19 Jun 2009

PAS UMNO : Pemuda PAS Tak Sokong Mursyidul Am PAS?

Tatkala Dewan Muslimat PAS Pusat dan 10 Orang Ahli Parlimen PAS menyatakan pendirian tegas mereka terhadap penolakan kerajaan perpaduan dan sekali gus memberi mandat kepada mursyidul am untuk menangani isu tersebut yang sedang menggelegak dalam parti kini, Dewan Pemuda PAS mengambil sikap berdiam diri.

Langkah yang diambil oleh Dewan Pemuda PAS Pusat di bawah pimpinan Ust Nasrudin Hassan Tantawi boleh difahami apabila kita sedia maklum hampir 80% dari ahli jawatankuasa yang menang di dalam pemilihan baru-baru ini adalah terdiri dari kumpulan pro-UG.

Justeru itu mereka merasakan adalah wajar untuk mereka sekadar berdiam diri dan tidak perlu untuk menyokong kepimpinan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang telah menentang gagasan Kerajaan Perpaduan sejak awal lagi.

Pendirian yang di ambil oleh Dewan Pemuda yang beridri teguh mempertahankan gagasan Kerajaan Perpaduan yang dibawa oleh Presiden PAS, Haji Abdul Hadi Awang jelas menunjukkan sikap Pemuda yang enggan menerima penjelasan dari dari beberapa pimpinan tertinggi PAS yang lain bahawa idea Kerajaan Perpaduan itu tidak pernah dibincang dan diputuskan di dalam majlis Syura malah oleh jawatankuasa tertinggi PAS sekalipun.

Semalam Dewan Muslimat PAS Pusat dan Ahli Parlimen Muslimat PAS telah sebulat suara menolak sebarang kerjasama politik dengan Umno dan Barisan Nasional.

Sebaliknya sayap parti PAS itu membuat ketetapan mahu PAS bersama Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) dan DAP di dalam gagasan Pakatan Rakyat.

Penegasan tersebut kata, Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Mariah Mahamud dibuat sebagaimana keputusan muktamar PAS ke-55 pada 5 hingga 7 Jun yang lalu yang sebulat suara mahu PAS bersama Pakatan Rakat.

Beliau yang bercakap dalam satu sidang media di Lobi Parlimen berkata, mereka faham dengan kecelaruan yang berlaku di kalangan ahli-ahli akar Umno serta pimpinan peringkat bawah serta di kalangan penyokong dan pengundi PAS.

"Kami menyeru supaya ahli-ahli PAS, Kelab Penyokong PAS dan penyokong PAS bertenang dan tidak cemas dengan usaha-usaha pihak tertentu untuk memecah belah Pakatan Rakyat dan perpaduan dalam PAS," katanya yang turut ditemani, Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Ghazali, Ahli Perlimen Rantau Panjang yang juga Timbalan Ketua Muslimat PAS, Siti Zailah Mohd Yusuf dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Aiman Athirah Al-Jundi.

Semalam 10 orang ahli Parlimen PAS telah mengisytiharkan beramai-ramai penolakan kerajaan perpaduan dan sekali gus memberi mandat kepada mursyidul am untuk menangani isu tersebut yang sedang menggelegak dalam parti itu.

Dalam kenyataan ringkas tiga perenggan, mereka sebulat suara menegaskan bahawa idea kerajaan perpaduan seperti disarankan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang "tidak pernah merupakan agenda PAS."

Daripada bancian-bancian yang ada di dalam blog-bog dan portal, dianggarkan 80% ahli PAS menyokong tindakan tegas Mursyidul Am PAS bagi membendung perpecahan di dalam parti serta menentang gagasan Kerajaan Perpaduan yang dibawa oleh Haji Abd Hadi


19 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

yng banyak menyokong UG ni yang kalah dalam pilihanraya suapay dapat jawatan dengan mudah melalui Kerajaan Perpaduan macam Ketua Pemuda PAS ni.

Memang patut pun tak menang, ahli Pakatan Rakyat akan tetap menolak mereka yang "mengiyakan" perbuatan masuk dalam kelambu UMNO yang dilakukan oleh beberapa pemimpin PAS yang tak ada maruah dan harga diri di samping menggadai prinsip perjuangan Islamnya.

sb dehlawi berkata...

wah berapi2 tantawi dok kipas Ug dalam malaysiakini. katanya UG ini sama dengan Musa as bertemu dengan firaun. Perlu dingat Musa as sebagai pembawa risalah Allah SWT manakala firaun pula jelas menentang Allah. Maka sudah menjadi kewajipan untuk musa menyampaikan dakwah. tetapi musa tak pernah mahu bekerjasama dalam membentuk gagasan dan bertolak ansur dalam politik dengan firaun.

Begitu juga Ibrahim tidak pernah tunduk dan mahu bertolak ansur dengan raja namrud kerana diketahui raa manrud tidak akan terima nasihat. Jadi persoalannya, adakah puak baju biru ingin menerima nasihat tantawi dalam hal ehwal dalam negara, kalau ia mendengar nasihat sudah tentu perak aman damai, terenganu kaya-raya dengan hasil minyak, dan kelantan juga peroleh royalti minyak dan membangun sama seperti negeri-negeri lain, tidak berlaku pembunuhan terhadap Ibrahim Libya dan anak muridnya dan banyak lagi jika ingin dihitung. Dakwah yang berkesan tidak semestinya kita perlu wujud kerajaan perpaduan, perpaduan erat dalam pakatan rakyat sudah memadai kerana sudah terbukti, bukan sahaja ramai orang umnoa masuk PR, malah non muslimpun turut tertarik dengan konsep ditunjukkan PR. Bukankah itu sebahagian daripada dakwah?

maaflah ustaz yang saya hormati, pada padangan saya daripada ustaz membicarakan UG lebih baik ustaz cari pendekatan sesuai, teknik berkesan bagaimana nak menarik rakyat pahang supaya pilahanraya nanti pahang diperintah oleh bulan, sama seperti Kelantan dan kedah.

Tanpa Nama berkata...

apa yang saya rasa pendirian dewan pemuda itu ada hujah dan kebenarannya.

Tanpa Nama berkata...

apa hujah dan kebenarannya, sekadar membawa contoh yang salah mengenai dakwah Nabi Musa kepada Firaun untuk menbenarkan UG?

Nabi Musa diperintahkan untuk menyatakan kebenaran kepada Firuan bukan untuk mewujudkan Kerajaan Perpaduan dengan Firaun seperti yg nak dijalankan oleh haji Hadi and the Gang.

muslim berkata...

tantawi ni nak bersirah pulak... cekap pulak dia membela ug dengan nama dakwah... seperti dakwah nabi Musa terhadap Fir'aun. wah wah wah....

tantawi,

aku kenal ko sejak di Syria lagi... ko Maahad pun x habis. jangan nak celarukan ahli bawahan dgn pengetahuan ko tu....

nih aku nak habaq kat hang... dakwah nabi Musa itu dakwahlah x perlu dipertikaikan lagi.... tapi penghujahan ko tu x betul... ko skarang dok berhujah pasal ug... hujah yang betul ko kena ambil sirah Rasulullah semasa Baginda ditawarkan menjadi raja / pemimpin quraish ... Rasulullah x nak... walaupun ditawarkan akan ditabalkan sebagai pemimpin Arab, org terkaya .... tahu kenapa???? ... sebabnya, Rasulullah disyaratkan tinggalkan Islam dan berhenti dari menyebarkan seruan Allah.

Inilah hujah sirah yang betul dan tepat. Ko beriya benar nak UG.... mahukah UMNO tu tegakkan syari'at Islam di Malaysia? Najib pun sebut, isu ini bukan isu dia sorang.. ini isu barisan nasional jugak... depa2 tu mahu ker ISLAM sebagai ad-Din?????

Atas alasan inilah, TGNA kata mengarut mengarut mengarut...

Tantawi,

Ko gorenglah pemuda tu .... org x kenal ko ko goreng cukup2...

p/s: ko kuat makan lagi ke sekarang ?

Tanpa Nama berkata...

muslim said...
tantawi ni nak bersirah pulak... cekap pulak dia membela ug dengan nama dakwah... seperti dakwah nabi Musa terhadap Fir'aun. wah wah wah....

tantawi,

aku kenal ko sejak di Syria lagi... ko Maahad pun x habis. jangan nak celarukan ahli bawahan dgn pengetahuan ko tu....


...............................................

yela kawan.
kawan kita x semestinya org islam je , umno , pas , org kapir pun kita kawan.

saya rasa dkt syiria tupun bukan semuanya pas , org umno mcm anta pun ramai.

kalau betul2 kawan anta xkn kutuk kawan dalam media. mencari publisiti murahan, memecahbelahkan jemaah pas.

mengaibkan kawan psl kuat makan dlm media. islam suruh ke mcm ni.

sebodoh bodoh saya pun saya tau tindakan ini bukan tindakan ahli pas ... mcm org parti sebelah tu je anta ni.

hairil nahar berkata...

Nie le akibatnye dapat org cam pondan. Sebagai KPPP, dia mesti tegas dalam pendirian,bukan pak angguk je, dasar bingai punya org, dulu aku tak caya ada org cam gini, kini dah terbukti, Serban dikepala bukan membuktikan tokoh kepimpinan. Rupanya hanya tikus yg berselindung disebalik jubah. Keluar bila kucing tiada. Itulah nasib malang puda PAS kini.........

muslim berkata...

nak guna sirah sebagai hujah pun biarlah tepat... kalau x dok diam jer biar org kata x der teloq dpd ko dok putar belitkan pengajaran sirah.

aku muslim pejuang Islam dan penyokong tuan guru mursyidul am yang disayangi. dari awal sejak tantawi ditaklifkan jadi kppp, aku dok tunggu apa gagasan dia nak bawa... tup2. kita ni kalau dok baca buku haraki jer x pakarkan ilmu2 istinbat hukum gitulah jadinya... guna qias x kena syarat qias

berubahlah tantawi... ko skang ni nak play safe aku tau... tapi ingat ko tu kppp, bukan lagi ahli biasa

apa ko ingat tindakan dan pendirian tgna tu bukan dakwah ke? dakwah ni tidak semestinya perundingan jer tantawi... ingat!!! perhalusi lagi ilmu sirah ko tu

Tanpa Nama berkata...

kita tunggu andaian aku iaitu 'UMNO YANG SAKIT TENAT TAPI PAS YANG MATI DULU'

wait n c

hairan

Tanpa Nama berkata...

ni satu lg artikel yg aku rs sakit hati,dgr jimadie malaysiakini dok jd batu api hbis dia cop satu jemaah pemuda PAS,nk bg TGNA berbalah ngan pemuda,siasat la dl sapa yg dok bg batu api,bg maklumat x benar kt TGNA sampai TGNA marah btul ngan UG ni...

Tanpa Nama berkata...

serch la dlm internet tgok mcmn pemerintahan UG di beberapa buah negara,tgok dr segi ekonomi,rasuah penyelewengan,jenayah..tgok lbih baik dr malaysia ka dak,cth mcm Indonesia,Lubnan,Iran dan sbgainya...rakyat yg tentukan pimpinan negara

remy berkata...

ni nasrudin yg sebenar kenapa dia join pas.

"Nasrudin, yang mengakui menyertai PAS antaranya selepas terpesona dengan ketokohan Abdul Hadi berkata, sekiranya pemimpin parti itu "bijak dan tepat" mengambil tindakan, idea kerajaan perpaduan tidak akan menjadi masalah."

http://www.malaysiakini.com/news/106741
Dia join PAS kerana TGHA bukan kerana Allah.

muslim berkata...

1. ada yang dok buat perbandingan tentang UG di luar negara.
--> x dinafikan UG satu alternatif yang ada kebaikannya. tapi sedarlah wahai sahabat pejuang yang terus menerus mempertahankan UG Hadi ni bahawa tidak semestinya UG dibuat dengan UMNO. Kita dah ada pakatan... buatlah UG dengan pakatan bila dapat federal nanti. Bukankah sekarang pun kita dah buat UG dalam pemerintahan di peringkat negeri.????, ni apasal x tentu pasal nak UG. UG mana? UG nak cepat jadi menteri???? x perasan ke ni perangkap UMNO... itupun khas pada zaman era Pak lah jadi PM , sekarang era Najib dah x relevan (inilah statement last Hadi)

2. Kalau betul niat ikhlas nak UG dgn UMNO diperingkat federal (ikut statement stapa bahawa beberapa jawatan menteri akan diberi), ikutlah lunas yang betul. kita kan dah ada saluran dan prosedur. bawa bentangkan dalam majlis syura ke muktamar ker... ni tidak dok buat senyap2 bila org dah bau tahi yg dia berak mulalah x ngaku mula2 bila dah ramai yg buktikan kesahihannya minta org dok senyap2 ... manusia jenis apa nih atau lebih tepatnya pemimpin jenis apa nih? Secara peribadi, aku x tentang konsep UG ada kebaikannya, dan itulah yg kita lakukan bersama dalam memerintah beberapa negeri sekarang. Sekarang aku persoalkan, kenapa x ikut saluran yang betul sehinggan mencelarukan jemaah sampai tgna buat teguran sedemikian???? mula2 tok guru x bagi guna istilah muzakarah cukup skadar muqabalah, pastu tok guru kata itu mengarut, pastu tok guru kata org ini dah jadi boneka umno... last skali tok guru cabar kalau benar nak terus juga letak jawatan... bukankah itu tok guru dah buat berperingkat berhemah.

3. Nih ada yg dok salahkan segelintir ahli yg mereka dakwa sbg batu api kpd tgna. weeiiiii, batu api ke bila menyampaikan apa yg berlaku? kepada siapa nak sampaikan kalau x kpd tgna? dia mursyidul am... lgpun ini angkara kerja org no. 1 dan 2 + stapa.. cuba habaq mai nak bgtau siapa???? pemimpin2 lain baru jer bangun tidoq slepas dengar statement keras tgna!!! lagi satu depa ni dok buat dakwaan bhw ada batu api... statement ni memberi maksud bhw tgna dah tmakan hasutan batu api... (pada aku, itu bukan batu api). kalau btul dakwaan korang ni...naper dibiarkan sampai malarut camni pi la jumpa tok guru cepat2... ini sampai tgna buat statement lagi dia akan panggil org no 1 dan 2 serta bberapa yg lain utk buat mesyuarat ukhuwwah... tgklah btapa sayangnya tgna kpd jemaah dan korang.. korang x sedar ker atau buat2 x sedar????

tunggulah beberapa hari lagi... insyaAllah ada penyelesaiannya. inilah cubaan Allah utk membuktikan jenis2 pejuang2Nya

p/s : nasya kalau ko benar dan rasa ilangkah yg ko ambil ini langkah yg benar dan bijak, ko jgn takut pertahanlah sampai mati... ko dah terlajak camni.. ko mengalah ko malu org akan lagi jeh kpd ko... ko letak jerlah jawatan dok diam2 lg bagus... kalau nak ikut jejak presiden yadim x yah lah... itu bukan perjuangan sebenar.

Tanpa Nama berkata...

saya sokong ulasan nasrudin,berilmu dan tepat.Saya heran ada pemimpin nak buat UG dgn pakatan,bilakah pakatan ada majoriti dlm parlimen.UG bermaksud kerajaan perpaduan pembangkang dgn kerajaan,bukannya pembangkang dengan pembangkang.

Tanpa Nama berkata...

Kami sokong TGHHA dan ustaz nasrudin.Ahli PAS semuanya sokong penuh setiap keputusan.Yang tak sokong tu ahli Pas klon

muslim berkata...

yang aku tau sikap "Kami Sokong" "Kami Sokong" ni ialah budaya UMNO... elok benarlah tu... pilah dok sekongkong dalm UMno dgn nama UG ko tu... x yah nak hidupkan budaya "kami sokong" "kami sokong" kat dalam jemaah. Islam x ajar mcm tu... Islam ajar taatlah Allah dan Rasul dan pemimpin dikalangan kamu (bersyarat selagi pemimpin ini mentaati Allah dan Rasul)

ko jangan nak cemarkan jemaah dengan budaya UMNO.. keluar pi dok dalam UMNO. ni dok bertenggek mcm sampah ... menyusahkan


..

Tanpa Nama berkata...

Kami sokong TGHHA dan ustaz nasrudin.Ahli PAS semuanya sokong penuh setiap keputusan.Yang tak sokong tu ahli Pas klon yg ada kepentingan peribadi.

ahli Pas klon ni org yg frust bila bos depa kalah dalam pemilihan baru ni. org yg x boleh menerima kenyataan.

kona leper dan geng berkata...

Anonymous said...
Kami sokong TGHHA dan ustaz nasrudin.Ahli PAS semuanya sokong penuh setiap keputusan.Yang tak sokong tu ahli Pas klon yg ada kepentingan peribadi.

ahli Pas klon ni org yg frust bila bos depa kalah dalam pemilihan baru ni. org yg x boleh menerima kenyataan.

kami sokong TGNA dan HUSAM dan mahfuz dan m sabu dan semua yang komited dengan PR

Orang pas berkepala Umno saja yang mahu UG, pi lah buat ug ngan umno tuh! mudah-mudahan dapat jawatan PM, TPM....kan sedap bunyinya.

Tanpa Nama berkata...

nak tahu sapa yg kalah? stopa ali, tuan ibrahim, nasruddin hassan dan ramai lagi di trganu.. kalah masa bila masa pru..
dan mereka paling bising sokong Ug.. nak cari tempat dalam gomen perpaduan