11 Jun 2009

Beberapa Kad Pengenalan Bersama Kad UMNO DDPNJ Buat Laporan Polis

Dewan Pemuda PAS Negeri Johor telah membuat satu laporan Polis di Balai Polis Skudai, Batu Sepuluh Johor Bahru berkaitan dengan penemuan 14 keping kad pengenalan bersama beberapa keping kad perwakilan UMNO oleh Sdr Za’aba Bin Haji Ibrahim, Ketua Pemuda PAS Kawasan Pulai pada 6 Jun 2009 lebih kurang pukul 6.15 petang di tempat pembuangan sampah berdekatan Taman Dahlia, Tampoi.

Penemuan ini merupakan satu sejarah yang cukup besar ertinya kepada politik negara kerana ia sudah pasti akan menguatkan bukti bahawa berlakunya penyelewengan terhadap sistem pengundian di dalam pilihanraya Malaysia.

DPPNJ mempersoalkan bagaimana kad pengenalan sebanyak ini boleh dijumpai dalam keadaan yang elok tanpa ada tanda-tanda ianya telah dilupuskan dan lebih mencurigakan ianya dijumpai bersama-sama kad perwakilan serta baju dan topi berlambangkan UMNO.

DPPNJ mendesak agar PDRM akan membuat penyiasatan segara terhadap laporan polis ini terutamanya kepada seorang Naib Ketua Wanita UMNO Cawangan Taman Baru yang mana kad perwakilannya turut sama dijumpai bersama-sama IC tersebut.

DPPNJ tidak teragak-agak untuk membawa perkara ini ke peringkat atasan termasuklah kepada ahli Parlimen PAS/PR untuk dibentangkan di dalam persidangan. -khairul faizi








3 ulasan:

Farhan Rais berkata...

Memang sah ada pengundi hantu ni...memang ni yang telah dilakukan oleh UMNO pada setiap kali pilihanraya. Boleh tengok kan sekarang ni..sikit demi sikit Allah bocorkan taktik kotor yang dilakukan oleh UMNgok tu..Allahuakbar..Hebat betul kuasaNya

Tanpa Nama berkata...

SubhanAllah....petunjuk dari ALLAH

Tanpa Nama berkata...

ehem2.. pas pun ada gak .. :) jgn rak sangat..