24 Jun 2009

UMNO PERLU SOKONG PAS JIKA IKHLAS PERJUANGKAN ISLAM

SSekiranya UMNO ikhlas berpadu dengan Pas, parti itu perlu memilih bersatu dengan Pas sebagai menyokong perjuangan Islam yang dibawa dasar parti itu.

Ketua Dewan Pemuda Pas Terengganu, Mohd Nor Hamzah berkata, hanya Islam yang dapat mengembalikan perpaduan orang Melayu dan Islam.

Menurutnya, dasar perjuangan Islam hanya wujud dalam Pas sedangkan UMNO tidak memperjuangkan sebagaimana dasar yang dibawa PAS.

“Sebetulnya UMNO kembali kepada Pas, lebih-lebih lagi UMNO sudah hampir runtuh dan musnah.

“Kalau UMNO memiliki niat ikhlas untuk berpadu, mereka perlu memberi sokongan kepada Pas, termasuk Pakatan Rakyat (PR),” katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi, semalam.

Sebelum ini dilaporkan penganalisis politik tanah air bimbang kuasa politik Melayu akan lupus sekiranya idea kerajaan perpaduan Pas dan UMNO tidak menjadi kenyataan.

Profesor Dr Ahmad Atory Hussain dari Pusat Pembangunan Sosial, Universiti Utara Malaysia kononnya berkata, amat malang dan bahaya jika Pas enggan bekerjasama dengan UMNO kerana kerajaan perpaduan sebenarnya bertujuan menyatupadukan bangsa Melayu di negara ini tanpa mengambil kira ideologi politik.

Dalam perkembangan lain, Pemuda Pas Terengganu akan membantu Pas Kelantan untuk memenangkan calon parti pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, 14 Julai depan.

Menurutnya, Pemuda parti itu akan menurunkan kira-kira 100 orang tenaga kerja untuk meraih sokongan.

“Kita hanya menjaga satu Unit Peti Undi di DUN tersebut dan Pemuda di kawasan masing-masing di negeri ini juga akan turut memberikan kerjasama kepada Pas di Kelantan,” katanya.


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam,
Tolong jgn cakap besar..ps hanya parti kecil saja..cuba lah bandingkan jumlah kerusi anda dgn pkr dan dap..cakap guna akal lah sikit..umno dh memerintah negara ni sejak merdeka lagi, bang..skg pun masih majoriti..jgn kata umno lemah..alu undi parti ko dulu pun sebab aku marah pd wakil2 rakyat umno yg sombong..bukan pasal pas bagus sgt..pas hanya dibuai angan2 sahaja..cakap berbelit2..konon agama pandai sgt..cuba lihat punya hipokrit kenyataan salah sorang naib presiden korang daripada petikan temubual oleh salah satu akhbar internet :

".....Jelas beliau, keputusan Nik Aziz untuk turun ke bawah menarik balik segala kenyataannya mengecam Nasharudin harus diterima dengan baik.Ia menunjukkan kemuliaan beliau, katanya."

Salah satu sifat org yg MULIA, bang, mereka tu boleh mengawal emosinya..berfikir dgn tenang, tidak menjatuhkan maruah orang,tidak merapu tak tentu fasal sampai setiap perkataan yg keluar semuanya dipandu setan !!!! Terlajak perahu boleh ditarik, bang..kalo terlajak cakap? Orang dapat buat penilaian sendiri keperibadian sebenar org bercakap tu..jd jgnlah nk puji2 melangit..jgn hipokrit..akuilah politik pas hanya memecahbelahkan melayu..jgn fikir pkr dan dap akan hormat parti anda..mereka hanya mempergunakan anda..percayalah!!