4 Nov 2015

Nik Abduh & PAS Tuduh Parti AK Erdogan Tidak Ikut Al-Quran & As-Sunnah

Kemenangan AKP, kegembiraan untuk umat Islam

DPPM mengucapkan sekalung ucapan tahniah di atas kejayaan Parti AK (AKP) mempertahankan kemenangan di Turki sekali gus meneruskan penguasaan bagi penggal keempat berturut-turut.

Dalam pilihan raya ulangan yang baru sahaja berakhir kelmarin, AKP mencatatkan 49.3 peratus undi yang melayakkan mereka menghantar 313 perwakilan ke Parlimen.



Dengan itu, AKP layak membentuk kerajaan secara bersendirian (single-party rule) meskipun dalam masa yang sama ia tidak mencapai sasaran 330 perwakilan bagi membolehkan Perlembagaan dipinda seperti yang disasarkan sebelum ini.

Selain itu, parti-parti pesaing utama yang lain terutamanya CHP, MHP dan HDP, masing-masing berjaya memperoleh peratus undian lebih daripada 10 peratus seterusnya membolehkan mereka menghantar wakil ke Parlimen.

Kemenangan AKP disambut dengan rasa syukur melihatkan ketidaktentuan politik Turki sejak akhir-akhir ini. Ini ditunjukkan dengan keputusan pilihan raya umum pada 7 Jun yang menyaksikan kemerosotan yang agak ketara peratusan undi AKP. Ia suatu cabaran yang besar bagi AKP disebalik kemenangan besar yang dicapai berdasarkan rekod pilhanraya umum 2011 yang lalu.

Kelantangan pemimpin-pemimpin utama AKP di samping pengaruh besar yang dimiliki Presiden Turki, Reccep Tayyib Erdogan dalam mempertahankan umat Islam di Palestin merupakan sesuatu yang harus diberi perhatian.

Usaha Turki membela umat Islam di Palestin juga mendapat reaksi positif daripada Parlimen Palestin yang menganggap ia adalah ruang terbaik bagi memberi tekanan diplomasi ke atas Israel. Ini sekali gus meluaskan pengaruh Erdogan di kalangan negara-negara umat Islam.

DPPM sedar bahawa AKP bukanlah parti berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah.

Namun kita memperakukan kekuatan di dalam pentadbiran yang dilaksanakan AKP sehingga mereka layak diangkat sebagai sebuah kerajaan yang berintegriti dan demokratik untuk beberapa tahun akan datang. Ia sebenarnya menjadi petunjuk mudah bahawa Malaysia di bawah pentadbiran Umno BN masih jauh terkebelakang di dalam mempraktiskan sebuah amalan pentadbiran yang berjaya.

Justeru PAS di samping memuji kebijakan AKP, tetap mengingatkan tentang kewajiban ugama yang masih jauh daripada capaian politik umat Islam hari ini. Menegakkan syariat Allah adalah matlamat yang tiada galang gantinya di dalam mencapai kemenangan sebenar politik Islam hari ini dan pada bila-bila pun.

Walau bagaimanapun, tanggungjawab AKP juga besar. Mereka mesti bergerak kepada Islam setapak demi setapak. Ia memerlukan kebijaksanaan yang jitu bagi memujuk rakyatnya dan kewajipan untuk istiqamah dengan Islam pula adalah suatu komitmen yang begitu getir dan perlu diperhatikan.


Turki adalah sebuah negara yang penuh dengan sejarah peradaban umat Islam. Di situlah keadilan kerajaan Islam diangkat ke tempat yang paling tinggi dan mulia. Di situ jugalah kerajaan Islam jatuh rebah menyembah bumi.

Walau bagaimanapun, suatu hari bumi Uthmaniyyah ini pasti akan bangkit membawa slogan ‘al-Islam huwa al-hal’ dan itu juga slogan kebangkitan bagi seluruh umat Islam termasuklah di Malaysia. Semoga AKP tidak hanyut dengan nikmat memerintah negara yang penuh dengan sejarah kegemilangan Islam itu.

“Beristiqamah Sehingga Kemenangan”

NIK MOHAMAD ABDUH NIK ABDUL AZIZ
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia,
Ahli Parlimen Pasir Mas. - HARAKAHDAILY 4/11/2015

UCAPAN TAHNIAH AL-QARADAWI MENAFIKAN TUDUHAN JAHAT KE ATAS ERDOGAN DAN AK PARTI


Ucapan tahniah daripada Ketua Kesatuan Ulama Sedunia, Dr Yusof al-Qaradawi kepada AK Parti menafikan dakwaan liar yang disebarkan oleh pihak tertentu yang begitu naif mengenai dunia politik islam antarabangsa. Dr Yusof al-Qaradawi menjelaskan di laman web rasminya dengan mengatakan:

“Saya ingin mengucapkan Tahniah kepada AK Parti dengan kemenangan yang besar ini, yang dapat memberikan sinar-sinar perjalanan, memperteguh keazaman, menajamkan perancangan masa depan dan memperbaharui harapan”

Beliau juga meluahkan perasaannya melalui twitternya dengan mengatakan :

“Kami berbangga dengan prestasi perkhidmatan yang dilakukan oleh Presiden Erdogan dan Perdana Menterinya Daud Ogvlu yang membawa dasar-dasar kebaikan, penegak penghakiman yang adil dan berjaya membawa pendekatan politik budiman bagi Negara Turki dan umat Islam”.

Kenyataan penuh beliau boleh didapati di link berikut

Sementara itu, Setiausaha Agong Kesatuan Ulamak Sedunia, Dr Ali al-Qurra Daghi mengucapkan tahniah kepada Rakyat Turki yang melakukan peningkatan keluar mengundi sehingga 87% dalam pilihanraya parlimen negara itu yang lalu. Ini menunjukkan bahawa Rakyat Turki sangat sedar akan hak bersuara bagi kelangsungan dan kestabilan Negara Turki yang lebih baik .

Kenyataan penuh beliau boleh didapati di link berikut

Saya kira kenyataan daripada 2 tokoh besar ini, menafikan dakwaan liar terhadap Erdogan. Oleh itu, kita boleh menilai bahawa seseorang itu adalah pemilik minda pemfitnah apabila suka melemparkan tuduhan jahat tanpa memberikan sebarang rujukan rasmi. Rujukan dan riwayat mereka guna ialah “daripada group sebelah”, ” copy paste daripada group satu lagi” dan sebagainya.

Namun zaman fitnah sudah berada di penghujungnya. Kebenaran akan teserlah jua bila tiba masanya.

“Only time will tell us the truth”


Status Yusof al-Qaradhawi dalam twitternya

Twitter Turk Press Retweet Status DR Yusof al-Qaradawi

Twitter Akhbar a-Ra’y al’A’m juga retweet kata-kata al-Qaradawi : “Kejayaan AK Parti Memperbaharui Harapan”

Ust Zul hilmei Mohamad Rohani
Ketua Asatizah AMANAH Johor
-zulhilmei.com


ULASAN GB

Kenyataan Nik Abduh menjelaskan beliau menganggap AKP Erdogan sebagai sebuah parti sekular. Di sebelah atasnya memuji Erdogan dan AKP kerana kemenangan besarnya di Turki. Di baahagian bawahnya sempat pula dia menyatakan "DPPM sedar bahawa AKP bukanlah parti berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah."

Kemudian dia menyatakan lagi: Justeru PAS di samping memuji kebijakan AKP, tetap mengingatkan tentang kewajiban ugama yang masih jauh daripada capaian politik umat Islam hari ini. Menegakkan syariat Allah adalah matlamat yang tiada galang gantinya di dalam mencapai kemenangan sebenar politik Islam hari ini dan pada bila-bila pun.

Walau bagaimanapun, tanggungjawab AKP juga besar. Mereka mesti bergerak kepada Islam setapak demi setapak. Ia memerlukan kebijaksanaan yang jitu bagi memujuk rakyatnya dan kewajipan untuk istiqamah dengan Islam pula adalah suatu komitmen yang begitu getir dan perlu diperhatikan.


Dari kenyataannya kita dapat membaca maksud tersiratnya, kononnya Parti AK tidak seperti PAS. PAS lebih Islam, PAS lebih istiqamah, dalam ertikata lain PAS lebih betul daripada AK Parti. Sheikh Qaradhawi dalam kenyataannya pun tak tulis mmacam kenyataan Nik Abduh itu, tak sebut pun AKP itu tak Islamik.

Samalah seperti kumpulan AMANAH, dituduh oleh golongan PAS sebagai kumpulan Erdogan dan mereka berjaya menyisihkan kumpulan Erdogan ini di dalam muktamar PAS yang lalu. Malah Presiden PAS telah menghalau mereka keluar dari PAS. Sehinggalah kumpulan Erdogan ini membentuk sebuah parti baharu bernama Parti Amanah Negara (AMANAH). Presiden PAS tak puasti lagi, terus menuduh pula pemimpin yang keluar PAS itu sebagai pengkhianat dan wajar dihapuskan. Dia yang halau dia juga yang menuduh mereka pengkhianat!

Sementara itu pula di kalangan para penyokong PAS terbelah dua. Ada yang mengutuk AKP sama seperti kenyataan Nik Abduh diatas yang menyatakan AKP itu tidak Islamik. Sementara sebahagian lagi bersorak gembira dengan kemenangan AKP. Bila ditanya mengapa mereka gembira, mereka menyatakan AKP juga sebuah parti Islam! Cuba lihat kepada sisipan berikut:


25 ulasan:

Timnajib Jomfikir berkata...

Mana-mana lepas ni, kalau ada iras-iras pentadbiran serupa parti Amanah puak-puak PAS akan meroyan dan terus meroyan..
Pasal apa, pasal..depa ingat, depa sahaja yang Islam orang lain kafir.walaupun, depa tak pandai urus tadbir dan kerja harta benda duniawi.

Abdul Said berkata...

Betullah tu. AKP bukan parti Islam ia parti sekular. PAS sahaja parti yang membawa mesej Islam. Maka sebab itu mereka boleh menghalau mereka yang tidak sehaluan, memburuk-burukkan orang yang di sealiran, menafikan jasa dan pengorbanan orang lain terhadap Islam dan memfitnah orang yang tidak digemari. Apabila mereka yang dianggap seteru telah keluar dan dihalau maka senanglah harta dan pangkat dunia dibolot semahunya. Inilah perjuangan parti PAS yang kononnya membawa mesej Islam. Suka ke atau tidak AKP telah mula berjasa kepada rakyat Turki dan juga kepada umat Islam yang lain termasuk di Malaysia!!. Sementara itu kita sebagai umat Islam di Malaysia perlulah berbangga dengan kejayaan parti Islam di Malaysia yang berhutang kepada guru-guru dibawah pentadbirannya, yang gagal memberi 'bumbung' kepada mangsa banjir dan yang penting sekali yang berjaya mengondolkan hutan di Kelantan demi untuk melayan nafsu serakah semasa hidup!!

nick berkata...

Yes, right on the head, Abdul Said, hanya PAS ajelah parti islang yang terbaik di dunia walaupun dapat pegang Kedah dan terengganu hanya sepenggal sebab pemimpinnya semua tak reti buat keja saamapai rakyat naik meluat. Hanya PAS lah yang mampu membangun dan menjayakan islang walaupun diberi amanah untuk memasukkan duit potongan gaji kakitangan mereka pong tak mampu nak buat sebaliknya mereka rembat buat belanja (mungkin untuk lawatan sambil bersiar2 dan naikkan elaun adun dan MB serta timbalan).

AKP takde sibuk berjubah2dan berserban pastu kehulu kehilir dengan mengkafirkan sesama umat tetapi mereka berjaya memajukan serta menaikkan nama islam dimata dunia dengan bersederhana dalam semua hal dan agama. Kat Mesia ni, PAS hanya mampu menjuarai lapangan lawak bodoh yang dahulunya dikuasai penuh oleh MP2 UMNO. PAS dengan MP2 mereka yang jahil demokrasi dan politik hanya duduk diam makan elaun buta serta buat lawak bodoh dengan bertanyakan soalan2 taraf budak tadika dan yang lebih teruk lagi, tanya benda yang 'out of topic". Lain yang dibahas lain yang ditanya sampai tuan speaker bagi arahan supaya soalan tu jangan dijawab sebab sipetanya tu bodoh, bagi jawapan pun bukannya dia faham!

Dan inilah dia golomgan2 yang merasa mereka itu lebih bagus dan lebih suci dari AKP. Kerana apa? Kerana mereka taat membuta tuli kepada tuang presideng yang mereka dewakan sebagai manusia istimewa dan terpilih. Tuang presideng yang dok selalu ponteng sidang, selalu mencaci ahli sendiri serta sentiasa tidak tetap pendirian dan tunggang tebalik fatwanya. Sehingga kini masih ramai lagi yang tak faham bagaimana PAS masih duduk di bahagian pembangkang sedangkan Tuang Presideng mahu bekerjasama dengan UMNO dan Najib. Ramai lagi masih tertanya2 tentang akhiran "amanatnya" serta pendiriannya tentang duit donation najib yang menurut pemahaman Hj Hadi perlu menyediakan 2 saksi untuk menuduh Najib terima duit haram! Sampai sekarang No action and also talking crap!

Antara PAS dengan AKP? PAS tu ibarat parti "tupperware" aje, bila nak lakukan produk barule giat buat program. Bila duit dah masuk sikit, diam aje le sampai duit dalam poket kering! Nak dibandingkan AKP dengan mana2 parti politik kat mesia ni, belum ada yang layak tapi ada yang berpotensi. PAS langsung takdak potensi kalau Presidengnya masih Hadi, Murshidul amnya masih harun Din dan pengarah penyelidikan politik nya masih Dr watermelon iaitu Zuhdi.

Nick.
Cape Tiger.

Tanpa Nama berkata...

Nik abduh dia rasa mcm dah otai brpolitik,keh..keh..keh..

Tanpa Nama berkata...


Erdogan pernah bagi 'penampar' pada PM Israel dengan meninggalkan forum.

Najib PM yang di sokong dan di puja oleh PAS pula bersalam tangan dengan PM Israel.

Kejadian tersebut menunjukkan siapa kah Islam nya telah jauh bertapak-tapak ? PAS senyap apabila Najib bersalaman dengan PM Israel.

Adakah kerana ada penyokong wanita yang hanya tidakmemakai tudung dikatakan AKP tidak mengikut Al-Quran dan As-Sunnah ??




Tanpa Nama berkata...

naikkan elaun adun semasa rakyat ditindih keperitan hidup. tu duk ikut quran dan sunnah juga ka?

Tanpa Nama berkata...





MURTAD itu...Tunggang TERBALIK
Tunggang TERBALIK itu...U-Turn & BELIT
Boros TABIAT...Syaitan yg JELEK
Musnah DERITA...Ummat Ter SEPIT


Berfikir Menjadi....Insan SEMPURNA
Mencari PUNCA....Makna & ERTI
Mencari NILAI....Ter Tinggi Ter MULIA
Ke Puncak DAMAI....Kaseh-ILAHI


Firman"NYA Menyuruh...Kita Mem BACA
Baca & BACA lah...Erti dan MAKNA
Baca & BACA lah...Cari lah PUNCA nya
Dengan Mem BACA...Ter Buka lah "RAHSIA"?




Mem BACA itu...Mengkaji Me NYIASAT
Me NYIASAT "Rahsia"...Ke Lubuk HATI
PUNCA Manusia...Syirik dan MURTAD
Ber JUTA "Harta"...Di "Curi" SEMBUNYI?

PUNCA Menjadi...Syirik & MURTAD
Di Umpan Ber JUTA...Di CURI di Songglap
Ter "Jerat" UMPAN...Si Tolol Di "IKAT?"
Maka Ter SERLAH lah...Bodoh & BENGAP!?






Bayang kan lah "ANDA"...Kalau Di CURI?
Betapa 'Remuk' nya...Didalam HATI??
Seksa nya di CURI...Tiap-tiap HARI??? ..tol GST dll?
Si "Imam" Ber JUBAH..."Geng" Ber KONGSI????

"Geng" Ber KONGSI...Men Zalimi RAKYAT
"Geng" Men CURI...Be Sorban Me NYONGLAP
FITNAH Merapu....PilKUDA dan Liwat
"Geng" Pe NYAMUN...Mesra Ber DAKAP





Wahai Sahabat....AMANAH Budiman
Baca & BACA lah....Dengan Men DALAM
"Makna-dan-ERTI"....Kalimah-Nya TUHAN
Mem BACA Meng KAJI...Rahsia nya ALAM
Menyiasat 'TABIAT'....Perangai nya SYAITAN
Syirik dan MURTAD....Yg Hanyut KARAM
"HARTA" lah Umpan Mnjd kan..."Kuasa" Ke GILAAN!!
AMANAH yg SUC pon...Lenyap TENGGELAM
Di Telan "JEREBU"....Bejat nya KEZALIMAN..







Tanpa Nama berkata...





MURTAD itu...Tunggang TERBALIK
Tunggang TERBALIK itu...U-Turn & BELIT
Boros TABIAT...Syaitan yg JELEK
Musnah DERITA...Ummat Ter SEPIT


Berfikir Menjadi....Insan SEMPURNA
Mencari PUNCA....Makna & ERTI
Mencari NILAI....Ter Tinggi Ter MULIA
Ke Puncak DAMAI....Kaseh-ILAHI


Firman"NYA Menyuruh...Kita Mem BACA
Baca & BACA lah...Erti dan MAKNA
Baca & BACA lah...Cari lah PUNCA nya
Dengan Mem BACA...Ter Buka lah "RAHSIA"?




Mem BACA itu...Mengkaji Me NYIASAT
Me NYIASAT "Rahsia"...Ke Lubuk HATI
PUNCA Manusia...Syirik dan MURTAD
Ber JUTA "Harta"...Di "Curi" SEMBUNYI?

PUNCA Menjadi...Syirik & MURTAD
Di Umpan Ber JUTA...Di CURI di Songglap
Ter "Jerat" UMPAN...Si Tolol Di "IKAT?"
Maka Ter SERLAH lah...Bodoh & BENGAP!?






Bayang kan lah "ANDA"...Kalau Di CURI?
Betapa 'Remuk' nya...Didalam HATI??
Seksa nya di CURI...Tiap-tiap HARI??? ..tol GST dll?
Si "Imam" Ber JUBAH..."Geng" Ber KONGSI????

"Geng" Ber KONGSI...Men Zalimi RAKYAT
"Geng" Men CURI...Be Sorban Me NYONGLAP
FITNAH Merapu....PilKUDA dan Liwat
"Geng" Pe NYAMUN...Mesra Ber DAKAP





Wahai Sahabat....AMANAH Budiman
Baca & BACA lah....Dengan Men DALAM
"Makna-dan-ERTI"....Kalimah-Nya TUHAN
Mem BACA Meng KAJI...Rahsia nya ALAM
Menyiasat 'TABIAT'....Perangai nya SYAITAN
Syirik dan MURTAD....Yg Hanyut KARAM
"HARTA" lah Umpan Mnjd kan..."Kuasa" Ke GILAAN!!
AMANAH yg SUC pon...Lenyap TENGGELAM
Di Telan "JEREBU"....Bejat nya KEZALIMAN..







lelaki dicermin berkata...

Dulu mula nik abduh ni... jadi calun mp .. aku yakin akan menang.. sbb walau pun dia menang sbb ada aura TGNA..bg aku tak mengapalah.. sbb ayah dia ternama mesti dia hendak sama atau melebihi aura ayah dia.. dap ada tony phùa.. pkr ada rafizi.. aku membayang pas ada nik abduh... punya lah kecewa dan angin aku.. bila dlm perlimen asyik panaskan telur je...rupanya gagah bukan buat keje.. gagahnya hanya di fb sahaja...lepas tu ucapannya asyik berkias nak bersaudara dgn umno.. masa ayahnya ada kat bibir nak sebut umno pun tak lepas... ayahnya takde umno tu dah mcm zikir dah...kenapa lah nik abduh ni...

Benbrahem berkata...

Naam ya sheikh! Ente cakap banyak betullah.

Benbrahem berkata...

Naam ya sheikh! Ente cakap banyak betullah.

mat yeh berkata...

kah kah kah
nasiblah aku!
wakil rakyat yang aku undi ini telah memalukan aku. Sudahlah beliau tidak bersekolah, sering pula buat kenyataan yang melawan arus dan beri peluru kepada musuh. Nasib baiklah UMNO dah nak bekerjasama dengan parti aku, kalau tidak si Abduh inilah lubuk dan sering beri peluru untuk UMNO supaya tembak PAS.
Semua parti Islam di dunia menghormati Edorgan dan partinya, bahkan Ikhwan Muslimin Mesir pun mengkaguminya. Parti Nahdah di Tunisia, Parti Islah di Yamam, Parti Pembangunan di Maghribi telah menjadikan Edorgan dan AK parti sebagai idola dan model parti politik Islam moden.
Satu-satu parti yang mengaku parti islam yang memperleceh dan menjadikan Edorgan musuh mereka, iaitu Parti an-Nour Salafi Mesir.
Parti Salafi ini cuba berbaik-baik dengan as-Sisi yang merampas kuasa dari Ikhwan Mesir. Sehari setapak dan setahun 365 tapak jauh parti ini dari ciri-ciri parti Islam.
Akhirnya, rakyat Mesir dan umat Islam muak dan menolak parti Salafi ini dalam pilihanraya lepas.Walaupun mereka mengetahui bahawa parti ini dipimpin oleh ulamak, berjanggut dan berjubah.

Tanpa Nama berkata...

tak habis2 nak mengutuk dan merendahkan org lain!

tp sokong penerima DERMA RM2.6 biulyooon!!!

Tanpa Nama berkata...

Kalau di mesir mereka sokong as sisi. Kalau di sini mereka sokong najib. Apa punya bodoh piang puak2 ni dalam ilmu politik sampai macam tu sekali. Tak ada ke pakar2 ilmu politik morden nak ajar atau bagi kuliah mengasah minda bertubi2 sekurang2nya 10 jam pada mereka yang bengap ini?

Ajarkan apa dia ilmu kawal minda. Ilmu tipu daya penjajah. Ilmu melawan propaganda media. Ilmu bercakap tentang isu semasa. Ilmu berbahas hujah musuh. Ilmu bercakap dengan orang bodoh tapi tunjuk pandai. Ilmu bercakap dengan orang cerdik tapi jahat. Ilmu bila masa tutup mulut. Ilmu bila masa bercakap. Ilmu mengenal siapa mereng. Ilmu siapa perlu dilayan. Ilmu siapa perlu diabaikan.

Yang paling penting kena belajar 20 jam ilmu ekonomi dan tipu dayanya. Duit itu dari mana nak ke mana akhirnya masuk poket sapa. Eheh. Kena tahu tu pak lebai. Nak memerintah kena tahu dan hapal cukup2 nilai juta dan laksanya. Jangan main minta naik gaji je. Dengarlah dengan tekun apa yang diceramahkan oleh pakar itu walau dia tak pakai ketayap.

Dan yang paling dituntut sekali adalah sebaik2nya selawatlah 3 kali bagi tiap2 hal yang nak dicakapkan. Selawat minta petunjuk Allah Taala supaya jangan bercakap main lepas saja. Supaya jangan bercakap dengan hawa nafsu. Takut salah dan menyesatkan pulak manusia. Padahal orang dok kata kita ni belajar agama. Kenal tuhan.

Sekian celoteh saya. Tak minta sekupang pun. Apa lagi sampai nak cium tangan dan jamu nasik briani.

Tanpa Nama berkata...

Nik Abedooohh..panas telo je kat parlimen bagi soalan merapu tahap tadika kemas..sape la yang undi dia ni...

Tanpa Nama berkata...

Erdogan seorang tokoh..namun seperti TG Hadi...terjerut sentimen kebencian & sekretarian..Turkey menuju sama ada lebih baik atau semakin buruk..

Tanpa Nama berkata...

Abduh pandai hujah dlm FB saja.

Tanpa Nama berkata...

dalam dunia ni selain pas srmua tk ikut quran hadis

hnya pas sj ikut qoran(bahasa indon) dan hadi

siapa ada kad ahli pas blh tunjuk diakhirat dpt masuk syurga.. dosa curi balak srmua terampun.

sapa yg takat buat kebajikan dn berbuat baik sesama manusia tp tk perjuang hudud dn bukan ahli pas maka nerakalah tempatnya

apa akidah kamu?
paaasss

siapa imam kamu?
hj hadiiiiii

siapa saudara kamu?
umnuu dn perkasaaaa

apa kiblat kamu?
najiiibbb

apa kitab kamu?
harakaaahh

maka selamatlah masuk syurga jika jawapan betul semuanya begitu

Tanpa Nama berkata...

AKP mana setanding dgn PAS! Dlm pas semua ada: siku lutut, penasihat,;kera melompat, anjing salak babi, barua. AKP ada apa selain ceramah dan kuliah?
Hehehe....orang lain semua salah. Yg betul dan benar ialah PAS PIS PUS!!!

Tanpa Nama berkata...

jgn samakn hadi dn erdogan

jauh panggang dr api.

erdogan tidak mencuri... hadi sokong pencuri 2.6b

hadi presiden parti curi balak

wan amero berkata...

Nik abodoh ni kalu bukan anak arwah tokguru jadi mudir sekolah arab jah level dia...tapi baso jenis perasan sampai tok sedar dia tu%#@%#%@%@#_##%#%#%@%@%@%#%#%#%#%@€%÷£%#*_#,^#/&-^*-_=-

Hidup Najib! berkata...

Parti AKP ni tak pkai siku dan lutut kot

Tanpa Nama berkata...

Komen terbaekkkk

Tanpa Nama berkata...

Pas??? Pas not even a PARTI POLITIC!

Tanpa Nama berkata...

SEBELUM MENGUTUK ORG SILA CERMIN DIRI U DULU. ATAU NAK RAKYAT BELIKAN CERMIN KASIH U UTK LIHAT WAJAH DAN PERANGAI U MAKIN LAMA MAKIN HODOH. WE KNW U ARE ULAMA NIK ABDUH BUT REMEMBER HIDUP DI DUNIA ADA TANGUNGJAWAB YG PERLU U SELESAIKAN. WE SHARE RUKUN ISLAM YG SAMA PLZ REMEMBER 2 OUT 5 ADALAH RUKUN ISLAM ADALAH MELIBATKAN TANGUNGJAWAB KITA DI DUNIA IAITU MENUNAIKAN ZAKAT DAN MENGERJAKAN HAJI DI KOTA MAKKAH. JGN INGAT GAJI RM8000 U DPT MRMUDAHKAN U MELAKSANAKAN 2 PERKARA DIATAS, I TAKUT NANTI U PERGI KE ALAM KUBUR DGN DUA PERKARA NI U BELUM LAKSANAKAN KRN TERLAMAPAU FOKUS ON ILMU AKHIRAT BUT DPT DOSA KRN ABAIKAN TANGUNGJAWAB DI DUNIA NI. WALLAHUALAM.