11 Jun 2009

Boneka UMNO Suka Kerajaan Perpaduan, Nik Aziz Bidas Mustafa

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membidas lagi pemimpin parti itu yang mempertahankan saranan membentuk kerajaan perpaduan dengan menyifatkan mereka "boneka Umno".

Beliau juga tidak bersetuju dengan kenyataan Datuk Mustafa Ali, kini setiausaha agung PAS, supaya semua pemimpin parti itu dan Pakatan Rakyat berhenti membuat kenyataan umum berhubung isu tersebut bagi mengelak kekeliruan, lapor Bernama.

"Saya tak boleh lari daripada keputusan Muktamar PAS di Ipoh tahun lalu... keputusannya ialah menyokong Pakatan Rakyat.

"(Yang sokong) perpaduan ini boneka Umno, terang dan jelas.

"Suara sumbang dari PAS untuk buat kerajaan perpaduan ini adalah boneka Umno," Nik Aziz dipetik berkata selepas meraikan rombongan guru fardu ain dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di kediaman rasminya di Kota Bharu hari ini.

Nik Aziz berkata jika ada pihak yang memperkatakan mengenai kerajaan perpaduan, lapor agensi berita itu lagi, "ia sebenarnya adalah ilham Umno".

Menjawab soalan bahawa isu kerajaan perpaduan ini ditimbulkan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri, menteri besar itu berkata kenyataan itu bukannya menggambarkan kehendak PAS.

"Presiden ini ketua bagi pertubuhan, dan pertubuhan tidak buat keputusan, itu kenyataan peribadi," katanya.

Mengenai saranan Mustafa itu, Nik Aziz berkata tidak ada sebab ahli parti tidak boleh mempersoalkan isu itu.

"Soalnya tutup kerana apa? Percanggahan pendapat itu bukan datang dari PAS, tapi orang tertentu dalam PAS, dia sudah berasa bahaya bagi dia, maka dia minta tutup," katanya.

"Mana boleh tutup mulut manusia."


6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

mmg patut pun TGNA berikan penampar gila kepada mustafa ali. hendak2 skrg naik tocang bila presiden lantik S/U Agong.

HaHs berkata...

Correct, correct, correct

Sayang Nik Aziz!

Tanpa Nama berkata...

dulu adik mustaffa masok umno,lepas ni dia pula.

ahli2 pas banyak marah.dan kami tak akan tutup mulut.

La ni naik tocang pula dilantik SUA.

Nanti kita ganyang depa di terangganu.

Gatai tua.

sokong tok guru Pak Nik.

Tok Kidam berkata...

Dengan perlantikan Mustafa Ali kedalam saf tertinggi kepimpinan PAS, maka lengkaplah sudah percaturan UMNO dalam PAS... apa lagi nak di harap oleh penyokong Pakatan Rakyat.

Hanya tunggulah pengumuman perpaduan PAS dengan UMNO dan 3 kerat pemimpin PAS ini menjadi menteri kabinet.

Unknown berkata...

Kami sokong Tokguru 100%
http:ijoks2009.blogspot.com

Unknown berkata...

kalau dah tok guru beri lampu hijau,kami bloger2 pakatan pakatan rakyat akan terus bersama Tokguru.
Allahuakbar..