11 Jun 2009

PAS UMNO : Hadi Lantik Kabinetnya Sendiri Dalam PAS

Sebagaimana yang diramalkan, Datuk Mustafa Ali telah dilantik sebagai Setiausaha Agung PAS yang baru, demikian lapor malaysianinsider.

Perlantikan ini dibuat dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang dipengerusi Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang bermesyuarat hari ini di Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut.

Perlantikan Mustafa bermakna Abdul Hadi mahu menguatkan peranan PAS dalam Pakatan Rakyat kerana Mustafa adalah orang kepercayaan beliau dan antara negotiotor yang baik dalam PAS selain Datuk Husam Musa.

Mustafa dijangka dapat memainkan peranan yang baik dalam mewakili PAS dalam sebarang perbincangan dengan rakan-rakannya dalam PR dan akan benar-benar mewakili pemikiran presiden.

Dengan perlantikan Mustafa bermakna Abdul Hadi mendapat orang kepercayaan beliau memegang jawatan penting dalam menentukan halatuju PAS itu.

Jika dilihat kepimpinan dalam PAS, perlantikan Mustafa bermakna, tiga tokoh penting dalam pengurusan tertinggi PAS (presiden, timbalan dan setiausaha agung) kini di kalangan orang dalam sekolah pemikiran yang sama.

Bermakna, apa-apa idea atau perancangan yang akan dibuat oleh presiden PAS selepas ini akan dilaksanakan dengan baik oleh ketua pengurusan parti iaitu setiausaha agung.

Ini akan menyebabkan rakan-rakan PAS dalam Pakatan akan ternanti-nanti apakah pendekatan PAS terutama dalam isu kerajaan perpaduan.

Sebelum ini, Mustafa dalam sidang medianya selepas muktamar PAS ke-55 telah menegaskan agar isu kerajaan perpaduan ini jangan dibincangkan lagi kerana ia bakal mengelirukan ahli dan penyokong Pakatan Rakyat.

Turut berada dalam jawatan yang penting dalam kabinet PAS kali ini adalah Ustaz Idris Ahmad yang dilantik sebagai Ketua Penerangan.

Sebelum ini, Idris adalah timbalan kepada Nashrudin dalam Lajnah Tarbiyah PAS, juga dikira berada dalam sekolah pemikiran yang sama dengan Abdul Hadi iaitu dalam kumpulan penyokong ulama.

Yang dikira kumpulan lain dalam kebinet kali ini adalah Dr Hatta Ramli yang dikekalkan sebagai Bendahari.

Orang kuat Mustafa sebelum ini dalam Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman telah dilantik sebagai Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS yang baru.

Buat sementara sehingga perlantikan baru dibuat, Datuk Mustafa akan kekal sebagai Pengerusi Jamaah Pengarah Harakah manakala Datuk Kamarudin Jaffar kekal sebagai Pengarah Urusan Harakah.

Husam dan Haji Mohamad Sabu yang kalah dalam pertandingan timbalan presiden hanya dilantik sebagai AJK PAS Pusat bukan dalam Dewan Harian PAS iaitu badan pengurusan tertinggi dalam PAS.

Usaha dua naib presiden yang baru menang, Salahudin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar agar Husam dan Mohamad dilantik dalam Dewan Harian nampaknya tidak berjaya.


Ini bermakna, Abdul Hadi sebagai presiden melantik mereka yang benar-benar boleh bekerja dengan beliau dalam kabinet PAS kali ini kecuali Dr Hatta yang dianggap kumpulan profesional atau dipanggil kumpulan Erdogan oleh media.

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ikut dia la nak lantik sapa pun yang ko sibuk nak komen seolah-olah pencacai apa hak ko. itu hak dia sebagai presiden. hampeh punya artikel

Tanpa Nama berkata...

tu pandangan org luar, malaysianinsider ler ber punya artikel. dengar apa kata mereka terhdp PAS supaya jgn jadi orang yg syok sendiri

Tanpa Nama berkata...

Biar lah itu kuasa presiden..hak dia untuk memilih...TAPI...TAPI>>>>>apakah kabinet baru TGHH ini akan menguatkan PAS atau mengekalkan sokongan bukan ahli pas atau menambah rakyat menyokong pas atau....akan melemahkan pas...atau mengikis kepercayaan rakya.itu kita kena tunggu.....baru boleh dinilai...sekarang sekadar meramal.....tabik tuan presiden dan tim.presiden.....sokongan pd Tuan Murshidul Am..

dari...atau

HaHs berkata...

Apalah ko ni? gila apa? Ko baca le berita betul2. Ada ke dia kutuk dan buruk2kan presiden ke? Itu fakta dan kenyataan le beb! Dia laporkan apa yg terjadi dan terangkan bagi clear. Mentang2 dia x sokong muqabalah ko, ko kutuk dia. Kalo dia tak kluar berita tentang keputusannya, ko tau ke beritanya? Dia sampaikan maklumat dalam parti utk kepentingan parti dan ahli serta penyokong. Kalo ko x suka, bukak harakah ke utusan ke? Apa yg ko bising kat sini.

Kita pun tau dia presiden, nak lantik sapa dia punya suka tapi nak bagitaule maklumat ni kat semua org supaya org tau citer pasal parti dan presiden kesayangan mereka. Apa punya turr!!! la ko ni.

HaHs berkata...

Apa sekolah pemikiran yg sama tak bagus ke? Melantik org yg sealiran dgn pemikiran presiden tak bagus ke? Ke ko terasa? Sbb pimpinan x ambik pendekatan yg lebih toleransi dan berhikmah. Takut org kondem pemimpin kesayangan ko. Pas dah jd parti yg besar dan berkuasa hasil undi rakyat, kalo takut kena kritik. Buat le parti blakang rumah.

Tanpa Nama berkata...

Takut org kondem pemimpin kesayangan ko. Pas dah jd parti yg besar dan berkuasa hasil undi rakyat, kalo takut kena kritik. Buat le parti blakang rumah.

yang ko bising ni apa poasal?
PAS bapak ko punya?

Tanpa Nama berkata...

Ust Hadi tu perasan dia bagus sgt leh jadi PM.
Hancur negara kalau dia jadi PM
Alangkan terengganu juga x dpt dijaga dulu
ni kan nak jadi PM

pigi dah trengganu...............