Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memperalatkan aspek perundangan bagi memberi tekanan kepada kemaraan Pakatan Rakyat hanya akan memakan diri kelak.
Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusof berkata kerakusan jentera pemerintah mencengkam pimpinan Pakatan Rakyat dalam belenggu perundangan hanya membusukkan nilai institusi itu.
Ia berikutan apa sahaja yang dikaitkan dengan Pakatan Rakyat, baik prosedur mahupun keputusan penghakiman, ia jauh menyimpang dari peruntukan Perlembagaan Persekutuan.
"Tindakan terdesak pihak tidak bertanggungjawab ini akan memakan diri," kata Yusmadi.
"Ini merupakan satu contoh yang tidak baik kepada perundangan negara kerana apa yang diputuskan kelak akan menjadi kes contoh yang akan membina sistem perundangan itu sendiri," tegas beliau.
Kes-kes terdahulu menjadi bukti betapa pimpinan Pakatan Rakyat ditekan secara hebat dan melampau melalui institusi perundangan yang patuh pada telunjuk kerajaan Umno BN.
Ia termasuk kes konspirasi ke-2 terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim selain banyak kes lain yang menyaksikan satu demi satu keputusan tidak menyebelahinya.
Begitu juga keputusan mahkamah dalam menentukan siapa menteri besar Perak yang sah hingga menonjolkan kepincangan antara hakim mahkamah tinggi dengan hakim mahkamah rayuan.
Semuanya semata-mata bagi memberi kemenangan bergaya kepada UMNO Barisan Nasional.
Kes saman anwar terhadap mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohammad yang memecatnya dari Kabinet juga diramal bakal dipolitikkan sepertimana lazim.
"disini yang kita lihat adalah rakyat. bagaimana institusi perundangan telah disalahguna dan yang lebih malang dari segi tafsiran undang- undang itu sendiri apabila ianya digunapakai terhadap pimpinan pembangkang ia seolah- olah mempunyai satu tafsiran yang berbeza," katanya.
Yusmadi memberi amaran kepada jentera pemerintah supaya menghentikan corak pemerintahan yang menghalalkan undang- undang demi kepentingan politik.
"Saya menggesa pihak bertanggungjawab supaya lebih berhati- hati menggunakan perkataan ini kerana yang akan merugikan besok adalah bukan kami orang politik tapi negara dan rakyat secara keseluruhannya," tambah beliau.

1 ulasan:
Happy tengok anak-anak muda sudah mula bersuara dengan bijak.
Saya ingin sarankan supaya karyawan filem hentikanlah bikin cerita-cerita macam "Sempit...rempit...rompit...." atau seangkatan dengannya. Hentikan bikin cerita-cerita "...dalam botol" dan seangkatan dengannya. Bikinlah cerita-cerita yang lebih berilmiah, tokoh-tokoh, anak-anak muda yang berusaha untuk berjaya, cerita-cerita yang boleh mencetuskan inspirasi. Baru kelak akan lahir jiwa-jiwa macam Yusmadi ni.....
.....dah lama tak pergi Balik Pulau pekena asam laksa kat market...and beli jeruk pala......
Catat Ulasan