11 Mac 2010

Teman lelaki ibu mangsa dera, Syafia Humaira dituduh di mahkamah

Teman lelaki ibu kepada mangsa dera, Syafia Humaira Sahari dituduh d Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh kanak-kanak berusia tiga tahun itu.

Pemandu teksi, Mohd Fazli Azri Jamil, 28, dituduh melakukan perbuatan itu sehingga menyebabkan kematian Syafia Humaira di padang bola sepak, Jalan Utama, Kawasan Perumahan Murah, Ulu Yam Lama, Batang Kali, jam 6.30 petang, 25 Februari lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit ksalahan. Tertuduh yang berseluar pendek dan baju berjalur jingga dan kuning, mengangguk faham sebaik tuduhan dibacakan.

Majistret Zuraidah Zakaria menetapkan 31 Mac ini untuk sebutan kes.

Tiada jaminan dibenarkan mahkamah terhadap tertuduh.

Hasil bedah siasat ke atas mayat mangsa mendapati kematian kanak-kanak itu akibat kecederaan serius berikutan terdapat pendarahan di otak dan pecah bahagian abdomen.



5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kerajaan BN juga patut didakwa kerana jenayah semakin meningkat di malaysia

Tanpa Nama berkata...

selagi UMNO perintah malaysia, mengurangkan jenayah bukan keutamaan

Tanpa Nama berkata...

media arus perdana boleh dipercayaikah dengan laporan bahawa jenayah semakin berkurangan?

Tanpa Nama berkata...

statistik diambil dari kawasan kecil, bukan menyeluruh dimalaysia, rakyat sekarang tak bodoh

Tanpa Nama berkata...

bila jenayah meningkat, akhbar akhbar akan siar jenayah menurun, bila UMNO lemah, akhbar akan siar UMNO kuat, bila rasuah meningkat, akhbar akan siar rasuah berkurangan,bila..bila..bila