22 Jun 2009

PAS UMNO : UMNO Bakal Menangis Dengan Pertemuan Malam Ini

Hari ini bakal berlangsung dua mesyuarat penting. Pada sebelah siang akan berlangsung mesyuarat pimpinan tertinggi parti-parti gabungan Pakatan Rakyat.

Sudah pasti mesyuarat ini antara lain akan membincangkan isu yang paling panas diperdebatkan kini - UG.

Di sebelah malamnya pula akan berlangsung mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas Pusat. Antara yang dijangka dibincangkan ialah kenyataan Mursyidul Am Pas, Nik Aziz Nik Mat di Kota Bharu beberapa hari lalu yang mahukan Nasharudin Mat Isa meletakakan jawatan Timbalan Presiden, letak jawatan ahli parlimen Bachok dan keluar dari Pas sekiranya ingin meneruskan hasrat penubuhan UG.

Keputusan dua mesyuarat ini pasti ada signifikannya tersendiri bukan saja kepada PR tetapi BN. Dengan itu tidak hairan jika kedua-dua keputusan mesyuarat itu ditunggu-tunggu oleh banyak pihak kerana kesannya kepada parti-parti berkenaan.

Kepada Umno yang masih tidak diyakini kejujurannya oleh rakan kongsi di dalam BN, mereka sentiasa berharap keputusan mesyuarat-meyuarat itu akan membawa sinar baru kepada survival politik parti yang nampak semakin malap itu. Jika keputusan mesyuarat itu menjurus kepada sokongan terhadap idea penubuhan UG, UMNO akan menjadi parti yang akan bersorak riang pada hari ini.

Tapi jika ada keputusan sebaliknya - keputusan yang tidak memihak kepada UG - Umno akan menangis, menangis kerana rakan yang diharap memberinya setitik talian hayat bagi menyambung sisa-sisa perjuangannya yang semakin luntur enggan membantunya.

Kita tunggu sajalah pengumuman malam ini. Tunggulah juga sama ada Umno akan bersorak atau menangis pada hari ini. -pendikargunungkriang

Tiada ulasan: