19 Jun 2009

Tiada Sebarang Hubungan PAS UMNO

Putuskan sebarang perhubungan dengan Umno. Itulah cara yang terbaik untuk menyelesaikan krisis dalaman PAS sekarang.

Pandangan ini disepakati di kalangan pemimpin PAS khasnya dari negeri ini, Kelantan. Menjelang pilihanraya kecil Manek Urai, perkara ini perlu dikuatkuasakan sepenuhnya. Mana-mana pemimpin PAS yang dikaitkan ada hubungan dengan Umno akan disisihkan dari sebarang aktiviti parti di sini.

Dalam pilihanraya kecil Manek Urai, para penceramah PAS patut di‘skrin’ sepenuhnya. Mereka yang dikira menyokong kerajaan perpaduan akan dikeluarkan dari senarai penceramah.

“Kami tidak mahu memberikan signal yang negatif kepada pengundi dan rakyat negeri ini. Ini kerana rakyat tidak boleh mendengar nama Umno sekarang, imejnya terlalu buruk,”
kata seorang penganalisa politik yang juga aktivis PAS di negeri ini.

Ketika ditanya, apakah asas kepada analisa ini dan sejauh manakah ia akan tepat, beliau berkata, “kejayaan PAS mengekalkan kerajaan negeri Kelantan adalah bukti analisa ini betul”.

Bagi beliau, deria ketujuh yang ada kepada pemimpin PAS di Kelantan membuktikan perkara ini betul.

Bagi beliau, pemimpin PAS Kelantan menentang agenda kerajaan perpaduan kerana sedar ia ditolak oleh rakyat.

“Kami dapat rasa penentangan rakyat terhadapnya. Perkara ini juga disedari oleh Tok Guru Nik Aziz. Sebab itu, dari awal lagi, jika ada sahaja unsur kerjasama antara PAS dengan Umno, beliau akan menentangnya,” kata beliau lagi.

Nik Aziz mula menunjukkan penentangan terhadap hubungan dengan Umno sejak timbul isu muzakarah PAS dan Umno lagi. Beliau menekan dengan sungguh-sungguh betapa pentingnya PAS memperkuatkan hubungannya dengan Pakatan.

“Cara nak kuatkan PAS dengan Pakatan adalah menjauhkan diri dari Umno agar ia tidak dicurigai atau disalah anggap PAS cuba mengkhianati mereka,” kata aktivis PAS itu.

Nik Aziz pernah mengkritik secara terbuka Pengerusi Harakah yang juga Pengarah Pilihanraya PAS, Datuk Mustafa Ali kerana dianggap memperlekehkan agenda 16 September yang dibawa Datuk Seri Anwar Ibrahim dan mendapat sokongan penuh rakyat.

Mustafa kemudiannya telah menemui Nik Aziz dan menyelesaikan perbezaan pendapat antara mereka berdua.

Kini, krisis dalaman PAS dianggap sedang memuncak. Nik Aziz telah meminta Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa agar mengosongkan kerusi Parlimen Bachok dan menyertai Umno jika terus mahu dengan agenda kerajaan perpaduan.

Nik Aziz bukan sahaja menentang kerjasama PAS dengan Umno bahkan kerjasama antara Pakatan Rakyat dengan BN kerana Umno ada di dalamnya.

“Hina sangat ke Umno dan mulia sangat ke DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat itu,” tanya seorang pemimpin Umno.

Memang. Bagi Nik Aziz Umno terlalu hina.

“Masa dia hendakkan kita, dia akan pujuk kita tetapi bila dah tak suka, dia akan tendang sahaja kita,” kata Nik Aziz mengenang kembali bagaimana PAS ditendang dari BN 1978 lalu.

Ketika itu, Nik Aziz yang sudah sekian lama mengajar di Masjid Muhammadi di Kota Baru, juga dihalang dari mengajar di masjid negeri itu lagi.

Sejak itu, difahamkan, Nik Aziz bersumpah tidak akan memijak lagi kakinya ke masjid itu. Beliau mula mengajar di Bangunan PAS, Jalan Dato’ Pati sehinggalah sekarang.

Kini, Nik Aziz bertegas, beliau tidak akan benarkan PAS mengadakan hubungan dengan Umno. Nampaknya, penyokong PAS bersama beliau.

“PAS akan sentiasa berada di nombor 2 jika bekerjasama dengan Umno. Kalau kita di luar, kita berpeluang menjadi nombor satu dalam politik negara ini,” kata Datuk Husam Musa, penyokong kuat Nik Aziz.

Husam kalah dalam pertandingan tiga penjuru untuk jawatan timbalan presiden PAS baru-baru ini. Nasharudin Mat Isa menang jawatan itu dan menghantar signal seolah-olah perwakilan PAS menyokong agenda kerajaan perpaduan yang didokong beliau bersama Abdul Hadi.

“Semasa muktamar lalu perwakilan ditipu oleh puak-puak ini dengan agenda menyokong kepimpinan ulama, padahal sebenarnya mereka ini mahu membuat kerjasama dengan Umno,” kata penganalisa politik Kelantan itu tadi.

Dengan keadaan yang ada tiada jalan lain nampaknya. PAS perlu memutuskan sepenuhnya hubungan dengan Umno. Hantarkan mesej yang jelas bahawa tidak ada sebarang hubungan lagi dengan Umno, barulah keadaan dalam PAS akan reda semula.

10 ulasan:

HaHs berkata...

Correct, correct, correct!
X payah di listkan tentang kebejatan Umno ni. Org Pas kebanyakan dah masak. X cukup satu buku. Kalo yg baru nak tau, rujuk artikel blog2 Pas yg lepas2. Ringkas dan padat ulasan diatas!

Tanpa Nama berkata...

makin lama makin riak

sb dehlawi berkata...

setuju 100% tulisan artikel itu

sb dehlawi berkata...

siapa sebenarnya riak?

Abuzar berkata...

Benar.
Tak perlu idea "kerajaan perpaduan - qaumiyyah Melayu" kerana bercanggah dengan "falsafah Islam syumul yang terbuka tanpa amalan jahiliyyah & semangat qaumiyyah".

Tak perlu berwala' kepada pimpinan AMNO yang penuh kepura2an ingin Islam & perpaduan, pada waktu yang sama ...
rampaskuasa kerajaan PAS Perak,
rampashak royalti rakyat Terengganu & Kelantan...
diskriminasikan kekayaan negara untuk kroni mereka saja ..
manipusi SPR, SPRM, Kehakiman, Polisia, dll...

Ingatlah "Gelombang Perubahan Rakyat" semakin membesar. PAS perlu menjiwai aspirasi rakyat. PAS tak boleh bersikap melawan arus perdana rakyat yang ingin perubahan....

Mengapa kemaruk "kerajaan perpaduan - qaumiyyah Melayu" menjadi-jadi. Terutama selepas Muktamar PAS ke55 baru2 ini?

FikirBulat2 berkata...

salam semua..Ambo rasa semua perasan semenjak TGNA bg kata dua kat nasha semakin ramai pemimpin umno tampil memberi komen..dari najib ke shahrizat hatta siKATAK BERAHIM pn nk msk cmpr..ada yg nk dicepatkan perbincangan,ada yg bg janji manis,x kurang juga yg kritik status TGNA sbg ulamak.. mcm2..kenapa tiba2 semua mereka ni bagaikan ahli fikir tampil memberi pndpt???adakah antara sbb utamanya mereka xnk isu (senjata)ini hilang begitu saja..mereka sedar bila TGNA bersuara lbh lantang pasti penyelesaiannya xkn memihak kpd hajat mereka..jd MARILAH KITA FIKIR DAN RENUNGKAN APA YG PERLU KITA LAKUKAN SBG AHLI PAS UNTUK SEKURANG2NYA TIDAK MENGERUHKAN LAGI KEADAAN..
p/s:MOHON DIBETULKAN ANDAI AMBO SILAP..

Tanpa Nama berkata...

jadi TG Presiden x leh la dtg sini yek.. yg bertanding dkt sini atas tiket parti mana , mmg riak betul.

kona leper berkata...

ambo sokong tok guru kita nik aziz

Tanpa Nama berkata...

kona leper , mmg pung mung fahaman kenegerian kuat.

kona leper dan SB Dehlawi berkata...

Anonymous said...
kona leper , mmg pung mung fahaman kenegerian kuat.

Aku bukan semangat negeri kuat tapi aku semangat pas yang kuat aku tak nak pas rosak oleh manusia sperti mung dok kipas UG....ada paham?