22 Jun 2009

PAS UMNO : Ust Nasya ... Terlajak Perahu Boleh Diundur...

Tahniah UMNO kerana berjaya memerangkap pimpinan PAS dalam isu Kerajaan Perpaduan. Walaupun PAS telah mengumumkan akan terus memegang janji setianya bersama PR, UMNO tetap berjaya. UMNO berjaya menyelamatkan pengundinya daripada menyeberang ke PR pada PRU 13 nanti.

Pada waktu yang sama juga PAS terpaksa menambah kerja yang sia-sia memperjelaskan isu UG kepada pengundinya. Program-program PAS tidak banyak lagi yang berbentuk kebajikan dan amal. Program PAS telah menjadi konsert ceramah berkaitan UG sahaja. Buang masa.

UMNO sedar yang kekuatan dan keangkuhannya semakin terhakis. Pengundi Melayu telah berubah secara perlahan-lahan mengundi PR. Melayu yang tidak alimpun mengundi PAS. Bukan Islampun selesa mengundi PAS. UMNO juga sedar bahawa UMNO adalah parti tua untuk orang tua sahaja. UMNO mesti melakukan sesuatu. Berkawan dengan PKR tidak mungkin kerana selagi ada DSAI, selagi itulah UMNO akan diterajang oleh PKR. Berkawan dengan DAP hanya akan menjauhkan UMNO daripada pengundinya.

Oleh itu PASlah yang menjadi harapan UMNO untuk UMNO. Lagipun PAS berjiwa Islam, memaafkan adalah satu pahala.

Sebaik sahaja UMNO kalah di Selangor dan Perak dalam PRU 12, UMNO telah berjaya menerobos pintu PAS dalam gelap. UMNO hampir berjaya memujuk PAS, tetapi mujurlah ada jiwa Erdogan dalam PAS yang menentang keras.

Kerajaan Perpaduan 916 ala DSAI yang tidak melibatkan penyertaan organisasi UMNO telah tidak diberkenan oleh pimpinan PAS. DSAI akhirnya senyap kerana menghormati kehendak PAS. Lagipun PAS adalah parti lama yang banyak pengalamannya. DSAI mengalah tetapi tetap bersama memikirkan kaedah dan pendekatan lain untuk PR menang PRU 13. Dalam tempoh menunggu PRU 13, satu demi satu UMNO kalah dalam semua siri PRK di Semenanjung Malaysia. UMNO terdampar lesu di kerusinya Kuala Terengganu. Manek Urai pula menunggu.

Setelah berlangsungnya perjumpaan gelap PAS dengan UMNO dan setelah 916 gagal direalisasikan oleh DSAI, PR mengorak langkah gagah memperkemaskan strategi memantapkan parti masing-masing. Setiap program PR mestilah melibatkan pimpinan dan penyokong setiap parti. Kemesraan keluarga PR ini dilihat semakin mantap dan ini telah dibuktikan dalam siri-siri PRK yang lalu. Ini menakutkan UMNO. Ketakutan ini mungkin memungkinkan ada lagi perjumpaan gelap antara PAS dan UMNO.

Ribut tidak melanda dan laut belum bergelora. Tetiba pimpinan utama PAS menyentuh tentang UG dalam sidang akhbarnya. Apa lagi UMNOpun berkokok siang malam dengan penuh emosi merendah diri. Terlajak perahu boleh diundur tetapi terlajak kata terimalah padahnya. Tidak sayangkah pimpinan PAS pada kami yang beria-ia menyokong, mengempen dan mengundi PR dalam PRU yang lalu?

Nah, sekarang telah terbukti memang ada pimpinan tertinggi PAS yang ghairah dengan umpan UMNO. Hanya UMNO sahaja yang boleh mempercepatkan pengrealisasian perjuangan PAS. PAS berdilema, UMNO tersengeh. Pimpinan PAS seolah-olah tidak sedar bahawa UMNO hanya mempermainkan PAS untuk memastikan pengundinya tetap mengundi UMNO dalam PRU 13. UMNO tahu PKR dan DAP tidak boleh menang tanpa sokongan PAS. UMNOpun tahu yang UMNO tidak akan dapat meraih undi penyokong PR. Tetapi UMNO yakin beberapa kerat penyokong tegar dan petugas tegar PR akan bosan dengan pimpinan PAS. Akibatnya mereka tidak lagi menjadi petugas dan tidak keluar mengundi. Akhirnya undi PR akan merosot.

Jikalau PAS masih terus gagal memanafaatkan peluang untuk membolehkan PR menang dalam PRU 13, eloklah …. (tak sanggup teman nak nulihnye) -dango mamamat


5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Slm smua. Sya smpati dgn Ust Nasha. Harap beliau bersabar. Saya prcya smua org tahu, Ust ikhlas smasa menjawab prtanyaan wartawan itu. Cuma ada pihak yg mlihat bahawa Ust. seolah2 mewakili smua kpimpinan PAS, walhal tidak (krana Muktamar, Mjlis Syura dll) BLUM putuskan apa2. Percayalah, TGNApun sudah maklum SKARANG. Sya tidak fikir seorang 'bapa' (mentor politik dlm PAS) akan terus menerus marah kpd anak kesayangannya. Slpas outburst kendurlah kmarahannya. Evrything will back to normal insyaAllah, believe me ! However, it is good, very good if Ustz. lupakan saja, maafkan, dn dgn ht terbuka mnerima kritikan pedas DAN dtg lah sembang2 dgn TGNA. Say sorry too (sbgai org yg berbudi bahasa kpd org tua (pmimpin kita). Smuanya akn kembali normal, believe me. Cuba toleh ke blakang.. sudah puluhan tahun TGNA dan TGHH sayang dan sukakan Ustaz sbgai pmimpin muda pas yg berbakat. Can anybody refute this very fact? Both of them love you, sayang you Ustz. Itu fakta. Bukan tak suka. Tp itu bermakna bila anak TERsilap mreka tak tegur atau marah !

Tanpa Nama berkata...

dango mamamat,

Benarkah UMNO berjaya memerangkap pimpinan PAS dalam isu Kerajaan Perpaduan....? Sebenarnya UMNO belum berjaya tetapi beberapa kerat pemimpin PAS yang mempercepatkan kejayaan itu.

Kepentingan melayu dan islam telah dijadikan modal untuk merapatkan hubungan antara PAS dengan UMNO. Memang idea itu bagus demi melayu dan islam tetapi tidak bagus dalam politik antara PAS dan UMNO kerana mereka telah mengenali antara satu sama lain sejak Malaysia mendapat kemerdekaan.

Masing-masing sudah tahu jahat dan baik masing-masing. Apa yang dapat kita lihat kesan dari perhubungan antara kedua parti itu adalah hasad dengki dan dendam. Walau pun kedua nya cuba membaca puisi, sajak, pantun, firman dan hadis demi menghalalkan mereka kembali bersama namun sakit hati yang ditanggong oleh pihak tertentu membuatkan cadangan menubuhkan kerajaan perpaduan itu akan menjadi barah dalam daging.

Memang benar "bangsa melayu" dengan "orang melayu" memerlukan kerajaan perpaduan jika ingin bersatu dan kuat kerana "bangsa" dan "orang" ini memerlukan pemimpin yang mempunyai jati diri yang kuat demi meningkatkan semangat bangsa/orang melayu mempertahankan maruah diri dan berdaya tahan dalam menghadapi segala cabaran global.

Tetapi agama islam tidak memerlukan kerajaan perpaduan untuk melaksanakan peraturan dan undang-undangnya. Tetapi agama islam memerlukan orang yang sanggup jadi ulama berilmu agama yang meluas dan bersedia menjadi ikon kepada penganut dan pengikutnya agar mereka percaya dan berkeyakinan bahawa "Allah itu ujud".

Salah kah Hj. Hadi mengeluarkan cadangan berbaik dengan UMNO untuk menubuhkan "kerajaan perpaduan...?". Kalau ada pembaca blog ini mengatakan bahawa Hj. Hadi dan Nasharuddin memang bersalah kerana mengeluarkan cadangan serupa itu maka hukaman itu tidak adil kerana anda telah menyekat kebebasannya untuk memberi cadangan.

Majlis Syura Ulamak telah memberi mandat kepada pimpinan tertinggi PAS hanyalah untuk berbincang dengan mana-mana pihak untuk kepentingan ummah. Ini selaras dengan peranan PAS sebagai gerakan dakwah yang memang sentiasa digalakkan untuk menyeru semua pihak untuk mendekati dan memahami Islam.

Tetapi kesalahan Hj.Hadi dan timbalannya adalah membuat kenyataan dikhalayak ramai tentang perbincangan dengan UMNO mengenai penubuhan kerajaan perpaduan sedangkan cadangan itu belum lagi diputuskan oleh badan tertinggi PAS. Jika berani membuat kenyataan peribadi maka bersedialah menerima kritikan setiap hari.

Perlukan kita kepada kerajaan perpaduan, apakah kerajaan yang ada sekarang tidak bagus...?

Perlukah parti PAS mencari UMNO untuk menambahkan kekuatan dalam politiknya sedangkan DAP dan PKR bersedia berganding baru menghadapi apa saja cabaran yang diberikan oleh Barisan Nasional...?

Apakah pemimpin tertinggi PAS merasa cemburu, irihati dan dengki sekiranya Datok Seri Anuar Ibrahim menjadi perdana menteri...?

Untuk pengetahuan semua, kita memang berharap bahawa parti PAS dapat mentadbir Malaysia setelah mengambil alih kuasa dari UMNO-Barisan Nasional, oleh kerana itu kita berharap semua pemimpin PAS yang bergelar ulama.. hendaklah ulama berilmu agama islam yang meluas dan bukan ulama yang bernafsu kepada perut dan dibawah perutnya saja !!

Tanpa Nama berkata...

Dengan nama Alah yang maha pemurah an penyayang,saya telah membaca tulisan tuan tentang us Nasa, pertanyaan saya ialah adakah tuan telah membaca sepenuhnya ulasan us nasa berkaitan ug [boleh rujuk blog pemuda wilayah untuk melihat komen dan ulasan penuh us nasa]beliau tidak menyentuhpun berkaitan kerajaan perpaduan tetapi memandang positif persetujuan umno untuk menyelesaikan permasalahan ekonomi,rasuah an lain-lain. ingatlah pesan allah dalam surah al-munafiqun"apabila datang orang2 munafik menyampaikan berita hendaklah kamu menelitinya terlebih dahulu..." akbar2 seperti biasa memutarbelitkan kenyataan us nasa dan selama-lamanya media begitu. jika kita sesama jamaah terperangkap alam mainan ini alangkah malangnya kerana melibatkan beberapa persoalan berkaitan dosa2 besar:
-fitnah; menyampaikan berita yg tidak benar
-merosakkan amalan akibat fitnah yg dilakukan
-mengelirukan pendokong2 pas di peringkat bawahan

remy berkata...

teruk betul dua orang anonymous di atas itu menyokong UG.

mereka yg memfitnah dituduhnya orang lain. mereka yang mengelirukan pendokong2 pas peringkat bwhn dituduhnya org lain.

mereka menghalakan surah al-munafiqun kepada semua pembaca tetapi lupa mencerminkan diri sendiri.

yg jelas mereka berdua pejuang yg pengecut berselindung dengan "anonymous"!

sb dehlawi berkata...

Anonymous said...
Dengan nama Alah yang maha pemurah an penyayang,saya telah membaca tulisan tuan tentang us Nasa, pertanyaan saya ialah adakah tuan telah membaca sepenuhnya ulasan us nasa berkaitan ug [boleh rujuk blog pemuda wilayah untuk melihat komen dan ulasan penuh us nasa]beliau tidak menyentuhpun berkaitan kerajaan perpaduan tetapi memandang positif persetujuan umno untuk menyelesaikan permasalahan ekonomi,rasuah an lain-lain. ingatlah pesan allah dalam surah al-munafiqun"apabila datang orang2 munafik menyampaikan berita hendaklah kamu menelitinya terlebih dahulu..." akbar2 seperti biasa memutarbelitkan kenyataan us nasa dan selama-lamanya media begitu. jika kita sesama jamaah terperangkap alam mainan ini alangkah malangnya kerana melibatkan beberapa persoalan berkaitan dosa2 besar:
-fitnah; menyampaikan berita yg tidak benar
-merosakkan amalan akibat fitnah yg dilakukan
-mengelirukan pendokong2 pas di peringkat bawahan


SB dehlawi kata, politik ialah siasah dan dalam siasah itu adalah ilmu mentadbir, tidak kira tadbir apa rumah tangga, masyarakat, negeri atau negara, dalam konteks islam, siasah ialah memandu masyarakat ke arah yang diredaai Allah SWT, apabila disebut politik sudah tentu perlu ada strategi tertentu menjayakan agenda parti. oleh itu, setiap cadangan, sudah pasti ada baik buruknya. kita kena melihat sama ada baik kebaikan atau keburukan. dalam ulasan saudara yang membaca tulisan usta nasha. saudara melihat dari persektif positif sahaja. sepatutnya saudara kena campur dan tolak antara kebaikan dan keburukan. Hasil daripada keputusan itu yang perlu kita fikirkan. Pada saya Ug ini lebih banyak keburukan daripada kebaikan, saudara boleh baca dalam harakah keluaran minggu lepas