Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu mendapat kecaman daripada penduduk di kawasannya kerana keengganannya meletakkan jawatan. Ini mendatangkan rasa tidak puas hati kalangan rakyat yang selama ini memerlukan bantuan.
Tinjauan Sinar Harian mendapati kebanyakan individu ditemui meminta Ahli Parlimen itu meletakkan jawatannya dengan segera supaya mandat untuk memilih calon baru diberikan kepada rakyat.
Seorang pesara, Yusuf Hanafiah dari Kampung Ulu Mahang, Mahang berkata, sebelum ini Ahli Parlimen itu sememangnya gagal menjalankan tugas dengan baik mengakibatkan penduduk tidak berpuas hati dengan sikapnya.
“Saya berpendapat kemenangan yang diperolehnya sebelum ini bukanlah kerana dirinya tetapi kerana parti disertai. Kini Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah memecat keahliannya dan sudah sewajarnya beliau meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen kawasan ini,” katanya.
Seorang pengusaha kedai runcit, Mohd Soffi Jaafar dari Kampung Permatang Kerat Telunjuk, Bandar Baharu berpendapat, tiada sebarang perubahan yang dilakukan oleh Zulkifli sepanjang menjadi Ahli Parlimen kawasan itu.
Beliau tidak menafikan segala permasalahan timbul harus dirujuk kepada mana-mana Ahli Majlis, Majlis Daerah Bandar Baharu untuk tindakan lanjut termasuk apabila berlakunya bencana alam seperti banjir dan kebakaran.
“Kami sudah lama menolaknya sebagai Ahli Parlimen. Saya cadangkan lebih baik dia letak jawatan sahaja dan jangan buang masa berdrama kepada media. Kami tidak mahu melihat mukanya di Bandar Baharu lagi,” katanya.
Seorang peniaga, Tarmizi Majid dari Taman Kelisa, Lubuk Buntar berkata, sejak kemenangannya pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 12, Ahli Parlimen itu jarang turun padang berjumpa dengan rakyat.
Menurutnya, sebelum ini ketika Bandar Baharu berhadapan dengan masalah banjir, dia tidak ada di kawasan.
“Kami sudah jemu dengan sikapnya, membiarkan permasalahan dialami rakyat begitu sahaja. Sekiranya inilah sikapnya terhadap rakyat, lebih baik dia meletakkan jawatan kerana banyak lagi pemimpin yang berkebolehan,” katanya.
Seorang pekebun, Abdul Rahim Abdullah dari Kampung Desa Teruna, Sedim berkata, dia tidak pernah berjumpa atau melihat Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu semenjak dia memenangi PRU 12.
“Saya pun sudah lupa macam mana rupanya kerana dulu kami hanya tengok menerusi poster pilihan raya sahaja. Saya berpendapat baiklah dia letak jawatan. Kalau kekal jawatan tapi tak buat kerja pun nak buat apa. Baik berikan kepada orang lain yang nak berkhidmat kepada masyarakat. Sama ada dia ada atau tidak, nasib kami tak berubah tetap macam ini juga,” katanya. -SH

5 ulasan:
Masalahnya kenapa baru sekarang baru nak komplen yang si Zul ni tak buat itu ini...dulu kenapa tak mengadu kat media...ni la perangai manusia, bila org dah paling tadah, cakap dan komplen mcm-mcm...zaman sekarang ada blog, kenapa penduduk di kawasan kulim tu tak buat aduan ...
Bukan setakat zul kulim saja, malah apabila berlaku lompatan jarak jauh oleh pemimpin parti, maka ada la suara yg keluar, cakap dia ini tak buat itu ini...dulu diam saja x nak suara
wooiit tanpa nama....dah berbuih kami lapur pada pimpinan...dah lenguh jari menaip cerita dan perangai malaun ni di internet melalui beberapa blog... malaun zul ni memang perangai dia jenis pelaq,ketegaq dan merak buih. 1 Malaysia akan tahu belang sebenar dia leoas ni. Lagi banyak dia menyalak lagi banyak akan terbongkar!
mampuih dia nak letak jawatan MP..
hilang la title YB dia !
bukan senang nak dapat pulak.
yb zul... pakcik dah tuo umor pakcik pun dah tinggal maso jo...
sebelum pakcik padam..
pakcik nak tgk yb zul letak jawatan MP...
boleh ke tak boleh yb zul???...
mamat ni nanti kata pengundi kulim tu firaun atau badut. dia saja yang baguih dan ada ilmu.
Catat Ulasan