30 Jun 2015

Biar Anjing & Serigala Menyalak, Parti Baharu Tetap Ditubuhkan...

PAS hadapi gelombang penghijrahan keluar selepas Aidilfitri

Krisis dalaman PAS sengaja dibayangkan tidak serius oleh golongan ulama yang mentadbir parti itu sejak Muktamar ke 61, yang memusnahkan sama sekali kepimpinan puak profesional.

Bagaimanapun, riak-riak cemas dalam kalangan ulama PAS boleh dibaca lewat amaran yang mereka berikan terhadap pemimpin dan penyokong puak profesional. Daripada hierarki tertinggi, Presiden Hadi Awang, Timbalan Presiden Tuan Ibrahim Tuan Man sehinggalah yang lebih bawah, Ketua Penerangan Nasrudin Tantawi dan lain-lain; semuanya memberi ingatan mana-mana pemimpin yang berjuang meninggalkan PAS akan karam.

Mereka memberi contoh parti serpihan seperti Hamim dan Berjasa yang ditubuhkan oleh pemimpin PAS terdahulu akhirnya kalah dalam pilihan raya, mengecil dan tidak berkesinabungan selepas beberapa tahun. Parti Melayu Semangat 46 juga dijadikan ikhtibar. Parti serpihan Umno itu akhirnya dibubarkan dan pengikutnya kembali semula kepada Umno selepas 1996.

Bagaimanapun, puak pro ulama terlupa menjadikan PKR sebagai perbandingan. Parti yang ditubuhkan oleh isteri Anwar Ibrahim ini daripada hanya menang beberapa kerusi parlimen dalam pilihan raya umum (PRU) 1999 bertukar menjadi parti pembangkang paling banyak mendapat kerusi dalam PRU 2008.

Puak profesional berpegang kepada hujah mood rakyat dan kejayaan PKR membulatkan tekad mereka membentuk parti baharu. Bagi profesional tiada guna mereka berada dalam PAS yang tidak menjanjikan peluang dan ruang untuk bergerak. Sedangkan mood rakyat menolak BN tetapi ulama PAS pula ingin bersekongkol dengan Umno. Oleh itu, mereka akan memanfaatkan mood rakyat dan seboleh-bolehnya ingin mengulangi sejarah kegemilangan PKR.


Ura-ura penubuhan parti baharu ini telah menarik minat pemimpin PAS di semua peringkat. Mereka didakwa bosan dengan kepimpinan Hadi yang tidak boleh ditegur dan terlalu mengikut telunjuk think tank parti yang tidak diketahui asas pemikiran atau rujukan.

Penolakan boleh dilihat ketika mesyuarat pertama Badan Perhubungan PAS Johor yang hanya dihadiri 11 ahli daripada 26 Kawasan di Johor.


Keluar parti

Mesyuarat pertama itu sepatutnya dihadiri 52 ahli iaitu Yang DiPertua dan setiausaha kawasan di samping Pesuruhjaya PAS Johor Datuk Dr Mahfudz Mohamad. Tidak lama selepas itu, pemimpin PAS Johor bermesyuarat di Bakri, Muar dihadiri oleh hampir kesemua pemimpin puak profesional. Dalam mesyuarat itu mereka mencapai persetujuan untuk menubuhkan sebuah parti baharu.

Di Kedah, dikhabarkan ketidak puasan hati ahli PAS akan menyaksikan gelombang keluar parti beramai-ramai. Lebih buruk lagi, di peringkat pusat beberapa dermawan yang selama ini memberi sumbangan kepada PAS juga didakwa telah menarik diri.

Dengan kemerosotan sebegitu teruk sokongan pemimpin peringkat kawasan dan cawangan kepada pucuk pimpinan, dijangkakan arus penghijrahan ahli PAS ke dalam parti baharu kelak sangat kencang. Mungkin lebih hebat berbanding penghijrahan ahli Umno ke dalam Parti Keadilan Nasional pada 1999.


Ahli yang tidak berhijrah pula belum tentu akan memberi undi kepada PAS dalam pilihan raya. Jadi asas untuk pemimpin PAS gentar memang wujud. Mereka terbayang kekalahan bertanding di kawasan-kawasan yang kurang 80 peratus pengundi Melayu.

Malah di Kelantan, misalnya Kota Bharu pun belum tentu PAS akan menang. Situasinya mungkin berulang seperti PRU 1978 apabila PAS ditentang tiga penjuru oleh Umno dan parti serpihan Berjasa.

Lebih segar

Apa pun parti baharu dilihat lebih segar kerana tidak mempunyai struktur didominasi ulama yang memiliki kuasa veto. Tidak ada Majlis Syura Ulama atau Dewan Ulama yang merupakan kuasa pemutus dasar-dasar parti.

Semua keputusan dibuat secara demokrasi dalam mensyuarat AJK Pusat. Parti baharu ini mirip kepada Parti Keadilan dan Pembangunan (AK) pimpinan Recep Tayyib Erdogan di Turki, yang memisahkan diri daripada parti Refah yang mirip PAS pada 2001 lalu.

Hanya setahun selepas AK ditubuhkan mereka memenangi PRU Turki pada 2002 walaupun ditentang oleh parti-parti sekular yang berpuluh tahun wujud dan pihak tentera yang menjaga perlembagaan sekular Turki.


Gelombang Erdogan akan sekali lagi melanda Malaysia selepas PKR yang menerima nasihat dari Turki telah mencapai tahap maksimum pada PRU 2013.

Dijangkakan parti baharu yang akan dilancar selepas Hari Raya Aidilfitri ini akan segera dipimpin oleh kalangan ahli parlimen dan ADUN PAS yang berhijrah keluar pada gelombang pertama. -pkrl.blogspot.com

ULASAN GB

Apabila ada cadangan mewujudkan parti Islam alternatif, ada "salakan-salakan" menyatakan kononnya "berdasarkan sejarah", parti serpihan tidak kekal lama, parti baharu tidak ke mana.

Namun kemudian apabila kita buktikan bahawa PAS juga berasal dari sebuah parti serpihan UMNO, Pemimpin PAS Terlupa Bahawa PAS Juga Berasal Dari Parti Serpihan!, terus mereka senyap sepi tidak lagi berani untuk menyatakan parti serpihan tak mampu bertahan lama.

Begitu juga sejarah telah membuktikan PKR yang wujud sebagai parti baharu dan parti serpihan selepas gelombang reformasi 1998. Kini menjadi sebuah parti yang hebat.

Kemudian kelmarin, Presiden PAS di dalam ceramahnya di Pongsu Seribu menyatakan "Biar anjing menyalak, serigala menyalak... qabilah berjalan terus sampai ke destinasi, matlamat yang dituju.".

Dengan menutup kisah hudud yang gagal dibentangkan melalui Private Bill setelah ditipu UMNO, Haji Hadi masih mahu menyatakan "qabilah berjalan terus".... dan paling aneh semasa private bill disenaraikan di dalam agenda Dewan Rakyat kali kedua, Presiden PAS masih berada di Jepun!

Dan tidak melupakan juga pada sebelum isu Private Bill itu, Haji Hadi telah ponteng sebagai ahli parlimen sewaktu tiga undang-undang penting dibahas dan diluluskan secara undian belah-bahagi iaitu, Akta Pencegahan Keganasan (POTA), Pindaan Akta Hasutan dan Undang-undang GST.

Itulah sikap Ahli Parlimen Marang terhadap tanggungjawabnya sebagai seorang ahli parlimen!

Kemudian di dalam isu "menyalak" itu, ada juga pihak yang cuba membuat pembelaan kepada beliau, iaitu Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man yang menyatakan bahawa Haji Hadi tidak tujukan sesiapa. Hj. Abdul Hadi cuma memetik sebuah syair Arab sebagai kiasan.

Sedangkan telah jelas ia ditujukan kepada mereka yang tidak menyokong hudud.

"Ini slogan yang kita bawa, salaklah dia nak salak pun. Saya terpaksa sebut perkataan salak ini sebab dia melawan hukum Tuhan.


Tidak mengapa, kita juga menggunakan syair yang sama, "biarlah anjing-anjing dan serigala menyalak, parti baharu akan tetap ditubuhkan"....

GB pun tak sebut sesiapa, tak Nak kata apa sekarang?

35 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Biarlah anjing-anjing itu menyalak sehingga bercawat ekor, namun parti baru mesti ditubuhkan.

Tanpa Nama berkata...

PAS hilang identiti sebagai parti yang berasaskan Islam apabila membiarkan "budaya kempen kotor dan penuh fitnah" dalam pemilihan parti ...
MEMBANGUN BERSAMA KEPIMPINAN CAI yg penuh dgn akhlak membarua, mentolol dan menjebonkan orang lain. Saya menyeru ahli PAS lepas lah jawatan anda dlm sebarang post dengan DAP di Pulau Pinang dan Selangor sebagai bukti masih bermaruah dan bertelur demi memenuhi kehendak dewan ulama/muktamar.
KITA MULAKAN DENGAN BOIKOT AKHBAR HARAKAH

Tanpa Nama berkata...

"Ikut hadi mati, ikut wala binasa"

Ridd berkata...

Betul...kawan sokong 100%..! Nama kan di mana nak daftar...kawan sampai untuk mendaftar.

Tanpa Nama berkata...

dimana hukum Tuhan yg hadi katakan itu? setau aku yg dibentangkan ialah pindaan akta 355. itu pun dia ponteng parlimen bila disenaraikan.

dasar penipu. menggunakan hukum Allah utk berkuasa.

woi hadi. lu umor dah tua. agak2k brp lama lg nak menongkat langit? tu ari dah kena warning tp masih tak insaf. malah bertambah teruk.

apabila org tu diakhir hayatnya akhlak tak bertambah baik, maka nerakalah tempatnya.

bgmna Allah boleh menerima taubat hadi, kalau dia dah anjing serigalakan jutaan rakyat malaysia!

Tanpa Nama berkata...

Pas jeng kreng doh..pakat2 kito pereboh la puak2 ni trik ni..x soh duk agah sgt la dgn jawatan dale parti terr.x soh duk manggok sgt la dgn keto plate 2 butir..x lama lagi reboh terak la puak2 mu...baso bodoh!!!

Tanpa Nama berkata...

Dulu, jika GB masih ingat, semasa Dato Asri dijatuhkan oleh kumpulan Hj. Hadi di DBP, mereka menjerit, "Marakbar Asri" yang bermaksud "pergi mampuslah Asri".

Kini telah kedengaran di sana sini, "Marakbar Hadi"...

Demikianlah roda berputar. Apa yg anda lakukan kepada orang lain kini berlaku kepada diri Hj Hadi sendiri.

Mungkin inikah juga hukum kebenaran yang selalu GB sebut-sebutkan...

Tanpa Nama berkata...

Mari kita anjurkan Program Keluar Pas Beramai2 di majlis2 perjumpaan hari raya akan datang di setiap negeri bersama2 pemimpin G18, PKR, DAP dan NGOs seperti ABIM, PASMA dan lain-lain...adakan acara potong kad ahli pas dan buang masuk tong sampah atau bakar sijil ahli pas. Pastikan jemput semua wakil media untuk liputan.

Tanpa Nama berkata...

jijik rasa hati bila orang yg mrmperjuangkan islam kerap mengguna perkataan yg sgt menyinggung hati dalam berhujah. Mungkinkah ini akhlak islam yg sedang diperjuangkan. Maaf jika rasanya kita tak dapat bersama lagi

Saadun Sulaiman berkata...

Harap harap apa yang di impikan oleh rakyaat marhean yang sudah lama menderita angkara perbuatan pemimpin Negara yang tak berhati perut dan para ahli PAS yang sudah meluat berketua kan Aji Adi yang kerap ponteng sidang parlimen, benar benar mengaharap sebuat parti yang boleh di jadikan obor penyelamat untuk meneranggi kehidupan kebanyakaan rakyat marhean. Selain dari ponteng sidang parlimen, kebelakangan ini si Adi tidak menunjuk kan ciri ciri seorang ulamak kerana bersikap ego dan sombong selain dari sukar mengeluar kan kata kata yang kesat.

Bagi sesiapa yang berminat boleh lah ke Tongkang Pecah, Batu Pahat pada 5hb. July. Di sana nanti akan berhimpun mereka yang sudah meluat dengan PAS. Mereka akan mengadakan ceramah selepas solat Isya'. Acara ini di taja oleh PAS kawasan Seri Gading.

Malaysiabaru berkata...

Ya betul

Biar pas untuk lebai kampung Mesir mari...

Dan pasma -pip untuk professional.yg berfikiran islamic conscious.
Perangai lebai adalah maki hamun org walaupun dlm masjid pun pak lebai boleh maki org di kg kg di terrnganu dan Kelantan yg dah mereka ke selangor

Mohon pasma bawak contoh islam yg sebenar secara professional

Biarlah pas utk budak kg dan lebai lembap mcm keldai...hudud hudud hudud tapi anak bini tak bg mkn sampai biol jd petani seumur hidup

Omar Daud berkata...

Salam semua:

Insyallah saya satu group(otai-otai veteren) dari wilayah persekutuan akan ka Tongkang Pecah pada 5hb nie untuk melihat perkembangan muktahir.Kami di wilayah dah dapat kenal pasti 3 tempat selamat untuk parti baru (pasma-G18) Bertanding di kawasan Parlimen.Mungkin abg Mat,Dr.hatta ,Tan sri Muhammad Taib atau mana-mana calon sesuai bertanding.Gerak kerja secara grass -root sedang dijalankan untuk mengumpul Ahli(orng atas pagar,ex-pas,ex-pkr,x-umno) seberapa ramai yg mungkin.Memang kerja-kerja ini bukan mudah,memerlukan contact yg ramai,dan data-data ahli.
Insyallah response sangat mengalakkan.Kerja-kerja yg tersusun dan sistematik secara istiqamah secara sepontan kalau betul-betul dijalankan akan menegelamkan PAS yg lama bertapak.KEKUATAN SESUATU PARTI BERGATUNG RAPAT PADA KEKUATAN AHLI-AHLI GRASS-ROOT DISAMPING PEMIMPIN2 YG BERWIBAWA.kITA KENA BELAJAR DARI DAP YG TIDAK MEMPUNYAI RAMAI AHLI TAK SAMPAI 400K,TETAPI MEMPUNYAI AHLI PARLIMEN YG RAMAI DAN MENAWAN SATU NEGERI.DENGAN KEADAAN SUASANA NEGARA RAKYAT YG MEMEHAK PADA PEMBANGKANG (SUPPORT DARI DAP) INSYALLAH TARGET KITA ADALAH NAK MENAWAN JOHOR,PERAK,SELANGOR DAN KEDAH JIKA MEMPUNYAI DISIPLIN YG TINGGI.

WASSALAM.

Tanpa Nama berkata...

Kalau boleh daftar ahli online bagus juga. Dah 40 tahun walak akhirnya baaalaaaaak. Seelaaamaaat tinggaaaal.

dr changloon berkata...

kiata tunggu n lihat sapa yg dok salak n sapa yang kan cool

sb dehlawi berkata...

di subang pun kami tunggu nak buko cawangan

Tanpa Nama berkata...



Anjing srigala mnyalak nyalak

Bangkai ditelan siANJING laut

Ber-IQ-ciipuut 'PRASAN' ulamak

Tolol mnjelma disiku & LUTOT



Rasuah-songlap ddlm GELAP

BANGKAI disorok ddlm hati

Si-IQ cipuut dah masuk prangkap

FITNAH-gelabah bagai nak MATI



Klu rakyat dpt KUASA

RAHSIA si-Lebai akan trbuka

Mana nak sorok berJUTA2

Songlap-GELAP mnjd nyata



Audit-TELUS buta mmBISU

Hudud djd kan DRAMA menipu

IQ-cipuut hularrMak 'kayu'

Mudah diRASUAH setan & hantu




air gunung berkata...

Sgt menarik dan memberangsangkan.terus update gerakerja tuan.skrg bkn masa utk beretorik maki hamun lagi.aktiviti dan aktivis kena bergerak pantas sekiranya mahu berjaya.jadikan kutukan perlecehan pepuak pimpinan CAI ssbagai tonic sakti penyegar.bkn iblis n tonic yg mengkhuddakamabokkan.

mohd shahran berkata...

maaf gb, jangan fitnah, ulamak tersohor di bantu oleh ulamak tidak menyatakan menyalak itu merujuk kepada anjing. kemumngkinan mereka merujuk yang menyalak itu labi-labi

asri adnan berkata...

Belum pun ditubuhkan parti baru sambutan cukup hangat, harap2 istiqamah dengan parti baru. Aku yang telah lama sokong PAS rasa macam nak masuk je parti baru ni. Apa pun janganlah kita memutuskan silaturahim dengan parti lama, sama2 berjuang demi islam cuma pendekatannya berbeza tetapi matlamatnya adalah sama demi islam.

My Kakak berkata...

Mau terbarai serban para ulamak PAS!

My Kakak berkata...

Gerakerja yg sistematik begini elok da carboncopy di segenap ceruk rantau bumi Malaysia. Bergerak mcm anai2. Sedar2 runtuh satu kerajaan. Syabas

My Kakak berkata...

👍🏽

Anti Fitnah berkata...

Sejarah ... telah membuktikan tiada siapa yang kekal. Begitu Besarnya Empayar Islam, Betapa Hebatnya Empayar Rom, Betapa kukuhnya Dinasti Maharaja China maupun India, ... tetap runtuh apabila penyelewengan demi penyelewengan berlaku.
Adakah PAS akan kekal? PAS hanya akan kekal selagi ahli-ahlinya berlaku jujur, berintegriti, ... tetapi kalau sebaliknya seperti mencaci, melabel, menfitnah, ... maka hayatnya akan TAMAT juga.

Tanpa Nama berkata...

Anonymous June 30, 2015 at 12:33 AM...

Mari kita anjurkan Program Keluar Pas Beramai2 di majlis2 perjumpaan hari raya akan datang di setiap negeri bersama2 pemimpin G18, PKR, DAP dan NGOs seperti ABIM, PASMA dan lain-lain...adakan acara potong kad ahli pas dan buang masuk tong sampah atau bakar sijil ahli pas. Pastikan jemput semua wakil media untuk liputan.

________________________

Anon 12:33

I sokong dan suka idea u.

hadi ni hidup dalam angan2. nk tegak islam, nak tegak islam, nk hudud... tapi bila sampai realiti utk laksana, ternganga tk tau apa.

dia ingat perjuangan ni dok memekak atas pentas dan penyokong takbir kuat2 saja ke?

dia nk cemburu anwar buat apa. sampai dlm PAS ada label anwarinas. nampak sgt hasad dengki kesumat madja yg teruk terhadap anwar. sampai anwar dipenjara kali ke2 pun PAS dh rasa memang patut. dh tk rasa anwar dizalimi.

SEBENARNYA DALAM PAS ADA RAMAI PEMIMPIN ULAMAKNYA YG NAJIBRINAS.

azazil ahli ibadah yg hebat tp kerana hasad dengki dan keras hati akhirnya tersungkur kafir.

dan hasad dengki juga yg memusnahkan hadi dan PAS. dengki dgn anwar, dengki dgn profesional.

kalau profesional tk islamik, sila tunjukkan. bukan cara islamik melabel.

aaah lupakan lah PAS ni. letak je kat muzium. itu pun kerana kita hormat kpd pemimpin2 lama yg telah berjuang memartabatkan PAS...bg pemimpin yg menjahanamkan PAS.. out u go!

bujang duamin berkata...

setuju sangat2 dengan anon 12.33....

Tanpa Nama berkata...

Hadi itu PAS
PAS itu Hadi
Hancur Hadi
PAS akan hancur

Tanpa Nama berkata...

bother...
pasma lain bro...

kalau jadi parti baru tu... takde kena mengena dgn pasma bro... sebab takde sorang pun yg kalah tanding dlm muktamar 61 terlibat dgn pasma bro...

Tanpa Nama berkata...

GB boleh initiate create online poll...

linknya kita boleh share / sebarkan dgn mudah melalui wassap & fb. inshaa Allah senang2 dpt sanbutan dan boleh dijadikan analisa kumpul sokongan rakyat.

poll
1. Tubuh parti baru alternatif kpd PAS
2. Kekal diam dlm PAS. Redha je walaupun kena cai kalah.
3. Keluar PAS dan give up cita2 kalahkan umno

zamani berkata...

ulamak pas cuma hidup dalam kerajaan impian yang sangat kotor dan menjijikan.

Tanpa Nama berkata...

Pada aku bagus juga mrk memburukan parti baru sbb itu merupakan promosi kpd rakyat,rakyat Nampak parti baru ni belum ditubuhkn dh hot...baru ramai akan ambil tahu dan selidik seterusnya menyertai parti baru.syabas g18 dan pasma...
Harapan baru utk malaysia

Tanpa Nama berkata...

Kg melayu subang pun tak sabar nk tunggu parti baru. Good job..semoga akan terus berjya

azdes berkata...

Kami pon kawasan Desajaya/taman Ehsan dh x Sabar tgu parti baru.
Awat lambat sangat....

Tanpa Nama berkata...

Kami org2 perak teguh dibawah nizar sokong parti baru.kamon kipidap don gibab

Tanpa Nama berkata...

Andai Islam mnjadi tunggak utama, bukan pengaruh atau kuasa ,ana akn ikut.. Andai Allah redha Akn perjuangan ini, in shaa Allah Allah akn gerakkan hati mereka2.... Serulah kpd Islam, bukan kpd kumpulan2 trtentu, kite boleh merancang sgale-galenye tpi yg Penentu yg paling bagus adalah Dia... Mudah-mudahan perjuangan ini berlandaskan akidah, bukan atas dasar kpntingan smata-mata.. Suatu masa nnti Islam akn kembali kpd keadaan asalnya dlu, terasing... N mudah-mudahan kite jugak trgolong dlm golongan ghuraba.. In shaa Allah, andai Islam trgegak di muka bumi ini, harap2 kite ade dlm kalangan mereka yg berjuang krna Allah.. Mudah-mudahan stiap ape yg kite lakukakn, perkatakan, rancangkan, impikan, dpt membantu kite dalam perbicaraan di hdpan Allah nnti, dunia skrg tidaklah suci malah penuh dgn fitnah di sana sini, yg haq dikatakan batil, dan batil di katakn benar... Anda sume2 hebat... Ilmu tinggi... Letaklah keyakinan kpd-Nya, may He ease everything.. Moga Allah redha ��

Tanpa Nama berkata...

aku harap penyokong2 pas yg fanatik pada hadi awang boleh buka minda sikit..

kami majoriti rakyat malaysia mahukan perubahan...mahu kerajaan adil dan bebas dari rasuah, harga inflasi yg stabil tidak menekan hidup rakyat berpendapatan rendah...klu pas berjuang kearah ni aku akan undi pas..tp masalahnya hadi bawang gatal kote nak bentangkan RUU hudud semata2 nak memecahbelahkan PR. hadi bawang ni btl punca keretakkan PR...