1 Dis 2009

BTN : Rakyat Hidu Sindrom Penafian Khaled Nordin Tajaan Bebalism

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini menolak dakwaan bahawa keputusan untuk merombak kurikulum dalam kursus Biro Tata Negara (BTN) menunjukkan kerajaan akur dengan desakan pembangkang.

Sebaliknya beliau berkata, perkara itu berlaku secara kebetulan memandangkan Kabinet sebelum ini pernah membincangkan cadangan untuk merombak kurikulum kursus berkenaan agar selari dengan peredaran masa.

"Sebelum perkara itu dibangkitkan oleh pembangkang memang kita (Kabinet) sudah berbincang dan lihat bagaimana perlunya modul dan pendekatan BTN laksana programnya. Perlu ambil kira suasana dan keadaan yang berubah dari segi tahap pendidikan rakyat yang meningkat, tahap pendedahan kepada pengetahuan dan lain-lain.

Pada saya perkara itu kebetulan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. Mohamed Khaled diminta mengulas keputusan kabinet semalam yang bersetuju untuk merombak kurikulum dalam kursus BTN supaya ia lebih sesuai untuk semua kaum sejajar dengan konsep 1Malaysia.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz yang mengumumkan perkara itu di Parlimen semalam berkata keputusan Kabinet minggu lalu itu dibuat bagi memastikan kursus tersebut tidak tertumpu kepada satu kaum sahaja dan tidak memecahkan rakyat mengikut etnik.

Sebelum ini barisan pembangkang telah membangkitkan isu sama dengan mendakwa kursus-kursus BTN sebagai salah satu cara doktrinasi oleh Barisan Nasional (BN) selain dijadikan tempat memupuk semangat perkauman di kalangan peserta yang boleh memecah-belahkan masyarakat berbilang kaum di negara ini. -Bernama

Ulasan GB

Jika sebelum ini 3 orang pemimpin UMNO Pusat dari Johor telah mengkritik Pakatan Rakyat kerana menolak BTN, kini tambah seorang lagi dari negeri Johor yang menyatakan "Kabinet sebelum ini pernah membincangkan cadangan untuk merombak kurikulum kursus berkenaan", Datuk Khaled Nordin.

Katanya ia "kebetulan" sahaja diumumkan selepas Selangor dan Pulau Pinang mengharamkannya.

Nanti bila UMNO kalah di dalam pilihanraya, katakanlah yang serupa dengannya, kami dah rancang kegagalan, kebetulan sahaja undi tidak memihak UMNO BN!

Rakyat menghidu sindrom penafian tajaan bebalism dari pimpinan UMNO BN.


Tiada ulasan: