Sementara itu, tarikh perbicaraan permohonan untuk mendapatkan dokumen dan bahan bukti yang berkaitan akan bermula pada 1 Julai ini.
Keputusan itu dibuat oleh hakim, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.
Zabidin hari ini dijadual untuk mendengar permohonan Anwar supaya mahkamah memerintahkan pendakwaan menyediakan semua dokumen berhubung dengan tuduhan liwat itu.
Bagaimanapun menurut peguam Anwar, R. Sivarasa pihaknya telah menerima empat dokumen rakaman Kamera Litar Tertutup (CCTV), laporan kimia, kenyataan saksi Anwar dan laporan perubatan pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan dari pengawai penyiasat minggu lalu tetapi masih menunggu dokumen lain.
"Perbicaraan hari ini terpaksa ditangguhkan pada 1 Julai kerana masih ada dokumen dan barangan kes yang masih belum dibekalkan oleh pihak pendakwaan.
"Memang mereka telah memberi dokumen yang mereka katakan, tapi bagi kita apa yang mereka bagi tak memenuhi keperluan undang-undang seperti dibawah Seksyen 5, 51 dan 51 A kanun acara jenayah.," katanya ketika ditemui media.
Pada Rabu lalu, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu memfailkan permohonan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi di sini untuk membatalkan tuduhan liwat terhadapnya.
Dalam permohonan yang difailkan oleh peguamnya, S.N.Nair, Anwar, 62, juga memohon perintah membatal dan membebaskan beliau dan sebuah perintah menangguh perbicaraan kes liwatnya yang ditetapkan dari 1 hingga 24 Julai ini.
Beliau menamakan Pendakwa Raya sebagai responden dalam permohonan tersebut.
Anwar didakwa meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari, 23, di Unit 1151, Desa Damansara Condominium, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun tahun lepas.
Kami telah melaporkan sebelum ini bahawa laporan perubatan Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang diperakukan oleh 3 pakar mengesahkan tidak ada bukti Saiful Bukhari Azlan diliwat sebagaimana yang didakwa oleh beliau, kata peguamabela Datuk Sri Anwar Ibrahim, Sivarasa Rasiah.
Justeru pihak pembelaan yakin laporan itu bersama bukti- bukti lain akan menunjukkan tuduhan liwat terhadap Anwar adalah tidak benar dan rekaan semata- mata.
Bercakap kepada media di satu sidang akhbar di Parlimen hari ini, peguam Sivarasa dan seorang lagi peguam Anwar, Amir Hamzah Arshad berkata pendakwaraya perlu membuktikan wujudnya penetrasi untuk menyabit kesalahan Anwar Ibrahim.
“Bukti terpenting dalam mana-mana dakwaan rogol atau liwat adalah bukti mengesahkan berlakunya penetrasi. Namun, tidak ada penemuan klinikal yang mencadangkan adanya liwat dan tidak ada kesan luka mempertahankan diri pada tubuh pesakit,” kata Amir Hamzah.
Laporan perubatan HKL itu bertarikh 13 Julai 2008 dan disahkan oleh tiga pakar dari hospital kerajaan.
Laporan HKL ini seraya menguatkan lagi laporan awal dari Hospital Pusat Rawatan Islam (Pusrawi) yang turut mengesahkan tidak ada penetrasi keatas tubuh Saiful Bukhari Azlan.
Saiful membuat laporan polis kononnya beliau diliwat oleh Anwar beberapa hari selepas bertemu dengan Perdana Menteri Najib Razak.
Najib ketika itu sedang mengarahkan kempen untuk menumpaskan Anwar pada pilihanraya kecil parlimen Permatang Pauh.
Najib menggunakan laporan polis itu sebagai modal politik namun rakyat menolak fitnah berkenaan. Anwar menang dengan majoriti besar di Permatang Pauh dan diangkat menjadi Ketua Pembangkang di parlimen.
Meskipun tuduhan liwat itu amat rapuh sebagaimana yang terbukti dengan dua laporan pihak perubatan, Najib merestui tindakan Peguam Negara Gani Patail membawa pertuduhan terhadap Anwar ke mahkamah.
Peguam Amir Hamzah berkata persiapan pembelaan untuk Anwar kini perlu dilengkapkan dengan bukti dan dokumen tertentu yang belum diserahkan pihak kerajaan.
3 ulasan:
TUAH AYAM TERLETAK DIKAKI NYA
TUAH SAIFUL TERLETAK DIDUBURNYA
United Mangkuk Najis Org...Memang tempatnya kat dubur pun!!!! :))
Memang bertuah dubur Saiful Al-Duburi tu, terlalu sensasi sampai terpaksa seret dubur sendiri ke mahkamah dan masjid negara hehehe
Catat Ulasan