kira-kira 18 bulan lalu juga kerana berpegang kepada prinsip kebenaran.

Zaid berkata, tidak wajar bagi sesetengah pihak untuk menyamakan keadaan yang dihadapinya sekarang berbanding ketika beliau berada dalam Umno.

Menurutnya semasa dalam Umno beliau dipecat keahliannya manakala di PKR, beliau secara sukarela menarik diri meninggalkan perjuangan parti yang diterajui oleh Anwar.

Akhir 2008, Zaid, yang juga bekas Ahli Parlimen Kota Baru serta ketua Umno Kota Baru, dipecat daripada Umno kerana tindakannya yang menyalahi Perlembagaan parti, khususnya kerana menghadiri majlis-majlis anjuran Pakatan Rakyat. -TMI

Ulasan GB

Perhimpunan itu diadakan semata-mata nak kutuk seorang manusia bernama Zaid. Wayang yang hebat. Tegok wajah-wajah pemimpin kanan PKR di sebelah.

Yang benar-benar nampak mengutuk ialah Saifuddin dan Azmin, macam sampai dah nak ternampak anak tekak.

Senator Syed Hussin Ali, seorang bekas pemimpin sosialis (TGNA kata sosialis adalah adik beradik komunis), angkat tangan pun layu jer. Almaklum dah berumur, menumpang tuah menjadi Senator bila masuk PKR. So kena bagi support tak banyak sikit kepada DSAI.

GB mengutuk ker? Ampun maaf. Dah gambarnya macamtu, nak buat macamana.

Apalah hebat sangat Zaid tu sampai PKR kena anjur satu rapat umum semata-mata nak kutuk dia. Ini menunjukkan bahawa pemimpin PKR sendiri yang tercabar dengan tindakan Zaid lantas rapat itu diaturkan.

Saifuddin membuat dakwaan "Parti ini akan jadi parti terkuat di Malaysia", cuma satu persoalan, keahlian ada 400,000, keluar mengundi untuk Pemilihan tak sampai 40,000. Mana perginya yang lain? Jika pada masa pemilihan sendiri tak turun, masa pilihanraya apa tah lagi. Amacam boleh dakwa parti terkuat di Malaysia?

Azmin pula kata "Yakin bila diserang kita akan bertambah kuat,”

Justeru jika anda semua menyerang Zaid, maka Zaid bertambah kuatlah ya? Bangang betul. Itu pun nak jadi Timbalan Presiden. Huhu.

Syed Hussin Ali berkata, Apa hendak kita gelarkan kepada seseorang yang menafikan keputusan Pakatan Rakyat memboikot Utusan Malaysia dan memburukkan parti?

Bagaimana pula sikap PKR bila Azmin menggunakan akhbar media perdana yang lain seperti Berita Harian?

Itu Ketua Umum PKR, DSAI sendiri bukan sekadar jumpa Utusan Malaysia, tapi minum teh bersama bapak Utusan Malaysia lagi.... apa pasal tarak kecoh?

Anehnya MB Selangor turut bersama. Mungkin terima kata dua atau diugut kot. Atau sengaja nak beri muka kepada Ketua Umum. Tapi dah satu bakul, terimalah bahana dari rakyat nanti. Rakyat Selangor buka mata, bukan pejam mata terhadap tingkah laku semua pemimpin PR Selangor.

Beginilah ulasan terkahir GB:

Wahai pimpinan PKR, muhasabahlah. Kekuatan kamu-kamu tidak sehebat mana. Saya berpendapat Azmin dan Saifuddin akan tewas di Parlimen masing-masing. Selangor silap haribulan terlepas dari genggaman PR kerana pemimpin PKR terlalu sibuk berpolitiking sehingga melupakan masalah rakyat dan terlupa fakta bahawa UMNO BN sentiasa mengintai peluang untuk negeri Selangor.

Dulu kemungkinan PKR boleh bernafas lega kerana kebanyakan blogger membela kamu.

Sekarang, biar GB berterus terang, blogger seperti GB tidak lagi akan bersama PKR bukan kerana GB benci PKR tetapi benci kepada kezaliman (tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya) berakar umbi di dalam parti berkenaan, benci kepada penipuan dan konspirasi yang telah terang dan nyata.

GB yakin keahlian dan penyokong PKR pun tak sebanyak mana yang tinggal (hasil dari bilangan yang keluar mengundi). Jadi kekuatan pun tak sehebat mana. Anwar insyaAllah bakal ke penjara semula. Ada hikmahnya. Jangan berjoget lagi selepas keluar penjara seperti di Ijok tempohari. Dan jangan lagi ambil orang "sejambu" Saiful dan Halili lagi jadi "pembantu".. byk kes dan byk hal. Tak elok pada pandangan mata masyarakat, awak tu dipersoalkan sudah peribadimu, dan tak elok juga GB ulas banyak-banyak, kerana boleh ganggu prosiding mahkamah.

Dan silap haribulan PKR akan hancur binasa kerananya. Nak kata apa?

Sebelum ini GB dah tulis di SINI begini bunyinya:

Masa untuk pujian-pujian dengan ucapan retorik sudah belalu. Ini zaman digital, ini era global, ini masa rakyat menilai "mutu" kepimpinan, zaman "walk the talk" bukan "talk the talk" lagi.

Dan seorang pembaca blog ini memberi komennya:

Waris said...
Sokong kenyataan GB. Don't worry GB. Kalau bkn pemimpin bersama mu, rakyat pasti akan bersama. Pemimpin politik dari mana2 parti pun skrg ni dilihat HAMPEH oleh rakyat. TGHH pun kena belasah waktu buat silap dgn gagasan UGnya. Anwar jgn ingat rakyat menyokongnya membabi buta atau kerana beliau masuk penjara. Jgn sampai rakyat meluat dan bila anwar masuk penjara sekali lagi rakyat akan buat bodoh saja. Jgn sampai rakyat berkata "apa ada hal" kalau anwar masuk penjara lagi. Rakyat perlukan keadilan bukan kroni. Rakyat sokong PR kerana tiada pilihan lain. Rakyat tegur kerana sayangkan PR.Ini saja harapan yg rakyat ada. Jika PR serupa dgn BN maka selepas ini rakyat akan kata... GO TO HELL TO ALL OF YOU...


GB tetap berdiri di atas perjuangan menegakkan kebenaran dan keadilan.
Seranglah GB, nanti GB bertambah kuat (kalau ikut teori Azmin) :-)

16 ulasan:

GB kelakar jugak berkata...

kelakar pun ada jugak GB ni.
Ayat kau yg terakhir tu macam zaid pulak.walaupun aku pun tak berapa gemar dengan cara pemilihan ni tapi kau terlalu "obses" dengan zaid,sehingga tektik kebudak budakan zaid kau gunakan.
GB please jadi mazam dulu.ingat laman kau ni di ikuti oleh penyokong pas/dap juga spt aku.

aizat nasri berkata...

sokong!!!!

Tanpa Nama berkata...

belum jadi PM dah mcm ni perangai Anwar..........aku ingatkan dah insaf.........aku harap PKR masuk BN sebelum PRU 13.......

Tanpa Nama berkata...

mana Presiden PKR? hahahahahha memang tunggul kayu

Tanpa Nama berkata...

Berapa RM yg kerajaan Selangor belanja utk sponsor perhimpunan mengutuk Zaid? Wajarkah kerajaan PR yg biaya perhimpunan untuk menyelamatkan nyawa politik Anwar dan Azmin?

kak pah berkata...

tengok gambar tu kelakar lahhh

Waris berkata...

Tuan GB,

Saya pun tak berapa setuju Zaid guna utusan buat press statement. Saya lagi tak bersetuju dgn anwar & azmin buat rapat umum semata2 utk mengutuk seorang manusia. Zaid umpama org tersepit sama mcm anwar masa mula2 kena pecat dulu. Tak ada pilihan terpaksa guna Harakah. Dalam pd tu dia masih menganggap mahathir mcm bapak dia. Masih tak salahkan mahathir tapi salahkan para konspirator. Adakah skrg mahathir masih dianggap bapak oleh anwar? Azmin mungkin masih anggap mahathir bapak sebab dia pernah jadi anak angkat kesayangan siti hasmah. Sebab tu dia kaya... kaya dgn AP.

Di tempat saya parlimen diwakili oleh PAS dan dun diwalikili PKR. PRU nanti tak tau nak pangkah siapa? Pangkah umno? Sorry... mati hidup balik pun saya tak akan pangkah umno. Boleh GB bagi idea nak buat mcm mana?

Unknown berkata...

Waris,

msg saya semula di fb atau email

Tanpa Nama berkata...

TUan blog..
Saya sokong waris di atas...Tak ada faedah nya perhimpunan itu. Lagi bodoh dan tak berguna zaid panggil wartawan utusan, Berita dsb kerana dulu depa lah yg belasah lu kaki botol.
Kepimpinan PKR pun tak payah berhimpun...nak kutuk zaid...Zaid pun bukan apa-apa sangat tak bawa kesan lah kalau keluar PKR pun. Berapa orang jer yg nak ikut. Blogger pun kalau ikut pun mungkin 3 atau 4 jer kot. Tau tau la siapa blogger tersebut.

oleh
Hayamhirang

Waris berkata...

Dah hantar msg ke FB tuan

Tanpa Nama berkata...

pkr ni kucing kurap berlagak harimau...

Tanpa Nama berkata...

Anda benar GB. Saya penduduk Selangor dah meluat dgn PKR. Azmin tu hipokrit. Dia tuh kaya raya sebenarnya, cuma berlakun menjadi pembela warga marhaen. Cukup merbahaya budak tu. Kempennya sebijik macam UMNO.

Tanpa Nama berkata...

blogger PR lain tak reti nak berhujjah macam GB. Itu sbb ramai blogger masih jadi lembu gak.

GB kena ajar blogger2 PR ni supaya jgn menyebelahi pihak yg salah. Dah jelas PKR salah, menipu dalam mengundi apa ke jadahnya nak sokong lagi.

Soal Zaid tu soal lain. Terpulang kepada dia nak bertindak cara apa pun.

Yang penting setiap kesalahan, setiap kezaliman, setiap penindasan, setiap penipuan, tanpa kira siapa melakukannya, kita tetap lawan.

Tanpa Nama berkata...

PRU nanti buat undi rosak! protes! semua xbole harap

DAING berkata...

SAYA PERCAYA GB YG AKAN JATUHKAN ANWAR SEBAB DULU GB JUGA YG PERTAMA MENAIKKAN ANWAR DENGAN LAMAN MAHAZALIM.

KAMI BERSAMAMU GB!

AKU berkata...

Jangan sekali-kali ingat kitalah yang hebat, kitalah yang paling adil, kitalah yang paling alim, kitalah yang paling mulia, kitalah yang paling maksum, kitalah yang segala-galanya, kitalah yang boleh menaikkan sesiapa saja, kitalah yang boleh menjatuhkan sesiapa saja, kitalah .....
Saudara GB,
Adakah kau pasti Zaid tu manusia yang adil? manusia yang memperjuangkan keadilan? manusia yang boleh dipercayai? ?????
AKU dari awal lagi tak pernah mempercayai manusia yang bernama Zaid ni walaupun waktu tu PKR mengalu-alukan kehadirannya dalam perjuangan PR. Kau tahu apa yang AKU maksudkan. Manusia yang teguh pendiriannya tidak akan menarik diri dari perjuangan selagi belum selesai. Agi idup agi ngalaban.
Tidakkah saudara GB sedar bahawa Zaid ni sedang memecah belahkan PKR? Kalau tak sedar, tak apalah. Kita pun setakat ni masih belum dapat mengenalpasti makhluk yang mana satu merupakan agen APCO dalam PKR? Sudah tentu bukan saudara GB, kan.