1 Dis 2009

Demo Haram Kolonel Mat Nak Jatuhkan Nik Aziz Di Kota Baru

Pihak polis mula berkawal di depan pusat pentadbiran kerajaan Kelantan di Kota Bharu pagi ini sebagai persiapan menghadapi perhimpunan membantah kepimpinan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Puluhan anggota kumpulan yang menggelar diri mereka Jemaah Prihatin Rakyat Kelantan mula tiba kira-kira jam 10 pagi ini di Kota Darul Naim bagi memprotes tindakan Menteri Besar Kelantan itu yang mendoakan kecelakaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Umno kerana keengganan kerajaan persekutuan membayar royalti.

Semalam satu mesej bersebaran melalui SMS menggesa ahli-ahli Umno berhimpun supaya menyokong protes itu.

Bagaimanapun, seorang pemimpin Pemuda Umno Kelantan menegaskan protes itu yang juga bertujuan mendesak Nik Aziz meletakkan jawatan adalah inisiatif NGO tersebut.

Nik Aziz dalam khutbah Aidiladha Jumaat lalu menggesa para jemaah supaya berdoa agar hati Najib dibuka untuk membayar royalti minyak kepada kerajaan Kelantan.

Beliau juga berkata akan mendoakan kecelakaan Najib dan Umno sekiranya royalti minyak itu tidak dibayar.

Doa kontroversi Nik Aziz itu telah digunakan oleh pemimpin Umno untuk menekan Mursyidul Am PAS itu.

Hari ini akhbar parti Melayu itu, Utusan Malaysia menyiarkan laporan yang menggesa Nik Aziz supaya berundur kerana telah menimbulkan kegelisahan kepada umat Islam.

Nik Aziz sejak awal bulan ini dihantui kontroversi perlantikan menantunya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) dan tajaan menunaikan haji ke Mekah.

Atas tekanan awam dan kepimpinan partinya, Nik Aziz bertindak mengarahkan menantunya Ariffahmi Abdul Rahman supaya meletakkan jawatan dan telah membatalkan rancangan untuk ke Mekah.

Kontroversi yang melanda pentadbirannya itu telah menimbulkan perbincangan tentang rancangan peralihan kuasa kerajaan Kelantan oleh kepimpinan parti negeri. -MI

Ulasan GB

Kita juga mahu tahu apa tindakan polis terhadap golongan ini. Apakan perhimpunan ini nanti dianggapkan perhimpunan haram atau sebaliknya.

Kita mahu lihat sejauh mana PDRM bertindak, samada hanya berani menahan dan menangkap pemimpin Pakatan Rakyat di dalam mana-mana perhimpunan tetapi berdiam diri ke atas pemimpin-pemimpin UMNO BN atau NGO yang bersekongkol dengan UMNO BN.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

suroh akhbar parti melayu tunjokkan kepada kita islam mana yang gelisah dgn kontroversi TGNA. hanya org melayu yg tak nak islam shj yg kegelisahan - melayu umno. Islam yg benar2 Islam tak kira melayu, cina, india yg beragama islam masih sayang kpd TGNA kita ini. Sbb melayu umno ni tak nak belajar utk faham Al-Quran dan Hadith.
yg mereka nak ialah duit, duit, duit, rasuah... maksiat yg bermacam2 lagi. Yg tua2 (umor 60 - 70thn) masih mcm remaja belasan tahun. tak tau nak insaf. Agaknya ALLAH DAH LAKNAT MEREKA INI