31 Okt 2016

Iktibar Dari Kisah Tragis Sukri Saad

Pesanan Sukri runtun simpati Amanah ziarah pusara Allahyarham

Kisah tragis seorang pemuda, Sukri Saad yang terjatuh dari Jambatan Pulau Pinang Rabu lalu akibat tekanan hidup yang ditanggungnya meruntun simpati Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub untuk mengunjungi pusara Allahyarham.

Salahuddin dan rombongan juga menunaikan solat jenazah di pusara Allahyarham Sukri dan bertemu isteri dan keluarga Allahyarham di Kampung Lahar Yooi Kepala Batas untuk mengucapkan takziah dan simpati yang mendalam.




Jasad Sukri, 38, ditemui pada jam 9 pagi tadi, kira-kira satu batu nautika dari tempat dia dipercayai jatuh dan dibawa ke Hospital Sungai Bakap untuk bedah siasat.

Motosikal, selipar dan telefon bimbit Mohd Shukri dijumpai pada pagi Rabu lalu di tepi jambatan dan ini mencetuskan operasi mencari oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Dalam status terakhirnya di laman facebook yang menjadi viral di media sosial, Allahyarham sempat memberi peringatan kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya tidak tertipu dengan Umno.

“Yang terakhir buat Presiden Pas, janganlah tertipu dengan pimpinan Umno. Depa wayang jer kata dok sokong Rang Undang-undang (355) yang nak dibawa tu agar pembangkang berpecah.

“Bersatulah kembali menjadi pembangkang yang kuat agar nasib macam aku terbela. Nanti dah jadi kerajaan, media dah di'control' senang nak yakinkan rakyat tentang rang yang nk dibawa tu,” ujar Sukri dalam status Facebooknya.

Bapa kepada dua cahaya mata ini enggan berdepan hukuman penjara empat bulan sekiranya didapati bersalah menjual rokok seludup.

Beliau menyatakan tertekan dengan kerajaan yang zalim dan menganggap hukuman berkenaan tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukannya berbanding kes jenayah berskala besar lain.

“Yang pengarah tibai berjuta (ringgit) boleh lepas pulak dengan duit jaminan. Celaka punya pimpinan kerajaan sekarang. Berniaga kedai runcit kampung je bukan untung besar pun, margin cukup nipis dibebani dengan cukai GST lagi.

“Ku tak sanggup lagi menyusahkan orang dengan meminjam duit. Mulaku pilih untuk dipenjara tapi terkenangkan anak nanti digelar anak banduan.

“Ya Allah ampuni dosaku Ya Allah. Ku tahu Kau memahami dan Maha Mengampun. Ku benarkan status terakhirku ini jadi viral untuk beritahu kita dipimpin pemimpin yang zalim,” kata peniaga itu lagi.


Pengajaran Bunuh Diri Sukri Saad

Bunuh diri adalah penyakit psycho-social yang berlaku atas kekecewaan hidup. Lazimnya mangsa bunuh diri akan memberitahu kenapa dia mengambil tindakan supaya yang tinggal akan tahu kenapa dia bertindak demikian. Bunuh diri ini bersifat peribadi.

Ada juga yang membunuh diri kerana kecewa pada tindakan kerajaan. Tindakan ini bukan atas kepentingan diri tetapi kecewa dengan sistem yang mencengkam. Gambar seorang sami buddha pada tahun 1963 di Vietnam membakar dirinya kerana menentang kezaliman dan penindasan regim. Beliau adalah Sami Mahayana Buddhist, Thích Quang Duck membakar dirinya di simpang sibuk Saigon. Para pengkaji menamakan bunub diri ini sebagai self immulation atau korban diri untuk tujuan lebih besar.

Tariq Mohamed Bouazizi membakar dirinya di pekan Buaizi Tunisia membantah tindakan penguatkuasa mendenda dan merampas buahan jajaannya di tepi jalan. Bouazizi menjadi ikon kepada kebangkitan arab spring bermula di Tunisia. Perbuatan bakar diri Bouazizi tenggelam, yang menjadi perbualan ialah kezaliman regim menindas usaha rakyat mencari sesuap nasi dan membiarkan pemimpin menyamun duit rakyat berleluasa. Revolusi rakyat bermula, Bouazizi menjadi wira.

Kita dikejutkan perbuatan terjun dari jambatan kedua Pulau Pinang oleh suami muda bernama Sukri Saad 38 tahun. Perbuatan bunuh dirinya tidak banyak mendapat liputan tetapi tujuan perbuatannya melalui nota di FB yang diposkan membawa kepada satu rumusan bahawa simangsa kecewa dengan sistem yang ada menindas si miskin dan membiarkan yang kaya terus melahap.


Sukri Saad adalah mangsa sistem, ia bukan cara terbaik untuk melahirkan kekecewaan tetapi ia adalah cara melambangkan sistem yang menghukum rakyat marhaen demi sesuap nasi dan membiarkan yang berkuasa dan kroninya terus merompak. Nabi s.a.w pernah bersabda:

" ....sesungguhnya hancur mereka sebelum kamu apabila si bangsawan merompak dilepaskan dari hukuman dan apabila yang miskin mencuri dikenakan ke atasnya hukuman.."

Pemimpin kerajaan hari ini belum menjawab skandal 1MDB, 2.6B dll skandal angkara kelompok elitis politik. Rakyat di bawah hidup susah, jurang ketaksamaan semakin meluas. Allahyarhan Sukri Saad hanya sebahagian mangsa kefasadan politik dan rasuah yang membengkak. Jangan ada lagi Sukri Saad kedua, cukuplah kita bangun dari mimpi kita yang panjang, bairlah mesej Sukri Saad mengingatkan kita satu perkara, Selamatkan Negara!

Sekian

Yb Dato' Dr Mujahid Yusof Rawa
Ahli Parlimen Malaysia
Naib Presiden Parti Amanah (AMANAH)

30/10/2016
- https://amanah.org.my


ULASAN GB

GB tertarik dengan ulasan TMJ mengenai kejadian di atas - ringkas, padat dan tepat:


Semuga Allah swt mengampuni dosa Sukri Saad dan membuka mata dan hati mereka yang disebutkan oleh Allahyarham di dalam "wasiat"nya itu.




FEATURED ADS


28 ulasan:

mansor berkata...

Kepayahan hidup sebab keborodan Najib telah mendorobg dia mengambil jalan itu.Najib dan kabinet monyetnya yg membumuhnya...

Muslim berkata...

"Sesungguhnya Allah (swt) tidak mengampuni (tanpa taubat) dosa syirik dgnNya, dan Dia Mengampuni dosa selain drnya bg sesiapa yg dikehendakiNya,...". 4:48.

"Sesungguhnya Allah (swt) tidak mengampuni (tanpa taubat) dosa syirik dgnNya, dan Dia Mengampuni dosa selain drNya bg sesiapa yg dikehendakiNya,..." 4:116.

Moga jadilah dia org yg dikehendakiNya itu.

Tanpa Nama berkata...

yg jadi mangsa janji lagu2 dusta parti politik ialah rakyat sebab mereka lagukan janji2 dusta ni hari2 bhaii..dah tersemat dalam kepala rakyat bila bertukarnya kerajaan hidup akan berubah..ini jelas janji2 dan lagu2 dusta setiap parti politik..setiap parti politik wajib melagukan lagu dusta ni,kalo x camne nak menjerat pengundi2 kan..mereka janji sesuatu yg bukan dalam pengetahuan dan kekuasaan mereka..semua atas rahmat Allah semata..rahmat Allah la yg buat kita dapat jaga solat dan dilapangkan rezeki walaupun yg sedang memegang kuasa memerintah tu monyet..pas menang kat tempat aku mat rempit masih merempit seperti biasa juga mcm.sebelum ni..xda pun sebab pas menang masjid runtuh sebab semua mat rempit g memenuhkan masjid..yg susah masih susah, xda plak selepas pas menang mereka bangun pagi terjaga dr tidur rumah mereka masing2 bertukar jadi rumah banglo..
lagu2 dusta parti politik ni yg buat rakyat jadi mangsa..semoga Allah letakkan sedara kita tu dikalangan manusia2 yg mendapat ampunan Allah...Allah maha pengampun..insyaAllah

Tanpa Nama berkata...

Maka akan ada walaunta2 akan berkata, "Orang ini telah melakukan dosa besar, jadi segala nasihatnya tidak boleh digunapakai sama sekali".

Ini standard ahli2 agama Negara Dunia Ketiga.

Unknown berkata...

Salam;

TAHNIAH Amanah kkerana bergerak pantas,hindari dari dipolitikkkan.


Saya cadangkan,Amanah dpat gerakkan tabung untuk family shukri.Seperti yg dicadangkan oleh bangsa malaysia di Malaysiakini.


Takziah buat keluarga shukri.Anggaplah sebagai dugaan Allah,untuk menguatkan/menambahkan keimanan kita.

sekian.

Tanpa Nama berkata...

Insyaallah.

Amin. Ya, Allah
Amin, Ya, Allah.

Tanpa Nama berkata...

"Hari ini orang miskin mati tuan-tuan." Kata kata yang cukup dalam yang amat berbekas di hati. Amatlah malang sekiranya tiada sekelumit pun rasa insaf dan bimbang di kalangan mereka yang digelar pemimpin.
Sudahlah, bertekadlah kita agar kisah ini tidak akan berulang lagi. Jangan ada lagi orang miskin mati, jangan ada lagi rakyat yang mati dizalimi.

Tanpa Nama berkata...

Kerana itu lah KJ yang sebelum ini agak keras dengan sikap baju merah membenarkan ahli UMNO menyertai baju merah

Dosa besar UMNO ialah menfitnah dan memenjarakan Anwar dan kini satu lagi dosa UMNO ialah menyebabkan kematian seseorang.

Mati itu pasti. Orang UMNO pun mati.
Tetapi kamu mati dengan dua dosa yang amat besar.

Tanpa Nama berkata...

Yang TMJ maksudkan kalian.. dan tuan-tuan ..bukan nya rakyat.

Bagi orang biasa macam kita, dia mati demi rakyat untuk menyedarkan pemimpin yang berkuasa tetapi zalim dan satu lagi bodoh sebab di tipu.

Tetapi makna kalian .. dan tuan-tuan berubah apabila orang seperti TMJ yang bersuara. Ia nya membawa maksud pemimpin yang di tuju kan pada UMNO dan PAS yang menjadi PUNCA kematian nya.

Berdolak-dalih lah dan bagi lah apa alasan pun, yang bersalah orang seperti Najib dan Hj Hadi.

Saiful berkata...

IA jika sy ke bersih ..akan sy ukirkan nama saudara..

Tanpa Nama berkata...

Ikan bilis ditangkap tapi bapak jaws terlepas.
Adil ke macam tu?
Bapak jaws orang tanya pun tak boleh.
Tapi kalau ikan bilis rumah digelidah, di soal siasat luar dalam.
Allah akan jatuhkan pemerintah yang tidak adil, amin.

Tanpa Nama berkata...

Patutnya pemimpinlah yang menjadi tempat rakyat BERLINDUNG. Bukan pemimpin mengambil kesempatan atas kesusahan rakyat.

Kalau sudah GAGAL melindungi rakyat, maka apakah tujuan sebenar menjadi pemimpin??

Adakah hanya untuk memenuhkan kantung sendiri dan memewahkan keluarga sendiri saja??

Teringat kita pada kisah lelaki mencuri di Tesco Bukit Mertajam. Lelaki berusia 31 tahun tersebut ditahan kerana didapati mencuri buah pir berharga RM5.75, buah epal Royal Gala (RM6.57) dan enam botol minuman jenama Ranger 260ml (RM14.99) untuk anaknya yang berumur 3 hingga 7 tahun. Ketika itu isterinya pula sakit dan berada di wad hospital.

Pihak Tesco kemudiannya menawarkan kerja kepada lelaki tersebut. Bila ini terjadi, ada pemimpin kita keluarkan kenyataan....sikap keprihatinan pihak Tesco itu perlu diberikan pujian. Setakat itu sajakah tindakan seorang pemimpin??

Jelaslah BRIM pun tak dapat mengurangkan kesempitan hidup rakyat bawahan.


Sedihnya rakyat tidak dibela seperti yang sepatutnya. SUMPAH IKRAR pemimpin yang diangkat ketika dilantik jelas sudah GAGAL. Rakyat semakin SUSAH.

Hanya Allah sajalah sebaik-baik tempat mengadu akan sistem yang kian menekan ini.


Tanpa Nama berkata...

Persidangan Parlimen kali ini tidak cukup masa untuk diberi kan pada Hj Hadi kerana antara hudud dengan pengantungan cina DAP, yang lebih penting ialah pergantungan ahli parlimen.

Jangan salahkan MCA dan MIC, jika UMNO itu Islam nya baik, tidak menyamun dan tidak rasuah dan tidak fitnah, laluan untuk hudud lebih mudah.

Tapi apakan daya, PAS lebih percayakan Najib apalagi RM 30juta di beri kepada sekolah tahfiz.

Yang bodoh nya PAS. UMNO gunakan PAS. PAS gunakan Islam.

Tanpa Nama berkata...

Najib tak peduli semua ini..
Biar kita bantu keluarga arwah..
Semoga Amanah sedia membantu meringankan kesusahan dan kesedihan mrk...

Tanpa Nama berkata...

GULUNGAN PAS DAN UMNO TAK BERMINAT DENGAR CERITA INI.
KALAU KITA CERITA PADA AHLI PAS MEREKA TAK KAN AMBIK PORT.
MEREKA BUAT TAK KESAH JEE.
MEREKA LEBIH CERITA TETANG RUU.
MEREKA CERITA TENTANG HUDUD.
MEREKA LEBIH CERITA HUKUM ORANG YG TENTAN RUU.
KALU SEBUT DEDAK PUN MEREKA MERAH MUKA,,,
KESIAN PAS,,,
MASAALAH SEMASA YG MELIBATKAN INDIVIDU PAS TAK PEDULI.

Tanpa Nama berkata...

Kita percaya selain amno dan pemimpinnya, pas dan pemimpinnya juga akan dipertanggungjawabkan atas kejadian ini di akhirat nanti.

Mereka tidak boleh lari.....

Tanpa Nama berkata...

jika dia mati bunuhdiri ke neraka.... maka semua yg terlibat akan diheret bersama dia disana..
nantikanlah saat itu tiba.... tak kira siapa yg menjadi punca kepada tidakan beliau akan terpalit sama

Tanpa Nama berkata...

Kesihan anak2 kecil dia.
Mencuri kerana kemiskinan.
Pemimpin bermewah2. Ikut islamkah itu?

Ke mana perginya sifat Syaidina Umar dlm hati pemimpin?

Atau pemimpin kini sudah berhati hamman??

Tanpa Nama berkata...

PH mungkin boleh bantu untuk upgrade kedai milik mereka. Sekurang2nya dapat juga hasil untuk keluarga ini dlm tempoh yg panjang.

Buatlah kutipan untuk menambah modal perniagaan.

Biarkan umno dengan lagunya....

Tanpa Nama berkata...

BERANIKAH HADI, NAJIB, NIK ABDUH, NIK AMAR DAN TAKIYUDIN MENZIARAHI KELUARGA INI?

ATAU ........

Tanpa Nama berkata...

Bagi pas dan amno, simiskin spt ini tiada nilai apapun. Kejadian spt ini tidak akan meninggalkan setitik rasapun kpd mereka yg gila kuasa dan harta.

Tetapi tidak bagi kita yg hidup sebagai rakyat biasa.

Tanpa Nama berkata...

Gerunnya dn dahsyat nyer neraka itu kata malaikat yg melihat...klu kita lihat?????...pemimpin zalim Allah jnji untuknya....renunglah.

Gue berkata...

Tuan empunya blog,
Salaam.
Gue mau celah sikit pasai ungkapan dari tweet TMJ yg dituliskan macam ni:
"HARI INI ORANG MISKIN MATI TUAN-TUAN."
Ramai yg menuding jari meletakkan salah pd "pemimpin". Ada jugak yg letak sebagian salah tu pd rakyat yg melantik kaum yg dzolim lagi bodoh untuk memimpin negara. Kalau iapon rakyat yg lantik mereka mereka ini, ttpi sistem perlantikkan pemimpin atau demokrasi di Malaysia telah lama diseleweng olih pemimpin2 itu sendiri~ rujuk pengakuan Rashid, mantan ketua SPR.
Ramai dikalangan rakyat pulak kurang ilmu dan miskin, lantarannya mudah ditipu....
Akhir sekali sistem politik yg busuk ni dikukuhkan dan dipasakkan pulak olih kepala2 peguam, dan kepala2 hukum dan yg berunifom dan ramai lagi yg
bergaji berpencen tetapi tak berhati perut....

Gue ulang...
HARI INI ORANG MISKIN MATI TUAN-TUAN...

Tanpa Nama berkata...

ramai2 lah kita doakan keampunan buat almarhum. Pas sudah lupa dosa2 UBN yg sehingga kini tiada pembelaan yg adil dan tiada permohonan maaf secara terbuka kepada mangsa tragedi berdarah memali dan lubuk merbau. itu belum lagi dengan kisah dlm buku memoir syed ali husin yg diceritakan sekitar tahun 80an jika tidak silap saya, bagaimana UBN mengupah samseng utk melakukan sesuatu yg buruk kepada almarhum TGNA yg pada ketika itu sedang menunggang motor sambil dibonceng oleh syed ali husin. mujur dgn izin Allah umur mereka masih panjang. banyak sangat keganasasan di era pemuda tahan lasak UBN.

pemimpin pas kini dgn sewenang-wenangnya boleh lupa. Ya dendam tidak baik dan ia bukanlah yg diajarkan oleh Islam. tapi bukan dendam yg kita ungkit. tapi kejahatan yg masih belum dipohon kemaafan. mudah bagi pemimpin utk melupakannya kerana bukan mereka yg mengalaminya. yg menjadi mangsa org bawahan. yg menjadi mangsa diskriminasi bantuan kerajaan, dan mcm2 lagi semuanya org bawahan yg terkesan. pergilah lihat sendiri di kawasan2 kampung2 yg diketahui menjadi kubu kuat penyokong pas. lampu jalan, rumah mesra rakyat, dan mcm2 bantuan kerajaan di anak tirikan. jadi penyokong pas sedarlah. Ya kamu bersusah jiwa raga dan wang setiap kali musim PRU demi pemimpin parti kamu. Tapi kamu lihat sendiri bagaimana gaya hidup pemimpin kamu. adakah susah macam kamu. hanya almarhum TGNA saja yg menunjukkan contoh yg sangat2 mulia dan zuhud. tapi kini pemimpin pas hidup mewah. rumah besar, kereta besar dan banyak, bercuti keluar negara dan mcm2 lagi. kaya dan senangnya mereka, tapi setiap kali ceramah, masih ditagih duit2 ahli kononnya utk dana PRU. Yg menang nanti mereka. yg senang juga mereka. yg susah nanti penyokong dan pengundi. kerana setiap kali UBN kalah dikawasan tertentu. bantuan utk kawasan itu akan disekat. bantuan hanya disalurkan melalui UBN saja. hanya org2 UBN saja dapat manfaat. tapi gaji adun dan gaji ahli parlimen tetap jalan. cukup 2 penggal menang. mereka dah boleh goyang kaki dikemudian hari.

jadi sedarlah pas kini bukan lagi harapan buat org melayu dan Islam juga pas bukan lagi for all kerana mereka kini telah menjadi parti utk melayu Islam saja. mereka kini sudah pandai bercerita akan ketuanan melayu. bodoh mereka sama saja dgn bodoh org2 UBN. malah lebih buruk lagi dari org UBN kerana pemimpin pas kononnya cerdik agama, tapi rupanya penunggang agama. Yg benar2 ikhlas kini sudah menjadi minoriti saja dlm pas. jadi secara senyap atau secara terang2, diharap ahli2 dan penyokong pas kena berhijrah. mungkin dgn penghijrahan ini baik utk pas. baik itu maksudnya apabila yg tinggal dlm pas itu mereka2 yg busuk hatinya. maka cepatlah proses utk pas itu menjadi lemah. bila pas sudah lemah, UBN tidak mahu kepadanya. jadi pemimpin yg tamak haloba, sama ada akan angkat kaki masuk UBN atau tenggelam dan hanyut tidak dihiraukan lagi oleh UBN. jadi ahli2 pas yg masih setia dan bersih hatinya bolehlah mengambil alih kembali parti pas itu untuk dibangkitkan semula dan kembali kepada acuan yg sudah dibuat oleh almarhum TGNA. hijrah itu adalah pengorbanan. pengorbanan itu perlu demi sebuah perjuangan. jangan hanya ahli saja yg berkorban tapi pemimpin atasan senang lenang dgn pangkat dan kedudukan. tanpa ahli siapalah mereka. gaji dan elaun yg mereka makan itu adalah di atas sokongan ahli2 dan pengundi mereka. tapi di dalam dewan rakyat, di dalam dun dan di dalam parti, mereka seperti sudah tidak mempedulikan hal2 rakyat dan ahli. denyut nadi rakyat dan susah payah rakyat dipandang sebelah mata. tiada beza mereka dgn UBN. cuma UBN ada duit, mereka boleh memberi bantuan dan khidmat di kawasan mereka. sbb itu mereka masih punya penyokong tegar yg akan solid mengundi mereka. kesian penyokong pas di kelate, ganu, kedah, pahang yg selalunya terkontang kanting dipinggirkan dari bantuan kerajaan. berhijrahlah mengundi PH untuk kita mengubah masa depan yg lebih cerah.

Tanpa Nama berkata...

Syukri mengharapkan pembangkang untuk memberikan system yg lebih adil kepada rakyat yang sedang tertekan...
tetapi ada yang sanggup berpura2 untuk menegakkan hudud semata2 untuk pecahkan pembangkang untuk kepentingan peribadi..
Kamu bertanggungjawab...

Tanpa Nama berkata...

Malangnya ada lebai2 dedak yg nk bersekongkol dgn si penzalim..membaham harta rakyat..mmg x bermaruah langsung..

Tanpa Nama berkata...

Dalam blog PAS, penuh kutuk Si Arwah.. tanpa ada keinsafan..
Benar yang salah tetap salah.. TAPI..
kita nie sebagai manusia yang ada sifat AMANAH kena ambil tahu pasal keluarga nie..
Kalo lepas nie Si Isteri pulak ambil tindakan yang sama (bunuh diri) sebab tekanan yang sama.. Siapa yang bersalah? Siapa nak jaga anak si Arwah..
Sebab ini lah AMANAH perlu turun membantu..Menyedarkan, menasihat dan menghulurkan bantuan terhadap keluarga ni..
INI bukan masalah POLITIK..
Kepada yang diluar buka mata.. buka minda.. lapangkan dada..
Ambil iktibar dari kisah ni..
Ujian Allah tak kira siapa kita..
Allah Maha Besar...

Tanpa Nama berkata...

NAJIB DON FORCE US TO CHOOSE BERDEMO SAMPAI MSK PARLIMEN, CARI U SAMPAI KE LUBANG CACING. WE ALL KNW IMPACT ADALAH TIDAK BAIK, BUT IF THIS ONLY WAY, WELL LU SENDIRI FIKIRLAH. BY THE WAY, GAJI PURATA ONLY AROUND RM2500 COMPARE TO NEGARA NUN DIBAWAH SINGAPORE GAJI PURATA IS $5000 -$6000. FRM HERE U SHOULD BUYING POWER RAKYAT M,SIA MCM MANA. I DON SAID SINGAPORE IS GOOD SBB DIAORG ADA JUGA YG TAK PERFECT, BUT IN TERM OF PURATA GAJI RAKYAT M,SIA, ARE U KIDDING ME NAK JADI RAKYAT BERPENDAPATAN TINGGI, SBB WAT I C NOW IS OPPOSITE BERBELANJA PALING TINGGI.