19 Jun 2009

PAS UMNO : Kalau Muhyiddin Ikhlas, Mohon Sultan Adakan Pilihanraya Di Perak

Bernama melaporkan Umno mahukan perbincangan dengan PAS mengenai kerajaan perpaduan disegerakan dan meminta pemimpin Pas melupakan persengketaan lama bagi kepentingan perpaduan umat Islam di negara ini.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin yang juga Timbalan Presiden Umno berkata beliau berharap perbincangan itu berjaya diadakan kerana jika perkara itu dibiarkan berlarutan akan timbul perpecahan dalam kalangan umat Islam.

"Kita tidak akan tetapkan apa-apa syarat dan kita terima apa saja syarat yang ditetapkan oleh Pas. Bagi saya kita perlu bersikap terbuka," katanya kepada pemberita pada majlis Perjumpaan Khas Dengan Warga Pendidik di Sekolah Kebangsaan Sungai Sok di sini hari ini. Muhyiddin adalah juga Menteri Pelajaran.

Demikianlah halnya Muhyiddin memasang perangkap besar untuk PAS supaya termakan umpan itu yang mana katanya "kita terima apa saja syarat yang ditetapkan oleh Pas" akan menyebabkan PAS meliur air lelehnya untuk tidak dapat tidak menyatakan persetujuannya nanti sekalipun ia hanya kata-kata manis bagi mempastikan berlaku satu pertemuan yang nantinya akan memberi kemenangan moral kepada UMNO BN sendiri.

Beliau meminta Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya melupakan sengketa yang pernah berlaku antara PAS dan Umno pada era 70an dahulu sewaktu kedua-dua parti bekerjasama membentuk kerajaan negeri Kelantan tetapi Pas kemudian keluar kerana masalah dalaman.

"Itu zaman lampau. Sebagai umat Islam kita digalak bermaaf-maafan," katanya.

Muhyiddin berkata pemimpin PAS yang tidak bersetuju harus melihat sengketa lama itu berlaku di bawah kepimpinan yang lama dan kini kepimpinan PAS telah diterajui oleh pemimpin baru yang mempunyai hala tuju dan matlamat baru.

Begitulah ajakan Muhyiddin meminta kita melupakan semua kezaliman yang dilakukan UMNO selama ini malah sehingga kini UMNO terus melakukan kezalimannya terhadap PAS dan Pakatan rakyat.

JIKA GB PEMIMPIN TERTINGGI PAS ATAU PR,INI YANG GB NYATAKAN KEPADA PELAWAAN TPM ITU:

Perak adalah contoh terbaik dan jika Muhyiddin dan UMNO/BN jujur dan ikhlas, kembalikan Perak kepada Pakatan Rakyat atau bersegeralah PM dan TPM pergi menghadap Sultan Perak untuk merafak sembahkan pembubaran DUN dan diadakan pilihanraya semula!

Seterusnyanya, hal lain boleh dibincang kemudian.

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tang ni, kawe sokong, kalu geng wak sembab sebok nak kecek cito perpaduan, usulkan sahaja kat Sultan Azlan agar adakan pilihanraya semula, sekurang-kurangnya dikws katak lompat.

sb dehlawi berkata...

Muyiddin kata bn tak kenakan apa syarat dan sedia terima syarat pas asalkan kerajaan perpaduan dilaksanakan.

manis bunyinya.
adakah BN sanggup

bubar dun perak

siasat segera laporan rasuah tangkap mana terbabit

hadap ke mahkamah mereka bersalah membunuh penduduk memali

hapuskan JPP dikelantan

benarkan pimpinan PR masuk ke sarawak

hapuskan isa

akta Auku

Tanpa Nama berkata...

teman pon sokong bebeno yeop tapi boleh pecaye ke deme tu

FikirBulat2 berkata...

api perpecahan akibat berlainan pndpt dikalangan ahli PAS sudah semakin hilang...kenyataan tpm ini tidak ada tujuan lain melainkan utk menyimbah petrol bg menyemarakkan semula api perpecahan..isu UG ini jika dibiar berlarutan akan menjadi vaksin mujarab utk menyembuhkan umno yg ibarat sdh terkena angin ahmar..sekali lagi diingatkan 'UMNO/BN TIDAK PATUT DITOLONG!!SEPATUTNYA DIGANTI OLEH PR!!!

muslim berkata...

persoalannya bukan boleh percaya ker atau tidak. persoalannya, depa kata "demi perpaduan umat Islam". maknanya utk kepentingan umat Islam lah... jadi meke stujulah dgn Hadi.

--> Hadi, bukan daripada ko yg timbul isu kafir mengkafir???? umat Islam mana yg meke ni maksudkan? Kalau ko nak buat gak Hadi, ko suruh depa2 ni mengucap beramai2 dulu... ko ni Hadi kejap a kejap b.... dari dulu lagi ko camtu... cakap berapi2 tapi x buat pun... perintah tganu satu penggal jer...

Tanpa Nama berkata...

Hati2 jangan ulangi majlis tahkim kali ke 2.Majlis tahkim pertama dah berlaku muslihat antara Saidina ALi dan Muawiyah.
PAS JANGAN MASUK PERANGKAP UMNO!!!!!TOLONG!!!!

Tanpa Nama berkata...

jangan harap la...sebab puak - puak UBN ni memang teramat " IKHLAS "

aku sokong TGNA...!!!!

Tanpa Nama berkata...

terlalu ikhlas tapi bebal.
kdg-kdg kesian ler tgk golongan UG ni
ilmu tarak, tapi bising komain
sama mcm hadi and nasya
pandai berceramah
tetapi buat kerja pemalas dua-dua tuh
dan sama lah dengan semua penyokong UG mcm Ketua Pemuda yg ada.