Kia Spectra dalam gaung tiada unsur jenayah
Gambar: PASUKAN penyelamat menggunakan kren untuk mengeluarkan Kia Spectra yang ditemui dalam gaung sedalam 100 meter di Kilometer 35.4 Genting Sempah, hari ini.
KUALA LUMPUR - Polis menolak wujudnya unsur jenayah atau kemalangan yang boleh dikaitkan dengan penemuan sebuah kereta jenis Kia Spectra dalam gaung sedalam 100 meter di Kilometer 35.4 Genting Sempah dekat sini semalam.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, ini kerana polis tidak menemui sebarang bukti untuk dikaitkan unsur jenayah dengan penemuan kereta itu.
"Kalau ada berlaku kemalangan mesti pembahagi jalan sudah remuk seperti dilanggar atau jika ada jenayah mesti ada mangsa di sekitarnya," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Abdul Rahim berkata, polis masih cuba mengenal pasti pemilik kenderaan itu dan masih meneruskan usaha mencari bukti di kawasan berkenaan.
"Kereta tersebut tiada nombor pendaftaran menyebabkan pemiliknya sukar untuk dicari dan kita sendiri tidak ada menerima sebarang laporan tentang kehilangan ahli keluarga," katanya.
Kereta itu ditemui pada 3 petang semalam oleh seorang pemandu trak tunda yang kebetulan lalu di kawasan itu. - Bernama

Kereta tanpa pemandu ditemui terbalik dalam gaung
KUALA LUMPUR - Sebuah kereta jenis Kia Spectra tanpa pemandu ditemui terbalik dalam gaung sedalam 100 meter di Kilometer 35.4 Genting Sempah dekat sini.
Kenderaan itu ditemui pada 3 petang tadi oleh seorang pemandu trak tunda yang kebetulan lalu di kawasan tersebut serta membawa sebuah kereta lain, yang terlibat dalam kemalangan.
Wong Kam Way, 31, bertindak turun untuk melihat kereta tersebut yang terbalik di dalam lumpur sebelum menghubungi pihak polis.
"Ketika itu saya sedang mahu menunda sebuah kereta Proton Satria Neo yang terlibat dalam kemalangan di sini, sebelum terpandang sebuah kereta terbalik dalam gaung," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian.
Sementara itu, Pegawai Operasi Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Nik Syahrul Kamal Johari berkata pihaknya mendapat panggilan kira-kira 4 petang, dan sehingga kini masih mengesan pemandu kereta berkenaan. -Bernama
2 ulasan:
Ikut pikiran aku berdasarkan laporan berkenaan, kenyataan penafian pihak polis berkenaan agak pelik. Tak de unsur jenayah hanya kerana tiada kesan pelanggaran dan tiada mangsa ditemui.
Pesoalannya,
1. Siapa buang keta semahal tuh kat dalam gaung tuh..?
2. Cara mana keta tuh dicampak kesana, angkat ramai-ramai atau guna krenlah jugak, sama macam yang diguna untuk angkat naik keta tuh..?
3. Tak de 'orang mati', itu tandanya ada sesuatu yang telah dirancang yang masih tersembunyi. Kalau nak sesaja buang keta tuh, takkanlah begitu bersusah payah cari lokasi sedemikian..?
4. Dalam gaung yang dalam nya kira-kira 100 miter, dalam dan jauh pulak kebawah dan tentunya terlindung oleh pokok-pokok. Macam mana si tukang tunda tu boleh nampak dan menegok ke lokasi itu lalu ternampak keta tu kat dalam gaung tuh..?
5 Lazimnya orang lalu kat situ terus je, tak de yang berenti untuk santai-santai, dan lemungkinan keta tu akan 'bansai' kat situ je. Agaknya itulah harapan 'si pembuang' keta tuh..?
5. Nombor pendaftaran tak de. Laporan keta hilang atau ahli keluarga yang berkaitan juga tak de. Tapi keta ada kat situ. Macam ada unsur-unsur 'sengaja' terhadap kes itu..?
Kalau dalam CSI menarik untuk ditonton hingga akhirnya terjawab misteri disebalik penemuan 'keta mahal' tapi ada dalam gaung sedalam 100 miter, di lokasi yang lazimnya orang tak tengok atau perati tempat tuh...
Jalan ni la jalan yang paling bahaya sekali di Malaysia. Selekoh yang tajam di kecerunan yang tinggi.
Catat Ulasan