Minggu lalu sekurang-kurangnya dua perkara besar isu berkaitan negeri Terengganu yang beliau jawab tak tahu.
Yang pertama, Ahmad berkata beliau tidak tahu punca sebenar kelewatan pihak yang dipertanggungjawab mengurus perpindahan penghuni rumah setinggan di Pantai Kuala Ibai ke kawasan penempatan baru di Kampung Tok Adis, di sini.
“Saya pun tak tahu (punca lewat), bila jumpa kata masalah elektrik saya beritahu supaya selesaikan semua itu dengan cepat dan elakkan berlaku sampai berbulan-bulan, saya tidak faham macam mana.
“TNB (Tenaga Nasional Berhad) kata begini, orang itu kata begitu. Saya cakap kalau ada masalah elektrik TNB, beritahu saja berapa kosnya dan kerajaan akan bayar, ketika i Kuala Lumpur saya dah arahkan pegawai periksa dan selesaikan.
“Kenapa perlu tunggu sampai enam bulan, ada masalah tapi tak beritahu kita (kerajaan), saya ingatkan (perpindahan) sudah selesai, tapi tiba-tiba keluar dalam akhbar,” katanya ketika di Wisma Darul Iman, di sini, kelmarin.
Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Umno Terengganu mendakwa tidak mengetahui apa-apa mengenai dua orang ‘kuatnya’ disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Dua pemimpin kanan Umno Terengganu bergelar ‘Dato’ itu pernah dilantik sebagai Senator di negeri ini ketika kerajaan PAS memerintah Terengganu.
Bahkan, kedua-dua individu yang dikaitkan dengan kes rasuah meminta wang suapan bernilai RM3 juta dalam pembinaan lebuh raya di ibu negara 10 tahun lalu juga tidak menghubunginya.
Beliau yang juga Menteri Besar Terengganu bertegas tidak mengetahui apa-apa mengenai dua pemimpin Umno negeri bergelar Dato’ disiasat oleh SPRM.
“Saya sendiri pun tidak tahu, nak ‘charge’ (dakwa) kes apa saya tidak tahu. BPR (SPRM) tidak beritahu saya pun, Hisyammuddin pun tidak pernah beritahu saya pun…
“Saya tidak tahu dan dia (dua pemimpin Umno) tidak pernah menyatakan apa-apa pun kepada saya.
Jika awak (wartawan) lebih tahu, awak buat ‘ceritalah’ (lapor) tapi jangan kata saya kata, sebab saya tidak tahu, ”ujarnya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri, di Wisma Darul Iman, Rabu lalu.
Selain itu, ketika ditanya mengenai rombakan serta perlantikan barisan kepimpinan Umno Terengganu, Ahmad juga mendakwa tidak mengetahui kerana katanya bukan urusannya lagi.
“Itu bukan saya yang lantik, itu Pengerusi Perhubungan, Dato’ Seri Hishammuddin Hussein yang lantik. Saya tidak tahu dan bukan saya yang buat.
“Saya jumpa sekali dulu dengan Dato’ Hishamuddin dan sampai sekarang tidak jumpa lagi. Saya sendiri tidak tahu.
“Orang lain mungkin lebih tahu tapi saya sendiri tidak tahu dan dia (Hishamuddin) tidak beritahu saya pun…saya ‘no komenlah’. Saya cuma dengar ‘orang’ bercakap tetapi saya sendiri tidak tahu (isu rombakan jawatankuasa Umno Terengganu), jelasnya. -apakhabarganu
1 ulasan:
apakhabarganu,
Dato’ Ahmad Said berkelakuan sebagai Menteri Besar ‘serba tak tahu’ kerana bertindakbalas terhadap pengingkirannya dari jawatan pengerusi perhubungan yang kini dipegang oleh Dato’ Hishamuddin.
Jika anda berada ditempatnya, anda juga akan memberontak dan bersikap talam dua muka.
Kelakuan seperti itu sedang diperhatikan oleh pemmpin PAS di Trengganu, ada kemungkinan mereka akan membuat pekara yang sama dalam parti bila sampai waktunya....
Catat Ulasan