Demikian dinyatakan oleh menteri Pelancungan Datuk Seri Ng Yen Yen di Dewan Rakyat hari ini menjawab soalan Ahli Parlimen Gombak yang juga Naib Presiden PKR, Azmin Ali.
Azmin telah meminta kerajaan menjelaskan urusjanji kerajaan mengenai perundingan dengan Todt bersama tunangnya Datuk Michelle Yeoh, seorang aktes Malaysia dengan mendakwa RM1 juta telah dibelanjakan untuk rakyat Perancis itu.
Menteri berkenaan berkata satu juta di Eropah tidak mempunyai apa-apa nilai sekarang attkala mempertahankan perlantikan Todt. Beliau menambah Jean Todt seorang yang amat dikenali. Beliau meyakini Malaysia. Todt mempunyai rangkaian luas dan dikenali pada peringkat antarabangsa.
Azmin juga ingin tahu kebenaran dakwaan bahawa Todt dan tunangnya telah ditawarkan untuk memiliki tanah bagi mendirikan rumah mereka di di Pulau Besar di negeri Terengganu.
Yen yang juga Naib Presiden MCA menafikan dakwaan tersebut sebagai sebahagian dari urusjanji kerajaan dengan Todt dan menafikan Todt memiliki tanah di Terengganu.
Azmin menyatakan beliau mempunayi dokumen untuk membuktikan kerajaan telah menawarkan tanah di Pulau Besar kepada Todt sebagai sebahagian dari perundingan perlantikannya sebagai duta pelancongan.
Walau bagaimanapun Azmin enggan untuk mendedahkan samada Todt ada membuat sebarang pembayaran untuk memiliki tanah berkenaan atau ianya diberikan secara percuma atau pada akadar diskaun.
Azmin berkata beliau menunggu dahulu jawapan penuh dari kerajaan sebelum mendedahkan butiran tersebut dengan lebih terperinci.
2 ulasan:
Hari ni masuk hari ke 2,MP mengundi akta dna 2008.Keputusannya 99 MP BN menyokong dan 57 MP PR menentang beberapa seksyan yang terdapat dalam akta ini.
Memang tidak dinafikan kalau semua 82 MP PR hadir,akta ini akan tetap diluluskan tapi kehadiran hanya 57 MP PR amatlah mengecewakan.
Eloklah nama-nama MP PR yang tidak hadir itu dipaparkan di blog-blog pro PR dan mereka perlu memberikan alasan yang munasabah mengapa tidak dapat hadir.Jika gagal,eloklah kita cari calon baru untuk PR pada PRU akan datang.
Akta DNA 2008 sangat penting bukan sahaja pada Anwar yang akan menghadapi perbicaraan pada 8 julai depan tetapi kepada kita semua agar sebarang unsur penganiayaan atau salahgunakuasa dalam akta ini dapat ditolak.
sangatlah mengecewakan jika ada MP PR tidak hadir tanpa alasan yang munasabah.sudah sampai masanya PR mempunyai sekratariatnya sendiri.Apakah usaha yang dilakukan oleh PR untuk menarik 2 MP bebas ke dalam PR setakat ini?
PR perlu agresif dan kreatif bagi mendominasi BN dalam segala aspek dan ini akan meyakinkan rakyat untuk menerima PR sebagai alternatif kepada BN
senang2 je belanja ye..cuba lar duit sendiri tguk..ini betul2 idea hampeh menteri yg jawab tu..kita nk tahu gak apa hasil yg kita dapat..ada kpi ke todt tu..soal nillai duit kita dgn duit mereka tak timbul..aku pun sama2 sakit hati..bangang punya idea..
Catat Ulasan