1 Dis 2009

Betulkah 1,000 Orang Berdemo Di Kelantan?

Agensi berita negara, Bernama seperti yang dipetik oleh akhbar arus perdana melaporkan kira-kira 1000 orang yang mendakwa mewakili sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengadakan demonstrasi secara aman di hadapan pintu masuk Kota Darul Naim di sini bagi mendesak Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, memohon maaf kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berhubung satu kenyataan kontroversinya baru-baru ini.

Perkataan "kira-kira 1000" itu ditemui di dalam isi kandungan beritanya tetapi tajuk beritanya pula lebih mengerikan iaitu "Lebih 1,000 sertai demonstrasi desak Nik Aziz minta maaf".

Kontradiksi tajuk dengan isi berita sudah menjadi bukti satu pembohongan dan penipuan.

Sememangnya wartawan dan editor media arus perdana sengaja memberikan gambaran berlebih-lebihan terhadap apa jua demontrasi yang dianjurkan oleh UMNO BN dan para sekutunya disamping memberikan gambaran negatif terhadap mana-mana perhimpunan yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat.

Ia sekaligus meletakkan maruah kewartawanan media arus perdana di dalam negara ini terus berada di dalam tong najis layaknya, sentiasa cuba untuk menipu pembaca dan rakyat jelata dengan pemalsuan fakta dan berita untuk disajikan dengan haraoan rakyat termakan dengan laporan jijik berkenaan.

Rakan-rakan yang hadir di Kota Bahru untuk melihat peristiwa berkenaan melaporkan kepada GB hanya kurang dari 100 orang yang terlibat. Yang lainnya semacam dirinya juga hanya pemerhati kepada gelagat NGO berkenaan yang seperti ramainya manusia berkumpul untuk menyaksikan satu persembahan sarkas.

Berbalik kepada demo yang dianjurkan oleh NGO yang maisng-masing menyembunyikan siapa peganjurnya, Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberitahu beliau sudah lali dengan desakan supaya beliau meletakkan jawatan.

Tindakan sama sebelum ini katanya pernah beberpa kali dibuat pemimpin Umno negeri itu malah berpendapat tidak perlu melayan perkara tersebut.

"Kalau sebelum ini Tan Sri Annuar Musa yang membuat desakan seperti itu dan sekarang pemimpin Umno lain pula.

"Kalau hendak diikut dengan desakan mereka tidak boleh buat kerjalah kita. Saya sudah lali dengan desakan seperti itu," katanya ketika mengulas demonstrasi pagi tadi.

Beliau yang juga Mursyidul Am PAS berkata, tiada sebab kenapa beliau harus tunduk kepada desakan tersebut kerana ianya datang dari Umno dan bukannya dari PAS sendiri.

"Saya ini pemimpin PAS dan bagaimana pula mereka (Umno) desak saya letak jawatan. Lainlah kalau PAS desak saya barulah saya boleh berhenti. Ini pemimpin parti lain yang tidak ada kena mengena," katanya lagi, harakahdaily dipetik.

Malah kata beliau perhimpunan mendesaknya meletak jawatan diadakan bertujuan menutup banyak kepincangan lain yang berlaku termasuk pergolakan Umno di Terengganu, dua kerajaan di Perak dan perpecahan MCA serta PPP.

"Bagi melarikan perhatian rakyat terhadap isu tersebut maka dibuat perhimpunan di sini dengan harapan rakyat tidak ingat lagi terhadap isu yang lebih besar berlaku," ujarnya..

Memorandum itu diserahkan Setiausaha Politiknya Haji Anual Bakri Harun selepas menerima daripada Timbalan Ketua Umno Pasir Mas, Che Johan Che Pa.

Lebih 50 penyokong Umno berhimpun di hadapan pintu masuk ke Kota Darulnaim bagi mendesak Tuan Guru Nik Abdul Aziz meletak jawatan.

Desakan itu dibuat ekoran kenyataan Menteri Besar yang mahu mendoakan supaya Datuk Seri najib dibuka pintu hati dan mengembalikan royalti kepada rakyat Kelantan, namun sekiranya masih enggan dipohon dikenakan bala kepadanya.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz juga meminta penyokong PAS membaikot akhbar yang sengaja yang mengapi-apikan isu di Kelantan bagi menimbulkan kekeliruan di kalangan rakyat.

"Baik tak usah baca suratkhabar terbabit yang sengaja menjadi kesalahan PAS dan kerajaan negeri," ujarnya.



3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

hahahhahah....

pembohong gila babi derang nih...

orang pas ramai la yang kat dalam SUK tu... tunggu kalau-kalau geng amnu nak buat kacau...

ada pun... bila polis benarkan tiga orang masuk serah memorandum tu...

derang tu pun pilih la tiga orang untuk pergi...

jalan sampai ke pintu pagar... tup tup... terus patah balik... wat alasan... derang datang ramai-ramai... mana buleh tiga orang je yang pergi... kehkehkeh... tak tau aturan punya orang...

padahal malu nak ngaku yang derang tu pengecut... tak dak telur punya orang.... ekekekke....

yang meramaikan tempat tu... orang-orang pas sendiri yang duk tunggu kalau-kalau derang tu nak merusuh.... kena la buku dengan ruas.... hahhaahha....

TAD 84 berkata...

Salam,

aku rase ramai penonton lagi dari yang dok buat demo UMNGOK nie...

Bodoh UMNGOK nie.... UTUSAN plak ambik kesempatan laporkan lbh 1000 org.. UTUSAN... UTUSAN... x ade etika.....

Tanpa Nama berkata...

Bagi saya yang lebih pentingnya ialah mencari siapa dalang disebalik keberanian Che Johan Che Pa.Sebelum peristiwa tersebut,Johan bukanlah proaktif sangat dengan demo-demo ni .Semua orang tahu Johan adalah budak dan anak asuhan Berahim Ali,sebelum beliau terpelanting keluar dari Umno.Maka itu apakah tidak mungkin Berahim Ali yang punya angkara.Kalau benar telahan ramaiini,mari pakat ramai-ramai kita solat hajat dan berdoa supaya Berahim Ali selepas ini benar-benar menjadi NANAR.Sosok tubuh ini lebih jahat daripada Najib