11 Jun 2009

PAS UMNO : Mustapha Ali Setiausaha Agong PAS

Datuk Mustafa Ali telah dilantik sebagai Setiausaha Agung PAS yang baru, manakala Ustaz Idris Ahmad sebagai Ketua Penerangan.

Dr Hatta Ramli pula dikekalkan sebagai Bendahari manakala Datuk Abdul Halim Abdul Rahman dilantik sebagai Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS yang baru.

Buat sementara sehingga perlantikan baru dibuat, Datuk Mustafa akan kekal sebagai Pengerusi Jamaah Pengarah Harakah manakala Datuk Kamarudin Jaffar kekal sebagai Pengarah Urusan Harakah.

Datuk Husam Musa dan Haji Mohamad Sabu yang kalah dalam pertandingan timbalan presiden dilantik sebagai AJK PAS Pusat. -siasahdaily


5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

hoho! AJK PAS Pusat tinggi nyer jawatan itu .. heh! :)

Kapak Batu berkata...

abislah klu mustafa ali pegang setiauha agung,

Tanpa Nama berkata...

hoo.. mmg habis jahanam .. :))

Green Home i-Healty berkata...

Sabar kita tunggu dan lihat apa Hadi Awang and the gang nak buat. Asal jangan dok gatal-gatal dengan kerajaan perpaduan PAS/UMNO, nasib tak baik PAS akan hilang semua kerusi dalam PRU 13. Setiap langkah, kata dan tindakan akan diambil kira dan keputusan akan dirumuskan dalam PRU 13 yang dijangkakan pada tahun 2013. Rakyat benci UMNO dan akan membenci sekutunya sekali.

Atuk Banjar Masin berkata...

KERAJAAN PERPADUAN

Kuasa politik Melayu/Islam semakin terhakis.

Hanya kuasa politik melayu/Islam sahaja yang boleh mempertahankan agama, bangsa dan negara.

Semua pemimpin Melayu/Islam harus sedar dan kembali kepangkal jalan.

Selamat kan kuasa politik Melayu/Islam sebelum terlambat.