24 Jun 2009

PAS UMNO : Pilihanraya Perak Selepas Manek Urai?

Pilihan Raya Kecil Negeri Perak dijangka akan berlaku selepas pilihan raya kecil Dun Manik Urai, demikian kata Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Dato' Ustaz Abdul Halim Abdul Rahman, lapor harakahdaily.

"Saya menjangkakan pilihan raya Negeri Perak mahu atau tidak akan diadakan, sebab itu kita cadang mahu buat persiapan apa yang patut hadapi pilihan raya Perak.

Beliau melihat bertapa pentingnya kini JPP yang dikendalikan bersedia awal dengan memantapkan ahli-ahli jawatankuasa mengenai nilmu pilihan raya.

Beliau berkata demikian dalam satu wawancara bersama Harakah di bangunan Parlimen baru-baru ini.

Beliau merupakan Pengarah JPP yang baharu sahaja dilantik selepas pemilihan jawatankuasa PAS Pusat pada Muktamar ke-55 yang lalu.

Menyentuh isu persiapan, ujarnya JPP akan meneliti dari segi 'finding' yang perlu dilakukan lebih awal agar ia tidak sekadar menjadi 'ad hoc' semata-mata.

Di Perak katanya pada pilihan raya umum yang lalu, PAS telah bertanding 21 kerusi dan hanya menang enam.

Namun ujar Ustaz Halim, ada beberapa kerusi lagi PAS kalah bawah 1500 undi, justeru kerusi-kerusi ini akan difokuskan.

"Kita kalah tipis dalam 10 kerusi. Jika boleh menang 6 lagi, boleh jadi 16 kerusi, di bawah 1500.

"Dalam PRK Bukit Gantang apa yang kami lihat ialah jentera di peringkat kawasan di sana tak begitu bermaya, kerja pilihan raya tidak berjalan dengan baik jika tiada bantuan negeri dan kawasan susahlah, kita kena melihat itu," katanya.

Begitupun jika diadakan pilihan raya kecil di Perak, Ustaz Halim yakin PAS akan menang lebih kerusi berbanding sekarang.

Tetapi katanya gerak kerja perlu dicantumkan dengan politik dan strategi dengan mengemuka calon bukan Islam dan taktikal strategi dengan soal wang semua perlu disiapkan.

"Selepas Manik Urai kita akan turun di Perak," ujarnya ringkas.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Coba tguk kalo prk perak..jgn beranganlah dato..tembelang pas org melayu dah tahu..walau pun kalau, tp undi kpd umno kian bertambah dato ....

Satu lg aku nk ingatkan..kalo adalah prk diperak, katakan..pakatan kalah..adakah anda dgn jujur akan mengakui kekalahan anda spt mana umno..saya penuh percaya anda akan berdalih konon2nya sbb ada "pengundi hantu" dsb nya..bukan begitu dato..politik pas kita dh masak sangat..tidak pernah jujur..
ingat!! malaikat dan Allah sentiasa memerhatikan segala perbuatan dan apa yg ada didalam hati anda..

REMY berkata...

hakikatnya, dalam setiap kali pilihanraya umno yg kalah kini.

kalau berani kenapa takut utk mengadakan pilihanraya?

TokBatin X berkata...

kekadang buah tembikai pun bolih jadi gasing.

Perak sumue nye ade!, kondom sang kelembai pun masih ade kat taiping...

citer tuhan dlm politik mane ade?.. sape kuat die menang.