Katanya, Umnolah antara yang paling kecewa dengan keputusan PAS dan Pakatan Rakyat yang menolak kerajaan perpaduan dengan bermacam-macam tohmahan termasuklah mengatakan PAS penakut.
"Umno tohmah kita mengatakan kita takut dengan Pakatan Rakyat sebab itulah mereka beriya-iya sangat hendak mewujudkan kerajaan perpaduan," katanya semasa dihubungi.
Sebenarnya, kata Ustaz Mahfodz, PAS dalam masa yang sama boleh melihat sejauh mana hati budi serta keikhlasan Umno dalam merealisasikan agenda itu.
"Tetapi akhirnya PAS melihat hati budi Umno sebenarnya. Nampaknya Umno sudah terlalu terlajak dalam memberi respons dalam isu ini. Sehingga surat khabar yang tidak pernah memuji PAS akhirnya terlalu memuji PAS dan Umno pula sanggup menawarkan bermacam-macam syarat untuk menarik PAS bekerjasama dalam kerajaan perpaduan," katanya.
Bagaimanapun, beliau bersyukur atas keputusan majlis Pakatan Rakyat dan juga Majlis Syura PAS yang menolak kerjasama dengan Umno.
Mahfodz yang juga Pesuruhjaya PAS Johor juga bersyukur kerana keputusan itu melegakan semua pihak di peringkat akar umbi yang selama ini 'susah hati' kerana mainan politik umno yang sengaja mahu melihat Pakatan Rakyat berpecah.
"Keputusan itu sekaligus menyatupadukan semula PAS dan Pakatan Rakyat termasuk ahli dan penyokong PAS dari peringkat bawah hinggalah ke atas," katanya.
Beliau juga turut mengingatkan pimpinan parti itu jangan mudah terpedaya dengan mainan politik Umno BN sekali gus berbincang terlebih dahulu bersama pimpinan tertinggi mereka sebelum memberi reaksi sesuatu perkara.
"Apabila ada keputusan pimpinan tertinggi mereka diperingkat bawah akan taat setia dengan keputusan itu," katanya selepas ini ahli dan penyokong PAS menumpukan sepenuhnya kepada pilihan raya kecil Manek Urai. - Salmiya Harun
3 ulasan:
Saya baru membaca buku karangan Rosli Mokhtar "Kerajaan Islam Sepanyol" antara lain dikatakan Kerajaan Islam memint bantuan kristian, raja kristian dibayar 200 dinar sehari dan setiap tanah yg dimenangi diberi kepada raja kristian...nampak mcm pemerintah Islam waktu itu sangat lekeh, takan bodoh sgt? tapi situasi skrg di Malaysia, PAS kena kerjasama dgn DAP, UMNO dgn MIC dan MCA nya...Bagaimana ya utk jadikat Islam really powerful
itu peringkat awal, kita bekerjasama dengan pihak lain.
dan itu sbb kita tidak mahu bekerjasama dgn UMNO yang bersalut dengan rasuah dan kezaliman.
Tolak "Kerajaan Perpaduan", kita bangunkan "Kerajaan Keadilan & Kemakmuran Bersama"?
Catat Ulasan