19 Jun 2009

PAS UMNO : UG - Muhyiddin Minta Disegerakan, Mahathir dan MCA Bantah

Jika gagasan Kerajaan Perpaduan lontaran Presiden PAS dilhat sebagai pemecah-belah keapda jemaah PAS, kini idea itu juga telah mendapat riaksi yang berbelah-bagi di kalangan anggota UMNO dan Barisan Nasional.

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Abd Rzak menganggap PAS ikhlas dengan gagasan Kerajaan Perpaduan yang ditimbulkan, manaka Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin mahu perbincangan dengan Pas mengenai kerajaan perpaduan disegerakan dan meminta pemimpin Pas melupakan persengketaan lama bagi kepentingan perpaduan umat Islam di negara ini.

“Kita tidak akan tetapkan apa-apa syarat dan kita terima apa saja syarat yang ditetapkan oleh Pas. Bagi saya kita perlu bersikap terbuka,” katanya kepada pemberita pada majlis Perjumpaan Khas Dengan Warga Pendidik di Sekolah Kebangsaan Sungai Sok di sini hari ini.

Tetapi mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir telah melahirkan rasa ketidak-persetujuannya terhadap idea Kerajaan Perpaduan ini kerana baginya Kerajaan Perpaduan dengan PAS akan hanya memburukkan hubungan Umno dengan lain-lain komponen Barisan Barisan.

Beliau berkata pihak kerajaan pula perlu menjelaskan apa objectif mereka dan samada mereka mampu meninggalkan "rakan-rakan” untuk membentuk sebuah kerajaan yang hanya dari kalangan kaum Melayu.

“Say tidak fikir negara ini inginkan kerajaan yang hanya 100 peratus Melayu.”

Beliau mendakwa kerajaan sentiasa mengambilkira kaum bukan-Melayu dan beliau memberi amaran akan wujud masalah jika kaum bukan-Melayu dipinggirkan.

“Saya tidak fikir ia satu idea yang baik”.

Sementara itu Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek pula menyatakan jika UMNO dan PAS boleh berbincang bersama maka tidak salah juga untuk MCA berbincang dengan DAP untuk kepentingan negara.

Justeru itu pemerhati politik berpendapat idea Kerajaan Perpaduan yang dilontarkan oleh Presiden PAS tidak mungkin dapat diterima pakai di dalam konteks senario politik kontemporari. Ia akan hanya mempertajamkan hubungan kaum dan menebalkan semangat rasisma di kalangan rakyat.



4 ulasan:

AKU berkata...

Ujian besar bagi Pimpinan PAS dalam persediaan untuk memerintah negara ini.

Kemelut ini walaupun idea asal adalah dari TGHA tetapi sedang dimainkan begitu rupa oleh UMNO semata-mata untuk memecahkan perpaduan PR.

Sekarang ini dilihat UMNO begitu beriya-iya untuk Perpaduan ini. Perlu kita tanya Apakah PERPADUAN itu bererti bersatu Melayu itu sahaja?

Apakah demi Islam yang sangat-sangat dimahukan oleh UMNO itu? atau Islam hendak digunakan oleh UMNO demi untuk mempertahankan kuasa mereka yang kian terhapus?

Tanpa Nama berkata...

Diharapkan pemimpin2 PAS lupakan saja soal kerajaan perpaduan.Perpaduan UMNO ini hanyalah utk pertahankan kuasa mereka ys semakin hari semakin nazad. Percayalah UMNO tak iklas.Jangan sampai PAS ditipu lagi. Biarlah PAS bersama2 dalam PR.Janganlah mengkianati sahabat2 kita PKR dan DAP.Janganlah kita dengar cakap2 blogger upahan UMNO terutamanya MSO,yg selalu menfitnahkan pemimpin2 PR dlm blognya.

MSOLB berkata...

MSO sebenarnya tidak hebat menulis politik kerana artikel berat sebelah.

Tanpa Nama berkata...

pas berfikiran jumud!!!!