"Tindakan TG Nik Aziz tersebut adalah sikap yang mulia yang tidak bererti dia tersilap di dalam langkahnya yang lalu, tetapi demi menjaga ukhwah dan tida mahu isu tersebut diperpanjangkan lagi," tegas seorang pemimpin PAS.
TG Nik Abdul Aziz dan kepimpinan tertinggi parti itu telah bertemu di sini petang ini bagi menyelesaikan "kemelut" yang tercetus ekoran lontaran idea kerajaan perpaduan dengan Umno-BN.
Pertemuan bersifat "ukhuwah" itu berlangsung pada pukul 5 petang di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut.
"Ia perbincangan berbentuk ukhuwah atau persaudaran libatkan Tok Guru Nik Aziz dan beberapa pemimpin tertinggi parti," kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali ketika dihubungi.
Pertemuan Khas itu turut dihadiri oleh Nasharuddin, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din; Naib Presiden - Tuan Ibrahim Tuan Man, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar - Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, bekas naib presiden, Ahmad Awang, Ketua Dewan Pemuda, Nasruddin Hassan dan Ketua Muslimat Nurida Salleh.
Nik Abdul Aziz yang juga menteri besar Kelantan dalam satu kenyataan yang dibaca selepas satu perjumpaan khas hampir dua jam, mulai 5 petang tadi di pejabat agung PAS di ibunegara.
Berikut adalah kenyataan penuh Nik Aziz:
"Setelah berbincang dari awal hingga akhir dalam perjumpaan khas yang diadakan di pejabat agung (PAS) dalam semangat kekeluargaan bagi menangani permasalahan dalam beberapa isu politik semasa, yang dibesar-besarkan oleh media perdana, kami akhirnya bersetuju sebulat suara melupakan prihal salah tanggapan antara pimpinan atasan parti akibat daripada permainan politik parti Umno.
"Kami bersama-sama dalam satu saf yang padu, untuk terus bersama-sama memperjuangkan keazaman PAS bagi mendaulat Islam di persada tanahair.
"Kami juga bersetuju sebulat suara bahawa kerajaan perpaduan diberhentikan serta merta seperti yang telah diputuskan oleh Presiden PAS bersama Pakatan Rakyat dalam satu kenyataan bersama di bangunan Parlimen jam 2.30 tadi yang menolak sepenuhnya idea kerajaan perpaduan.
"Oleh yang demikian, selaras dengan itu, saya selaku Mursyidul Am PAS menarik balik segala kenyataan saya terhadap YB Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Timbalan Presiden PAS dan dengan itu, ianya tidak berbangkit lagi."
10 ulasan:
Itulah mulianya hati seorang ulama, tidak menaruh dendam. tegas dengan prinsip . sukar mencari orang seperti TGNA di dalam negara kita
Tindakan yang sebaik-baiknya untuk semua pihak, lupakan dan jadikan ianya sebagai pengajaran diatas perkara yang telah terjadi. Seluruh kepimpinan dan ahli-ahli PAS serta PR boleh bersatu semula demi mencapai kemenangan yang besar pada PRU ke 13 nanti......insyaAllah LUPAKAN UG
emmm... ringkas sahaja nak komen, inipun kalau x ghaib.
apa yang dilakukan oleh UMNO itu memang dah keja depa... kerja syaitan.
kejadian ini secara tidak langsung mempamerkan siapa diri kita yang sebenar. inilah ujian, dan kerana inilah ujian diberi. Diharap kepada diri hamba juga kepada SEMUA dalam jemaah masing-masinglah bijak memetik pengajaran dan pengiktibaran daripada apa yang terjadi...
pemimpin dan pengikut saling memerlukan. Semuanya sama, sama-sama menjaga jemaah, sama-sama menjaga perjuangan... sama amanah, sama tanggungjawab... yang berbeza hanyalah skop dan bidang tugas...semuanya mesti mengikut lunas dan peraturan yang telah ditetapkan.
SEMOGA ALLAH MENGAMPUNI DOSA-DOSA KITA. SEMOGA ALLAH MENETAPKAN KITA SEMUA DI LANDASAN YANG MUSTAQIM.
Tok Guru Nik Aziz speaks the truth nothing but the truth. Kisah UG jangan bangkitkan lagi. Marilah kita semua tumpu perhatian ke PKR Manik Urai. Sokongan penuh kepada PAS.
ustaz nasha cium tangan TGNA 2 kali. semoga perbuatan itu ikhlas dan membawa keberkatan kepada jemaah
Allahu rabbi..Alhamdulillah..terima kasih banyak2 Ya Allah kerana Engkau telah menyatukan semula hati2 pemimpin kami dalam kekeliruan masalah sedikit sebelum ini. Moga dengan penyatuan ini akan menjatuhkan kerajaan Zalim UMNO insyaAllah..Alahamdulillah...terima kasih banyak2 ya Allah krn Kau kurniakan kepada kami pemimpin yang sebegini...:)
Talian hayat untuk Ustaz Nasha dah 2 kali digunakan.
Tinggal satu jer lagi.
Yang sudah tu sudahlah, TGNA pun dah sejuk hati tuh. Biasalah, orang tua, susah hati tentang masa depan anaknya, kadang kadang terpaksa rotan sikit.
Kalau asyik gosok belakang jer, rosak la.
alhamdulillah..Lupakan saja UG.Marilah kita sama2 bersatu kembali dalam satu saf menentang kezaliman UBN.Biarlah ini menjadi pedoman dan pegajaran buat ustaz Nasha dan kita semua.
UG x salah. Saje puak2 bloggers ni main isu. Dengki x tentu pasal.
pru13, belum tentu PR boleh menang. sape jamin tanpa UG, PR boleh menang?
UG ni cetusan idea, utk hadapi umno/bn pd pru13 dgn lebih baik apabila demokrasi, kehakiman, dll dipulihkan spt yg disyaratkan.
Perjanjian Hudaibiyah dulu pun hampir sama. Nampak mcm Musyrikin untung. Yg ni, nampak mcm umno untung. Sayidina Umar bangkang keras perjanjian itu. TGNA juga bangkang keras UG. tp bila nabi teruskan juga, baru nampak hasilnya. yg Ug ni pulak, jemaah/syura buat keputusan, ikut saja. ALLAH bersama2 Jemaah.
Hari ini, syura/jemaah buat keputusan, seal UG. tutup kes. so, wajib patuh. Bukan sbb sokong TGNA, tp, itu keputusan jemaah. TGNA tak maksum, TGHH pon x maksum. masing2 berpeluang buat silap dlm ijtihad masing2. tapi ijtihad yg benar, akan dapat 2 pahala, ijtihad yg salah dpt satu. yg berpuith mata ialah puak2 bloggers/batu api yang mengeruhkan keadaan, hentam semberono tanpa pertimbangan akala dan akhlak dlm berjemaah.
Wa tegaskan di sini, TGNA tidak bodoh. TGHH juga tidak bodoh. Ust Nasha juga tidak bodoh untuk bawa pas masuk Umno. yg bodoh adalah para batu api yg mengeruhkan keadaan. sengaja mahu melaga2kan pimpinan.
TGNA terima baik penjelasan ust nasha. senyum memanjang TGNA sepanjang musyawarah itu. So, yg lain sila jernihkan persepsi lu orang thadap ust nasha dll. ingat , ukhuwaah Islamiyyah penting dlm jemaah.
Lu GB, sudah2 lah. Wa nak tgk apa komen lu thadap ust nasha yg lu kutuk2 sebelum ni. akhlak beb! tunjuk akhlak yg baik beb!
ludin said...
UG x salah. Saje puak2 bloggers ni main isu. Dengki x tentu pasal.
****************************
masih nak tegak benang basah sekalipun pimpinan telah membuat keputusan NO TO UG.
Bukan GB sahaja, malah sekalian ahli PAS kutuk semua yang menimbulkan kekeliruan sehinggan jemaah berpecah.
Catat Ulasan