10 Jun 2009

MUKTAMAR PAS DITAJA KRONI UMNO? SUNGGUH MEMALUKAN!

Patutlah GB rasa semacam ada sesuatu yang tak kena dengan perjalanan Muktamar Kali ke 55 yang amat diberikan pujian oleh Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa yang menyokong gagasan Kerajaan Perpaduan sebagai yang terbaik pernah diadakan.

Tatkala membaca nama-nama Jawatankuasa Urusetia muktamar, saya melihat pemuka-pemuka Kerajaan Perpaduan menguasainya sehinggakan para blogger dinafikan keizinan untuk menggunakan kemudahan internet di muktamar kerana kebanyakan blogger-blogger dianggapkan oleh mereka sebagai golongan menentang idea Kerajaan Perpaduan da dicopkan sebagai kumpulan Erdogan.

Tiba-tiba Malaysiakini melaporkan satu sumber memberitahu, 12 pemimpin tertinggi parti itu telah ditaja penginapan mereka oleh individu yang tidak dikenali, diragui mempunyai kaitan dengan Umno.

Manakala satu sumber yang lain memberitahu Malaysiakini, hanya sembilan bilik pemimpin atasan parti ditaja oleh pihak luar.

Sumber-sumber berkata, pembayaran untuk sewaan bilik di sebuah hotel lima bintang di Shah Alam bagi tempoh tiga hari sejak hari pertama muktamar 5 Jun lalu dibuat atas nama seorang bekas peguam dari Perlis.

Selain dakwaan pembabitan orang Umno dalam penginapan hotel, Ahad lalu, seorang perwakilan mempersoalkan tindakan PAS menerima tajaan sebuah syarikat besar untuk menjayakan muktamar tersebut.

Dikatakan Khalid Samad, juga yang dipertua PAS Shah Alam, melontarkan tuduhannya ketika membahaskan usul menggesa penubuhan suruhanjaya diraja siasatan kes rampasan kuasa BN di Perak awal tahun ini.

Beliau, juga ahli parlimen Shah Alam, mempertikaikan syarikat konsesi air Puncak Niaga – yang bertegang urat dengan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor dalam isu air – yang meletakkan iklannya di bahan muktamar.

"Apalah sepanduk Puncak Niaga berbanding mashaf al-Quran di hujung lembing? Apalah iklan Puncak Niaga di hadapan majalah yang diedarkan berbanding degan mashaf al-Quran di hujung lembing?" katanya.

"Kita kenal lawan kita. Mereka sanggup membelanjai (membiayai) segala perbelanjaan kita (bermuktamar) pada hari ini dan hari-hari sebelum ini, membayar hotel-hotel kita kalau perlu."

Beliau menyindir usaha pengendalian muktamar oleh PAS Selangor dengan mengambil iktibar sejarah perang Siffin antara puak Muawiyah Abu Sufian dengan angkatan Ali Abu Talib dalam perebutan kuasa khalifah.

Muawiyah, seorang ahli politik yang licik, mencadangkan majlis tahkim atau perundingan di tengah-tengah perang di luar Madinah dengan mengangkat kitab suci di hujung lembing sebagai lambang gencatan senjata yang akhirnya memecah-belahkan kumpulan tentera Ali.

Pada hari terakhir muktamar PAS Ahad lalu, satu risalah berukuran tabloid yang melaporkan perjalanan sepanjang persidangan tiga hari parti itu diedarkan kepada lebih kurang 1,000 perwakilan dari seluruh negara dan petugas media.

Dalam bahan edaran itu, disiarkan iklan besar Puncak Niaga di bahagian bawah muka depannya.

Sementara di luar tempat persidangan sekitar Stadium Malawati di Shah Alam, tempat muktamar itu berlangsung, syarikat konsesi itu turut menggantungkan kain rentangnya.

Puncak Niaga juga membuka pondok pameran mereka di kawasan gerai-gerai jualan bersempena muktamar itu.

Sumber-sumber bagaimanapun tidak jelas berhubung nilai tajaan yang diterima PAS bagi menganjurkan muktamar itu, termasuk bayaran iklan Puncak Niaga.

Usaha Malaysiakini mendapatkan penjelasan tuan rumah muktamar, PAS Selangor tidak berhasil setakat ini.

Difahamkan pesuruhjaya negeri itu Datuk Dr Hassan Ali sedang menghadiri sebuah program sewaktu dihubungi sebentar tadi.

Ketua Penerangan PAS Selangor yang juga setiausaha presiden PAS, Roslan Shahir Mohd Shahir enggan mengulas isu ini sewaktu dihubungi petang ini.

Ulasan Ringkas GB

Hal di atas, jika benar, amat memalukan PAS sebagai sebuah jemaah Islam yang rupa-rupanya dikotori oleh tangan-tangan bedebah pemuka-pemuka Kerajaan Perpaduan yang telah mendapat tajaan dari pihak UMNO.

Belum apa-apa pihak yang mendokong gagasan Kerajaan Perpaduan sudah berani membuat keputusan sendiri "bekerjasama" dengan kroni UMNO.

Apalah ertinya mempunyai muktamar yang terbaik pernah diadakan dengan menjual maruah parti sendiri dan kamu Roslam SMS, kenapa apabila diminta penjelasan tiba-tiba menikus?


7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tiba-tiba Malaysiakini melaporkan satu sumber memberitahu, 12 pemimpin tertinggi parti itu telah ditaja penginapan mereka oleh individu yang tidak dikenali, diragui mempunyai kaitan dengan Umno


-----------------------------------------------
bukankah kenyataan diragui ... :) sumber sendiri tiada bukti .. maka tidak boleh mengatakan umno yang menaja mereka.

Tanpa Nama berkata...

jika tidak benar, kenapa roslansms yang menjadi ketua penerangan dan urusetia menikus tak menafikan segera?

Tanpa Nama berkata...

salam. saya ma kwn saya pergi muktamar pd hari Jumaat lalu. saya katakan ma kwn saya mcm na Syabas boleh buat pameran d muktamar Pas ni sedangkan syrkt bedabah ni la main tarik tali ma krjn negeri yg nk bg air murah pd rakyat . Syrkt perompak nk mcm na boleh tersesat kat muktamar dan buat promosi ttg sykrt mrk. Dan saya katakan lg , seandai saya jd urusetia, jgn harap la sykt bedebah tu nk dpt peluang sebegitu. apa kalo x da pameran Syabas buruk sgt ka pemadangan di muktamar? aku tak paham mcm ma PAS selangor boleh padang sebelah mata hal ni.

- jack

Tanpa Nama berkata...

Tubuhkan satu jawatankuasa siasat apa sbenarnya berlaku, bawa pesalah2 ini ke muka pengadilan.

mana yg rasuah dan menjual maruah parti dipecat dan dihukum potong tangannya spt mana Rasulullah menyatakan "seandainya anakku fatimah mencuri, nescaya kupotong tangannya."

Saya melihat pihak urusetia muktamar ada permainan di bawah meja dengan SYABAS, konsesi pembekalan air di Selangor yang kini bertelagah dengan Kerajaan Selangor.

Memalukan PAS apabila PAS Selangor bergandingan dgn musuh menikam kerajaan PR di Selangor.

ManInBlues berkata...

aku bengang!benci!marah!meluat!pening!xpaham! dgn apa yg melanda parti kesayangan aku smnjk timbulnya isu UG...ntah ape yg nk dirisaukan oleh hj presiden n konco2nya..takut umno x dpt kwl situasi? mampuih pi la kat depa!takut ekonomi makin teruk?biaq pi la!biaq rakyat tahu ape yg umno buat!takut bangsa lain kuasai politik negara?xkn sesempit itu fikiran presiden n konco2..takut melayu hilang kelebihan dibumi sendiri?hanya umno yg berfikiran begitu!!!!ntah la!!!makin hari makin teruk kepimpinan PAS!!!kenapa?hanya hj presiden n konco2nya yg tahu..Ya Allah...Selamatkanlah pejuang2 islam dari pengaruh duniawi..Amin..

Tanpa Nama berkata...

Budak kecik tu bukan menang undi porpular.Majoriti yang mengundi adalah pada Mad Sabu dan Hussam.Ini bermakna secara majoriti Ahli PAS menolak fikrah budak kecik walu pun dia menang dengan simple majoriti namun dia kalah dalam undi porpular.dari sini terserlah keseluruhan Ahli PAS menolak ajinda Budak Kecik,Presiden haru kaji benda ini sebelum mengikut telunjuk pemimpin yang tertentu bagi melaksanakan ajinda Kerajaan Perpaduan yang keseluruha ahli nampak Hampeeeh

Tanpa Nama berkata...

siapa nasha ni, yg diangkat dan pegang jawatan naib presiden?