22 Jun 2009

UMNO Dan Penyokong UG Menangis - PR Tolak Kerajaan Perpaduan

TERKINI : Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat menolak idea penubuhan kerajaan perpaduan dengan Umno/Barisan Nasional yang disifatkan suatu fitnah dan tindakan untuk menggugat kekuatan mereka.

Dalam satu kenyataan media yang diedarkan di Parlimen sebentar tadi, ia menyifatkan idea itu sebagai fitnah dan tohmahan jahat serta tindakan terdesak Umno untuk menggugat kekuatan Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun, ia menyatakan Pakatan Rakyat mengambil sikap terbuka dan bersedia untuk bertemu dengan pimpinan BN bagi membincangkan isu yang membabitkan kepentingan negara.

"Semua parti dalam Pakatan Rakyat mengulangi komitmen untuk terus bersama memperkasakan Pakatan Rakyat bagi membentuk Kerajaan Persekutuan," menurut kenyataan yang ditandatangani pemimpin tiga parti terbabit iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Abdul hadi Awang dan Lim Kit Siang.

Blog Kelab GB pernah sebelum ini merayu agar Talqinkan Segere Isu Kerajaan Perpaduan ini.

LAPORAN HARAKAHDAILY


Tidak ada lagi bincang kerajaan perpaduan - Presiden PAS

Wan Nordin Wan Yaacob
Mon | Jun 22, 09 | 3:02:54 pm MYT

KUALA LUMPUR, 22 Jun (Hrkh) -

Majlis Presiden Pakatan Rakyat hari ini menegaskan pihanya menolak sebarang usaha membentuk kerajaan perpaduan dengan Umno.

Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sendieri menyatakan, dalam isu Kerajaan Perpaduan, Umno telah menjalankan fitnah yang jahat dan dengan itu pihaknya bertegas tidak lagi mahu membincangkan pembentukan kerajaan tersebut.

Apa yang diusahakan sebelum ini disalah tafsir oleh kepimpinan Umno/BN untuk memfitnah PAS dan Pakatan Rakyat semata-mata memecahbelahkan hubungan pakatan, katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan sidang media bersama Sekretariat Majlis Presiden Pakatan Rakyat di Bilik Ketua Pembangkang, Bangunan Parlimen hari ini.

Turut hadir ialah, Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim; Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub; Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali dan Dato' Seri Nizar Jamaluddin.

Sementara di pihak KeADILan, Presiden, Dato' Seri Wan Azizah Wan Ismail; Timbalan, Dr Syed Husin Ali; Naib Presiden, Azmin Ali dan Sivarasa Rasiah; anggota MT KeADILan, Saifuddin Nasution, dan di pihak DAP pula, Setiausaha Agungnya, Lim Guang Eng; Dato' Ngeh Ko Ham.

Sementara itu, Anwar yang membacakan kenyataan mewakili Pakatan Rakyat menyebut, akatan Rakyat menolak pengwujudan kerajaan perpaduan.

"Semua parti dalam Pakatan Rakyat mengulangi komitmen untuk terus bersama memperkasakan Pakatan Rakyat bagi membentuk kerajaan persekutuan akan datang," katanya.

Majlis pimpinan Pakatan Rakyat menolak idea penubuhan kerajaan Perpaduan dengan Umno/BN, yang merupakan suatu fitnah dan tohmahan serta tindakan terdesak Umno mengugat kekuatan Pakatan Rakyat yang semakin mendapat dukungan rakyat, tegas Anwar.

Menyokong pandangan itu, Salahuddin Ayub pula menyatakan kenyataan tersebut sebenarnya adalah muktamad dan ini bermakna tidak akan ada lagi 'unity talk' dengan Umno.

Malah Salahuddin kelihatan gembira dengan perkembangan itu yang seterusnya dilihat akan membuatkan Umno kelemasan.

Seorang lagi Naib Presiden PAS, Mahfuz pula memberi analogi bahawa 'Umno kini kehilangan tabung oksigen' apabila isu kerajaan perpaduan ini telah ditamatkan dengan kenyataan pimpinan pakatan.

Kenyataan itu juga sebagai satu usaha menutup talian hayat yang ada pada Umno/BN yang selama ini mengucarkacirkan pakatan dnegan penyelewengan isu kerajaan perpaduan, ujarnya.

9 ulasan:

EQUILIBRIUM berkata...

jadi nasa nak letak muka kat mana hehehehe tu sorang lagi ustst tantawi ke huahuahua

Telemoh berkata...

Baguslah kalau dah sepakat.
Tapi mana si Nasha?

Dia menyorok ke kena sorok?
Ke kes orang hilang tiba2 muncul di pejabat Putrajaya berulang kembali?

remy berkata...

yg menyokong UG tu pun mana dia?
hassan ali, roslan sms, kamaruzzaman mohd, herman, ust zolkarnain dan lain2. hukhuk

Tanpa Nama berkata...

Cukup lah kita bertelagah sesama kita.....ini semua menunjukan semangat perpaduan antara PR memang kuat dan tidak mudah diperdaya oleh UBN...
tahniah kepada pemimpin tertinggi PAKATAN RAKYAT.

Tanpa Nama berkata...

paloi, telemoh dan remy; bukan begitu adab berjamaah, kan s/u agung dan ketua penerangan minta bertenang dan dengar arahan pimpinan, jika kita pejuang islam harus berlandaskan adab dan rujukan al Quran bukan berpandukan nafsu dan akal semata-mata. jika bertindak melulu begini tidak mustahil nikmat kemenangan ini akan ditarik oleh Allah. tahniah us nasa yg tidak membuat ulasan lanjut yg boleh imanipulasikan media dan mengeruhkan lagi keadaan.

lestari berkata...

Anonymous said...
paloi, telemoh dan remy; bukan begitu adab berjamaah, kan s/u agung dan ketua penerangan minta bertenang dan dengar arahan pimpinan, jika kita pejuang islam harus berlandaskan adab dan rujukan al Quran bukan berpandukan nafsu dan akal semata-mata. jika bertindak melulu begini tidak mustahil nikmat kemenangan ini akan ditarik oleh Allah. tahniah us nasa yg tidak membuat ulasan lanjut yg boleh imanipulasikan media dan mengeruhkan lagi keadaan.
*********************

Pandai sungguh puak UG ni berlakon
skrg mereka memutar lidah lagi mengikut rentak yg ada dengan kononnya suruh ikut adab dan rujukan al-quran. ini semua mengingatkan kita puak munafiq zaman muawiyah.

sdgkan mereka adalah pemecah belh dan pengnacur jemaah.

muslim berkata...

hamba tak fahamlah org-org yang menyokong UG ni. boleh tak rasional dalam hal ni? Persoalannya bukan UG itu dipersoalkan... UG itu ialah gagasan, tetapi yang menjadi persoalan pokok ialah perlanggaran perlembagaan dan peraturan jemaah.... langgar keputusan muktamar, tidak pernah diputuskan oleh majlis syura... paling nampak x betulnya bila ia ikut pintu belakang...nampak sangat serongnya

tgna pun kata.. kalau nak sangat ikutlah peraturan jemaah.. bawa mesyuarat, bawa muktamar, bawa ke pr

mcm ni ke nak tegakkan Islam... kalau dah salah tu salahlah... apasal lagi nak tegakkan benang basah tak kiralah saper org yg tegakkan benang basah tu... salah tetap salah

dan ingat satu lagi... kalau dah salah, jangan malu nak pulang ke pangkal jalan...

TANTAWI TAK KELUAR KENYATAAN BARU KE?

tantawi... baik ko dok diam2 fikir apa yang ko nak buat dengan pemuda di bawah era ko ni... jangan nak mengampu... ngampu2 ni kerja UMNO. dalam jemaah x der ngampu... melainkan kebenaran dan kebenaran dan kebenaran... tegakkan kebenaran... berkata benar walau pahit...

sb dehlawi berkata...

Bagusnya. untuk meredakan keadaan dan rapatkan kembali jemaah pakatan Rakyat, puak penjilat UG tak usah komen apa. dok diam lagi baik daripada melalak.

Tanpa Nama berkata...

bila pakatan lemah boleh kita bincang pasal UG ye..ok