Belum ada cadangan tangguhkan kongres nasional PKR
KUALA LUMPUR: Parti Keadilan Rakyat (PKR) berharap kongres nasional parti itu yang akan berlangsung selama tiga hari bermula 26 November ini dapat diteruskan seperti yang dirancang sungguhpun terdapat kekangan termasuk tindakan undang-undang.
Pengarah Strategi PKR, Tian Chua, berkata beberapa usul telah dikenalpasti untuk dibahaskan pada kongres itu termasuk usul ucapan dasar presiden, dasar parti, ekonomi, pendidikan dan sosial.
Ditanya kemungkinan kongres itu ditangguhkan berikutan saman pemula oleh bekas timbalan setiausaha agung PKR, P Jenapala, Tian Chua berharap perkara ini tidak akan berlaku.
"Saya tidak tahu apa yang Jenapala mahu, tapi kita harap kongres ini akan tetap diteruskan seperti yang dirancang.
"Mengenai apa yang failkan di mahkamah, saya tidak mahu komen," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Pada Khamis lalu, Jenapala memfailkan saman pemula bagi memohon perisytiharan mahkamah bahawa pemilihan bagi jawatan timbalan presiden parti itu tidak sah.
Jenapala turut memohon injunksi bagi menghalang PKR daripada mengisytiharkan mana-mana calon yang dipilih bagi jawatan itu.
Mengulas keputusan pemilihan parti, Tian Chua berkata, mereka yang memenangi jawatan dalam Majlis Pimpinan Pusat (MPP) akan diumumkan oleh Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP).
"Sama ada ia akan dibuat ketika kongres atau sebaliknya, itu terserah kepada JPP. Saya harap mereka (JPP) akan umumkan dalam kongres itu nanti," katanya.
Sementara itu, Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Husin Ali, berkata jumlah usul yang akan dibawa dalam kongres nasional tahunan parti itu berkemungkinan akan diputuskan pada Isnin ini.
"Ucapan dasar presiden sudah tentunya akan dibahaskan. Sekarang ini masih diteliti. Mungkin hari Isnin baru boleh diketahui apa dan berapa banyak usul yang akan dibawa ke dalam kongres," katanya ketika dihubungi.
Kongres Nasional Tahunan PKR dijadual berlangsung di Dewan Sivik, Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Selangor. - BERNAMA

4 ulasan:
Diiringi doa agar PKR selamat dari segala bahaya ancaman pengkhinat.
pecat saja mangkok tu. bila dia dah bukan ahli nak saman apa lg!!! betul tak gb???
tentu kau kata tak betul sbb kau sokong umno skrg.
nampak makin jelas campurtangan UMNO
sebagaimana bijaknya APCO memecah belahkan bangsa Arab, sekarang mereka begitu bijak memperbodohkan, dan memecah belahkan rakyat, tanpa perlu kerja kuat dan menghabiskan banyak tenaga, penasihat najib yang berbaloi
Catat Ulasan