Prosiding inkues bagi menyiasat kematian setiausaha politik exco Selangor, Teoh Beng Hock, akan mendengar esok buat pertama kali keterangan seorang saksi yang mendakwa pernah menjadi mangsa penderaan fizikal Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Saksi itu yang masih dirahsiakan identitinya akan dipanggil bagi memberikan keterangan berhubung laporan polis yang dibuatnya tahun lalu terhadap beberapa pegawai suruhanjaya itu yang didakwa telah menampar, menyepak dan memukulnya sehingga mengalami kecederaan ketika disoal siasat.
Koroner Azmil Muntapha Abas iSelasa memutuskan laporan polis yang dibuat pada 11 September tahun lalu oleh pengadu tersebut adalah relevan bagi membantu mahkamah menentukan punca kematian Teoh
Gobind Singh Deo, peguam bagi keluarga Teoh, memberitahu mahkamah beliau akan memanggil pengadu sebagai saksi bagi membuktikan dakwaan bahawa pegawai SPRM menggunakan kekerasan ketika menyoal siasat, dan seterusnya menunjukkan terdapat percanggahan dalam keterangan saksi SPRM, pegawai penguasa Mohd Ashraf Mohd Yunus sebelum ini.
Teoh, 30, setiausaha politik kepada pengerusi jawatankuasa tetap pembangunan kampung baru dan penyelesaian kilang haram Selangor Ean Yong Hian Wah itu telah ditemui mati pada 16 Julai lalu di tingkat lima Plaza Masalam di sini, selepas disoal SPRM Selangor yang berpejabat di plaza itu berhubung siasatan penyalahgunaan wang kerajaan negeri Selangor.
Azmil ketika memutuskan isu itu berkata beliau berpendapat fakta-fakta yang dinyatakan dalam laporan polis itu sangat relevan kepada inkues itu.
"Tetapi skop yang akan difokuskan adalah terhad bagi menentukan sama ada terdapat soal siasat yang telah dijalankan, sama ada saksi ke-19 ini Mohd Ashraf terlibat dalam soal siasat tersebut dan sama ada kekerasan fizikal telah digunakan.
"Selain daripada tiga skop ini, perkara-perkara lain tidak dibenarkan untuk dibangkitkan seperti sama ada berlaku pembunuhan dalam kematian Teoh, ini adalah tidak relevan," kata Azmil.
Peguam bagi SPRM, Datuk Abdul Razak Musa, bagaimanapun tetap dengan pendiriannya bahawa laporan polis itu adalah tidak relevan dengan prosiding inkues itu atas tiga sebab.
Pertama, laporan itu dibuat tahun lalu dan kira-kira 10 bulan sebelum kematian Teoh dan keduanya, nama Mohd Ashraf langsung tidak disebut dalam laporan ini.
"Secara amnya saksi ini telah pun mengakui bahawa beliau tidak pernah dipanggil oleh polis untuk dirakam percakapannya, mahupun ditangkap atau dituduh berhubung dakwaan itu.
"Satu lagi perkara, pengadu dalam laporan itu ialah seorang suspek berbanding dengan situasi Teoh yang merupakan seorang saksi," jelas Abdul Razak.
Abdul Razak, yang menerima salinan laporan itu daripada Gobind pagi ini, mencadangkan Mohd Ashraf tidak ditanya mengenai isi kandungan laporan itu kerana ia tidak berkaitan dan laporan itu juga tidak disahkan kebenarannya.
"Prosiding inkues ini bukanlah sebuah perbicaraan, dan tiada peruntukkan untuk menyoal balas saksi. Tuan koroner hanya perlu meneliti semua keterangan yang dikemukakan di sini dan putuskan sama ada hendak percaya atau tidak keterangan saksi-saksi," kata Abdul Razak, yang pernah berkhidmat sebagai majistret selama enam tahun sebelum ini.
Gobind dalam hujahan balasnya menegaskan laporan polis itu, yang didedahkan kepada mahkamah 28 Ogos lalu, adalah penting bagi membuktikan keterangan empat pegawai SPRM sebelum ini hanyalah merupakan suatu penafian dan tidak boleh dipercayai.
"Kenapa perlu takut? Kalau tidak buat, cakap tidak buat, ini menunjukkan SPRM ada sesuatu yang hendak disembunyikan, sedangkan kami bersedia untuk memanggil saksi kami bagi membuktikan kebenaran laporan itu," kata Gobind.
Mohd Ashraf, dalam keterangannya pada 28 Ogos lalu, memberitahu mahkamah beliau tidak pernah menggunakan sebarang bentuk kekerasan terhadap Teoh mahupun saksi-saksi lain ketika menyoal siasat, dan tidak mengetahui sama ada pegawai-pegawai lain juga ada berbuat demikian.
Dalam keterangannya hari ini, beliau mengesahkan tidak pernah disoal siasat oleh polis berhubung dakwaan mendera saksi dan tidak pernah disaman kerana kesalahan mencederakan orang.
Selain itu, Mohd Ashraf juga memberitahu Teoh kelihatan gelisah apabila ditunjukkan empat dokumen yang dicetak dari komputer ribanya dan berulang kali membelek dokumen berkenaan tuntutan pembayaran yang telah ditandatanganinya bagi pihak Ean itu.
Perbicaraan masuk hari ke-18 itu bersambung esok. -Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan