19 Jun 2009

Najib Jangan Derhaka Kepada Sultan Johor - PAS JB

SSekali lagi isu cadangan pembinaan jambatan ketiga antara Johor dengan Singapura diperkatakan dan kali ini melibatkan titah dari Tuanku Sultan Johor, Sultan Iskandar yang disampaikan oleh Tunku Mahkota Johor, Tunku Ibrahim Ismail dalam perasmian sidang Dewan Undangan Negeri Johor semalam.

Sultan Johor menitahkan bahawa Tuanku tidak setuju dengan cadangan pembinaan jambatan ketiga.

Terdahulu sebelum ini Perdana Menteri Malaysia dan Singapura Dato Seri Najib Tun Razak dan En Lee Hsien Loong saling bertukar pendapat dan cadangan tentang jambatan ketiga tersebut dalam lawatan kerja PM Malaysia ke Singapura sebulan yang lalu.

Ianya diperkuatkan lagi dengan kunjungan Menteri Mentor Singapura En Lee Kuan Yew di Putrajaya seminggu yang lalu bilamana beliau juga turut melahirkan hasrat dan minat beliau tentang cadangan pembinaan jambatan tersebut.

Dato Seri Najib dikhabarkan sebelum ini belum mengadap Sultan Johor dan memaklumkan apa-apa kepada Sultan memandangkan kata Dato Seri Najib ianya masih dalam peringkat cadangan sedangkan beliau sendiri sudahpun meminta Tan Sri Mohd Nor Yackop untuk melakukan kajian dan kerjasama dengan rakan sejawat beliau dari Singapura.

Apakah punca yang menyebabkan Sultan Johor tidak setuju dengan cadangan tersebut tidak diketahui kerana Tuanku Sultan Johor semalam menitahkan anaknya Tunku Mahkota Johor, Tunku Ibrahim untuk mewakili Tuanku Sultan untuk merasmikan Sidang Dun yang turut dihadiri oleh Raja Muda Johor Tunku Ismail Ibrahim.

Sidang Dewan Undangan Negeri Johor ke-12 semalam dirasmikan di Kota Iskandar yang menjadi pusat pentadbiran baru kerajaan negeri, menggantikan Bangunan Sultan Ibrahim di Bukit Timbalan, Johor Bahru.

Sudah masanya kerajaan bersifat rasional dalam bantahan-bantahan ini memandangkan manfaat besar tidak ada dalam pembinaan projek ini. Kalau dikatakan ianya boleh menjadi pemangkin kepada pertumbuhan Pengerang, Bandar Penawar dan Desaru ianya adalah bersifat sementara.

Ahli parlimen Johor Bahru Datuk Shahrir Abdul Samad sebelum ini juga menyifatkan langkah pembinaan jambatan ketiga antara Malaysia dan Singapura di Timur Johor sebagai tidak wajar.

Kita sudah ada Tambak Johor yang sesak saban hari biarpun Johor mempunyai Kompleks Imigresen & Kastam Iskandar yang indah dan mengambil kira juga jambatan Lingkaran Kedua di Gelang Patah yang tidak dimaksimumkan penggunaannya oleh rakyat yang majoritinya sanggup bersesak di Tambak Johor semata-mata untuk memendekkan. perjalanan dan mengambil kira kos murah masuk dan tol yang kalau dibandingkan dengan Link Kedua yang cukup membebankan rakyat. - pasjohorbahru



3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

aku sebagai anak jati johor mmg SETUJU sgt dgn tuanku sultan... walaupun tuanku sultan dah sakit tua tapi dia masih boleh berfikir rasional... dah ada pej kastam besauuuu gila kat bandar jb tapi jambatan masih zaman perang lagik!!!

Air tambak johor pulak dah mcm longkang sbb tak bole mengalir....

aku ingatkan bila najib jadi PM akan disambung kerja jambatan bengkok tuh TAPI MALANGNYA NAJIB PUN MCM PAK LAH GAK !!! PM MALAYSIA YANG TAK BOLEH PAKAI!!!

harap2 PM kita akan menggunakan semula akal masa berfikir. Kecuali la kalo dia takut ada rahsia akan terbongkar kalo tak ikut cakap singaporahhhhh tuh

maklum la kan lky dah pergi umah dia makan satay dgn rosmah... faham2 aje la kan

Derih Natang berkata...

ko najis jangan kurang hajar dengan sultan johor!! kena dengan aku kang!!

Tanpa Nama berkata...

Ambik kau Dato' Sri Najib, Sultan Johor ni walaupun agak mafia tapi bila bab-bab mempertahankan kedaulatan tanah air khasnya Johor memang dia betul-betul serius.Kalau dia tak nak, jangan mimpi la pujuk Tuanku Sultan.
Daulat Tuanku, patik mohon tuanku ajar pemimpin-pemimpin BN Yang angkuh lagi degil.