1 Dis 2009

Politik Kelantan Bergolak, Angkara Siapa?

Mutakhhir ini kelihatan seolah-olah kerajaan Kelantan dibawah pimpinan YAB Datuk Menteri Besar Tok Guru semakin dihimpit masalah. Seluruh peluru media kerajaan pusat khususnya umno dan kuncu mereka semakin galak membawa isu-isu yang boleh menampakkan keburukan pimpinan PAS khususnya dan kerajaan negeri amnya.

Sayugia diingatkan bahawa Tok Guru diserang habis-habisan oleh juak umno adalah kerana Tok Guru telah menolak pelawaan Presiden umno bagi menubuhkan kerajaan perpaduan di Malaysia.

Program untuk menjatuhkan Tok Guru tak pernah berhenti dijalankan oleh juak umno dimana anak Tok Guru pernah ditangkap dan ditahan selama lebih 5 tahun dibawah ISA.

Kes pelajar dipukul oleh guru sekolah agama berdekatan rumah Tok Guru dibesar-besarkan oleh media cetak arus perdana, kes Air Kelantan diserbu oleh SPRM, isu menggondolkan bukit di Gua Musang dan beribu-ribu isu lain telah dimainkan secara sistematik dengan satu tujuan, satu hala, satu keperluan iaitu menjatuhkan maruah Tok Guru, mengaibkan kerjaan Kelantan kerana tak pandai memerintah negeri. Juak juak umno hampir berjaya menipu rakyat Kelantan kerana mereka berkerja siang dan malam demi mencipta kejayaan.

Umno dan juak mereka akan terus berusaha untuk mengambilalih pemerintahan Kelantan dari PAS kerana hasil minyak yang berlipat ganda. Umno amat bijak menipu dan mengkelabukan mata rakyat yang gilakan mata benda dengan membelakangi hukum Allah.

Mereka menjahilkan diri sendiri dan menyesatkan orang lain demi kepentingan politik peribadi. Juak umno dulu, kini dan selamanya sanggup menipu semua orang di Malaysia, sanggup menutup segala pintu rasuah dari diketahui umum, mereka juga sanggup bersekongkol dalam melakukan khianat terhadap bangsa Melayu atas nama Parti Melayu Bersatu. Sesungguhnya merekalah yang menanam semangat politik sempit demi untuk meneruskan kuasa yang ada.

Kelantan terus membangun walaupun geran tahun dibayar lewat, hutang tetap dibayar kepada kerajaan pusat, kakitangan awam tetap merasai bonus bila diistiharkan, pinjaman kakitangan tiada faedah dikenakan, semua rakyat layak mendapat perlindungan insuran, pengajian agama dimertabatkan kerana ada kuliah mingguan.

Pendek kata hak rakyat didahulukan, Islam diutamakan oleh pimpinan PAS Kelantan yang diterajui oleh Tok Guru. Bekas exco MCA juga didapati sentiasa memberi derma kepada Tabung Serambi Mekah dan semua bangsa dapat hidup aman tenteram dan tak pernah berlaku kekacauan sebagaimana yang diancam oleh juak umno Kelantan.


Percayalah bahawa Umno akan terus berusaha untuk merampas kuasa dinegeri yang diperintah pembangkang kerana mereka bijak tak boleh diajar, bodoh tak mahu belajar dari sejarah silam.

Kepentingan peribadi dan kroni sudah sedaging dalam diri masing-masing sehingga menyebabkan Islam diketepikan, keadilan dipinggirkan, Malaysia yang kaya raya hampir muflis dan papa kedana kerana rasuah yang berleluasa. Rakyat perlu faham semua kejadian ini. -Rakyat Kelantan

6 ulasan:

Unknown berkata...

Benar saudara.

Izinkan saya copy ke blog saya.

Martoiriat berkata...

UMNO adalah sebuah parti politik yg tidak bolih
menerima kekalahan. Semenjak kekalahan yg dialami
nya dlm PRU 12 yg lalu, berbagai-bagai cara di
buatnya utk merampas K'jaan Kelantan dibawah
pimpinan TGNA. Berbagai-bagai muslihat dibuatnya
utk melemahkan k'jaan kelantan.Perkara yg kecil
diperbesar2kan utk menjadikan isu. Masaalah "DOA"
TGNA pun dijadikan isu yg besar sehingga dibuatnya demonstrasi jalanan. Wang royalti di
nafikan dgn ikhsan, SPRM diarahkan menyiasat
TGNA, sedangkan perasuah pemimpin2 UMNO di-
lindungi. Segala2nya dilakukan UMNO utk melemah
kan pimpinan TGNA.
Pemimpin UMNO sedar yg mereka tidak bolih
memenangi pilihan raya akan datang selagi TGNA
berada disitu. Pengaruh dan maruah TGNA mesti di
hapuskan dlm apa cara sekali pun, cara baik atau
cara jahat. Kalau secara demokrasi jauh panggang
dari api.
Dalam pilihanraya yg lalu,UMNO harus sedar, kenapa raayat Kelantan menolaknya secara total.
Tentu ada sebabnya kerana pemimpin2 UMNO penting
kan jawatan,pangkat, rasuah disana sini, zalim
kpd bangsa melayu, mengkianati DEB dan menolak
bantuan kpd sekolah2 ugama. Itulah kejahatan yg
dilakukan olih UMNO kpd raayat kelantan. Selagi
UMNO tidak sedar atau tidak melakukan perubahan,
selagi itulah raayat akan menolaknya.
Semoga TGNA terus berdoa dan memohon pd tuhan
supaya UMNO yg zalim ini terus terkubor dibumi
Kelantan.. insyaallah..

Tanpa Nama berkata...

TGNA diserang habis-habisan sejak isu UG, bermakna TGNA dipihak yang benar........

Tanpa Nama berkata...

TGNA diserang bertali arus supaya letak jawatan, jadi senang kerja UG...teruskan perjuangan TGNA...

Tanpa Nama berkata...

strategi UMNO menyerang TGNA mendapat kerjasama yang baik dari kumpulan UG.......

TAD 84 berkata...

Salam,

aku akan menyokong TGNA... kita kena teruskan perjuangan ISLAM..

UMNGOK akan berusaha utk jatuhkan TGNA... kita sama2 bentengkan TGNA... Selagi nyawa dikandung hayat akan terus ku perjuangkan perjuangan ISLAM...

Amin doa TGNA untuk NAJIB dan ZAHID