PENTING: Malware - Panduan Membuang Malware Untuk Pengguna Blogspot

Blogger yang menggunakan blogspot ketara menghadapi masalah diserang oleh malware. Saya telah memeriksa beberapa sebab yang memungkinkan hal tersebut berlaku dan cuba untuk mencari jalan mengatasinya.

Jika blog yang anda lawati itu sudah ada menyimpan jangkitan malware, sebarang penerusan mengakses blog tersebut tanpa menghiraukan amaran risiko yang dikeluarkan oleh browser anda seperti Google Chrome dan Firefox, akan menyebabkan komputer anda djangkiti dengan malware tersebut.

Sebelum ini GB ada menulis mengenai serangan Malware ini. Di situ GB menyatakan bahawa blogger tidak spatutnya meletakkan iklan dari Innity dan manggaonline. Sebarang iklan darinya akan menyebabkan blog anda akan gagal diakses.


Namun nampaknya masih banyak lagi blog-blog yang terus gagal diakses. Setelah pemerhatian dibuat berikut ialah langkah-langkah penting yang perlu diambil oleh para blogger sekalian bagi mengelakkan blog anda dari terkena jangkitan malware.

Blog-blog yang menggunakan "icon" di dalam menetapkan senarai rakan blogger adalah yang menjadi penyebab kepada masalah ini. "favicon.ico" merupakan sebuah fail yang menjadi sasaran serangan malware dan sebarang pengaksesan terhadapnya akan menghasilkan tanda amaran dan pengabaian terhadapnya mendedahkan komputer anda diserang oleh malware berkenaan. Cuba lihat gambar di sebelah. Ia akan dikesani apabila pelayar menggunakan browser Google Chrome.

Cara Mengatasi.

Pastikan anda tidak milih tanda "icon" semasa menetapkan penyenaraian blog rakan-rakan anda semasa "Configure Blog List".

Pergi ke Dashboard anda pilih Design -> Page Elements -> My Blog List

Kemudian pastikan anda tidak meletakkan tanda semakan di kotak "icon", biarkan ia kosong. (Lihat gambar sebelah).

Setelah itu barulah anda klik "Save".

Hanya langkah itu saja yang mampu membersihkan blog anda dari dijankiti malware yang terhasil dari fail "favicon.ico" berkenaan.

Setelah selesainya, anda perlu membersihkan "cache" dan "cookies" di browser anda. Dan tutup browser anda.

Buka semula dan cuba buka blog anda kembali. Tanda amaran malware itu telah tiada.

Bagi komputer yang telah terkena jangkitan malware, pastikan anda menggunakan perisian malware yang baik. Sebarang penggunaan perisian anti-malware percuma belum tentu menghapuskan malware malah ada kemungkinan perisian anti-malware itu sendiri pembawa malware yang lebih dasyat.

Gunakan perisian anti-malware yang disahkan saja. Diantara perisian anti-malware terbaik ialah Malwarebytes Anti-Malware dan juga Ad-Aware Free Internet Security 8.3.1

Kedua-dua perisian tersebut telah disemak oleh CNET dengan pemarkahannya menghampiri 5 bintang.

Sekian selamat berblogging.

p/s Sebarkan maklumat ini supaya blog rakan-rakan kita dapat diakses dengan lancar dan selamat.

23 comments:

View Comments/Post a Comment

23 comments:

Martoiriat said...

Salam GB..
Terima kasih kerana memberi nasihat dan tunjuk ajar yang membina untuk semua. Ulasan anda cukup memuaskan. Teruskanlah menulis.. dan menulis demi untuk rakyat yang cintakan kebenaran dan keadilan. Semoga anda disenangi manusia dan diredhai tuhan sepanjang masa.

Anonymous said...

Panduan yg berguna dan efektif. syukran

DKosongLapan said...

Tq GB.....
Memang bergune entri mike pasei malware ni.....sebabnye banyak blog yg dah kena 'penyakit' ni......
awok nak ambik artikel mike ni bulih ke??? awok nak letak kat blog awok......sumber artikel akan awok letakkan sekali.......

teghime kasih....

Jemput ke Ghumah...
PTPTN

Anonymous said...

Syg sgt kat GB

tak lokek ilmu...

ckLah@xiiinam said...

Terima kasih GB

Ain said...

Trima kasih byk2 dik. Tak rugi akak slalu visit blog ni

Anonymous said...

blogers kena serang balas, jangan hanya pertahankan diri saja..

kak ina kl said...

salam....akak c & p yer..nanti akak bagi link

Chik Att said...

Salam ,
Thank atas info.
Saya pun menghadapi masalah yang sama.....
saya telah ambik tindakan buang semua2 link2 saya tu Alhamdulillah ok...
Tapi ..... saya masih tak leh masuk ke dashboard saya .....masih keluar amaran malware...

apa pun izinkan saya copy paste info ini , untuk bantu rakan2 lain....

Suliana said...

salam singgah!! bagus nye info.. saya tak jangkit lagi malware ni tapi nak buang juga la icon tu. tq

Nur Ede said...

Salam GB.. time kasih atas maklumat.. akak nie mmg bute IT tapi alhamdulillah.. dengan penjelasan yang jelas dari GB akak mudah faham.. Time Kasih Skali lagi wat GB.. akak nak C&P bolehkann GB.. nak cube jadi guana x tau ler..

nadiah said...

salam,info yg baik ni,izinkan saya copy n paste nnti saya link ke sini..
thanks

Anak Perak said...

macam mn yg pakai self hosted lak?

Ir-Shah said...

nice info..nang it...___sh@ring is s3xy___

winter gurl said...

Thanks for sharing.

Fuziani JSR said...

Terima kasih banyak2 kerana entry tuan blog telah menyelamatkan blog saya.... Izinkan saya follow blog ini...

aimaniman said...

salam
x paham lae akak dah cuba buat dah install anti malware dah cube dah nie tp malare ttp muncul.. tolong aaarrr

★♫ Ct Hajar ★♫ said...

salam, thanks share but

saya tak buat bloglist pon,
ade juga malware kat blog

CikWan said...

terima kasih. CikWan rujuk sini. =)

Dwijayasblog said...

Untuk mengatasi masalah badware/malware seperti ini, jangan lupa juga minta bantuan Google Webmaster, nanti ia akan membantu mendeteksi.

Hayati Harun said...

thanks to admin..blog akak baru terkena malware ni,dah cuba tutor ni baru ok..

Bahrain Ramlan said...

Salam saya nak tanya macam mana verify mega tag saya..saya bpunya blog saya kena block dengan google...puas saya cuba tk boleh2x jugak..pening dah..

Bahrain Ramlan said...

Ni email saya bahrainramlan@hotmail.com

Kembali ke Laman Utama




Tajuk-tajuk Terbaru di Kelab GB: